Seni Berpantun
Jom berpantun,, nanti mintak kak mod @seribulan tumpahkan kacang, satu pantun 30 kacang.. Aci dak??? Aci :) comod suka gak ni @ipes2 :D Alangkah geli rasa hatiku,Melihat nenek bergincu berbedak,
Memang indah pantun Melayu,
Jadi hiburan buat yang berkehendak... Sekarang musim raya kan
Ok nak bgi pantun
"Si melur mekar didalam pasu,
Pasu yer cantik pelbagai corak gaya,
Sekarang kan raya orang berpusu,
Pergi ke umah saudaramara berhari raya..." Melihat nenek bergincu berbedak
Atok geleng dan tepuk dahi
Walau biskut raya tingallah serdak
Tamu datang tetap dirai
Bilik terang bersuluh cahaya
Gelap malam kian menjelma
Sujud diri pada yang Maha Esa
Moga syurga milik bersama Dari papan menjadi pintu
Pintu pula ada tiga
Barang siapa menuntut ilmu
Dekat Kakinya menuju syurga Negara kita aman Sentosa
Jangan di lupa orang teraniaya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan di lupa...
sentiasa rajin la bersedekah pada yg memerlukan {:1_551:}
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan di lupa...
Walau gembira kita beraya
Mereka juga ajak bersama... Raya dirai bersama keluarga,
Ditambah ceria muzik irama,
Silaturrahim kita jaga,
Apa yang ada dimakan bersama. Walau gembira kita beraya
Mereka juga ajak bersama
Jgn dibeza miskin dan kaya
Ibu dan bapa perlu diutama
Ibu dan bapa perlu diutama
Sanak saudara dilupa jangan
Meriahnya raya disambut bersama
Kunjung mengunjung jadi amalan Kunjung mengunjung jadi amalan
Erat hubungan gembira bersama
Saling bermaafan rakan dan taulan
Menjunjung adat berpaksikan agama
Saling bermaafan rakan dