NadaDeafah Publish time 19-6-2019 03:31 PM

anak kerak dr bomoh siam

Edited by NadaDeafah at 19-6-2019 04:01 PM

mak kawan aku ni disihir yang berkemungkinan menggunakan anak kerak dr bomoh siam. lepastu bila nak berubat, anak kerak tu ada perjanjian mintak di bayar dengan nyawa. tapi kawan aku tak terima sebab ustaz dah pesan klau berlaku ape2 jgn agree pape.
aku pulak jenis yang takut benda2 siam ni. memang siam ni setan dia jenis teruk2 ke? benda kalau tuntut nyawa ni bukan perkara biase2. dan setan tu bagitau dia tak menyusu lagi untuk tahun ni...seram pulak aku..

apa yang kawan aku cerita, kalau mimpi minta ayam jagung,kuih koci,lepat atau jenis2 kuih berbungkus,susu,mintak 2 kaki..tu semua tuntut perjanjian nyawa.

ninjago Publish time 19-6-2019 03:38 PM

what??? nampak sgt yg mengubat tu gunakan jin, siap mintak tumbal lagi.. pls la stay away dari perawat camtu..
better cari perawat Islam yg sebenar2nya..

NadaDeafah Publish time 19-6-2019 03:43 PM

ninjago replied at 19-6-2019 03:38 PM
what??? nampak sgt yg mengubat tu gunakan jin, siap mintak tumbal lagi.. pls la stay away dari peraw ...

yg mintak nyawa tu anak kerak tu sbb perjanjian.. mulanya kawan aku solat hajat untuk kes mak dia dan dapat mimpi. tafsir mimpi tu anak kerak tu minta digantikan nyawa kalau nak mak nya sembuh. tapi sekarang ni kawan aku tu teruskan solat hajat lagi.

dewi Publish time 20-6-2019 08:32 AM

Ni mungkin anak kerak tak di kasi makan tuan nya selagi x selesai jln kan tugas.

TalibanRock Publish time 20-6-2019 09:20 AM

boleh terangkan anak kerak tu amende?

yuki812 Publish time 20-6-2019 09:54 AM

disihir maybe dr bomoh siam??
pastu nk berubat yg ank kerak tu ngn bomoh siam gak ke??

lagendahidup Publish time 20-6-2019 10:02 AM

xdak maknanya la sihir siam kuat .mitos karut ja semua tu .kalau xpercaya boleh bawak pesakit datang jumpa saya .saya buktikan insyaallah

lagendahidup Publish time 20-6-2019 10:08 AM

TalibanRock replied at 20-6-2019 09:20 AM
boleh terangkan anak kerak tu amende?

sejenis sihir yang menggunakan janin yang keguguran

si tukang sihir akan awet dan puja janin tu

penjagaan sama macam penjagaan seorang bayi .kena bagi susu, mainan dan sebagainya

si tukang sihir percaya yang anak kerak yang diaorang puja adalah roh si janin tu yang menjadi hantu dan bantu dalam urusan sihir dan sebagainya

ni sangat karut .yang mereka puja bukanlah roh si janin tadi .tapi syaitan yang mengunakan nyawa janin tadi sebagai tumbal balas perjanjian dengan tukang sihir tadi

sihir wajib ditentang dan dihapuskan

TalibanRock Publish time 20-6-2019 10:11 AM

lagendahidup replied at 20-6-2019 10:08 AM
sejenis sihir yang menggunakan janin yang keguguran

si tukang sihir akan awet dan puja janin t ...

uishhh seram mendengornya...sihir memang sekeji2 ilmu.harap2 la dijauhkan dr hidup kita..

NadaDeafah Publish time 20-6-2019 10:24 AM

lagendahidup replied at 20-6-2019 10:08 AM
sejenis sihir yang menggunakan janin yang keguguran

si tukang sihir akan awet dan puja janin t ...

untuk masa skrg ni mmg kuat sgt sihir tu..kesian tgk mak kwn tu mcm bodo2 je sbb serahkan harta dia sikit2 ke tuan setan tu. sgt2 pelik tengok perangai mak dia sbb mak dia seorang yg garang dan pandai tapi bole jd bodo mcm tu. dlm mimpi kwn yg menyihir mak dia adalah ahli keluarga terdekat dia sendiri.

NadaDeafah Publish time 20-6-2019 10:27 AM

lagendahidup replied at 20-6-2019 10:02 AM
xdak maknanya la sihir siam kuat .mitos karut ja semua tu .kalau xpercaya boleh bawak pesakit datang ...

bole tau cara perubatan mcm mana utk kes ni?

lagendahidup Publish time 20-6-2019 10:31 AM

NadaDeafah replied at 20-6-2019 10:27 AM
bole tau cara perubatan mcm mana utk kes ni?

cara terbaik serang si tukang sihir, serang syaitan yang menjalankan sihir dan kemudian baru pulihkan kerosakan pada tubuh badan pesakit

sarah82 Publish time 20-6-2019 11:01 AM

TalibanRock replied at 20-6-2019 10:11 AM
uishhh seram mendengornya...sihir memang sekeji2 ilmu.harap2 la dijauhkan dr hidup kita..

Kena salai janin tu x salah sy.. Ada baca kat mana entah.. Kat siam sana depa panggil Kuman Thong.
Ilmu ni asal dari Ligor.. Sebelum bangsa Thai/Tai belajar dari bangsa siam Ligor.

dewi Publish time 20-6-2019 12:06 PM

lagendahidup replied at 20-6-2019 10:08 AM
sejenis sihir yang menggunakan janin yang keguguran

si tukang sihir akan awet dan puja janin t ...

correction .. bukan janin keguguran , janin cukup sifat yg di gugurkan secara paksa. ie abortion

lagendahidup Publish time 20-6-2019 02:26 PM

dewi replied at 20-6-2019 12:06 PM
correction .. bukan janin keguguran , janin cukup sifat yg di gugurkan secara paksa. ie abortion
...

Ya betul tapi syarat utamanya bukan janin tu sendiri

Syarat utamanya roh janin tu .jadi boleh kata janin tu kena berusia paling kurang 4 bulan

Nyawa janin tu yang jadi tumbal balas untuk perjanjian dengan syaitan

Keji benar tukang sihir dengan jin sihir ni .baik tukang sihir baik jin sihir kedua2nya syaitan

lagendahidup Publish time 20-6-2019 02:29 PM

sarah82 replied at 20-6-2019 11:01 AM
Kena salai janin tu x salah sy.. Ada baca kat mana entah.. Kat siam sana depa panggil Kuman Thong. ...

Terbaik info {:1_132:}

dewi Publish time 20-6-2019 02:33 PM

lagendahidup replied at 20-6-2019 02:26 PM
Ya betul tapi syarat utamanya bukan janin tu sendiri

Syarat utamanya roh janin tu .jadi boleh...

dgr citer lagi besar janin ie macam dan dah nak cukup bulan gitu lagi bagus.

entah lah .. tapi mmg keji.. acik D pernah kena gak serang dgn anak kerak ni . budak opis guna . dtg umah siap kecik acik D. both time acik lawan n campak kuar. mmg bende ni vicious .

ladybugz Publish time 20-6-2019 02:43 PM

lagendahidup replied at 20-6-2019 10:08 AM
sejenis sihir yang menggunakan janin yang keguguran

si tukang sihir akan awet dan puja janin t ...

Subhanallah.. sy sgt suke statement ni. Sbg mangsa sihir, membuka mata sy dgn pengubat2 yg ada di klgn kita masih byk yg tersasar jauh drpd ajaran islam. Nauzubillah. Percayalah sihir itu adalah mainan jahat syaitan semata2. Allah Maha Berkuasa jauh lebih berkuasa drpd mana2 makhluk nya. Sedih dgr crita TT, im sure satu keluarga akan susah hati apabila ahli keluarga terkena ujian disihir ini. Bagi sokongan pada yg diuji itu. Sentiasa ingatkan dia pada kekuasaan Allah. Jgn putus asa. Doa org yg teraniaya itu amatla kuat selagi tak terlibat dgn syirik n khurafat. Jgn diubati sihir dgn sihir yg lain. Besar dosanya dan syirik. Sila jumpa ilmuwan dan pengubat yg berlandaskan Islam yg sebenar. Satu lg elakkan la percaya cakap syaitan yg berinteraksi ni. Kalau boleh xyah cakap2 la dgn spesis mereka ni. Byk nya menipu nk sesatkan kita. Berbalik la pada Islam dan minta lah pada Allah semata2.

sarah82 Publish time 20-6-2019 02:58 PM

Edited by sarah82 at 20-6-2019 03:01 PM

lagendahidup replied at 20-6-2019 02:29 PM
Terbaik info
Ni apa yg sy tau.. Asal ilmu anak kerak @ kuman thong ni dari Istana Ligor. Jadi seorg dari bangsa Tai/Thai pi belajar dgn istana Ligor.. Asalnya dia berbaik utk istana Ligor utk dptkan ilmu anak kerak ni.. Bila raja dah syg kan dgn dia.. Raja nikah dgn anak perempuan raja.bila dah mengandung.. Dikatakan yg raja serta isteri dia berpakat utk bunuh dia, jadi dia belah perut isteri dia dan ambik anak dlm kandungan.

Dia balut janin tadi dgn kain yg dah dibaca tulis dgn mentera yg dia belajar dari bapa mentua dia dan dia salai janin tu sampai la jadi kecik tinggal tulang.. Sejak tu dia saja yg blh berkomunikasi dgn hantu baby ni.

Sejak tu mmg kat Thai sana ramai org buat kuman thong tapi yg original dari janin susah nak cari.. Biasanya depa buat dari kayu. Dikatakan memberikan perlindungan dan membawa nasib baik kepada keluarga yg membela.

Antara wajib depa sediakan adalah susu...lama dah baca ttg kuman thong/anak kerak ni.

Kat ebay mmg laku.. Ada yg sanggup beli harga lebih dari USD 5000.00...biasanya pembeli sama ada dari China atau dari negeri atas angin.

NadaDeafah Publish time 25-6-2019 09:38 AM

sarah82 replied at 20-6-2019 02:58 PM
Ni apa yg sy tau.. Asal ilmu anak kerak @ kuman thong ni dari Istana Ligor. Jadi seorg dari bangsa ...

betul.. member mimpi anak kerak ni minta susu sbb tuan dia x bg susu lg utk tahun ni.. seram
sebenarnya apa fungsi anak kerak ni ye? mcm toyol curi duit..anak kerak utk ape? kekayaan jugak ke..
Pages: [1] 2 3
View full version: anak kerak dr bomoh siam


ADVERTISEMENT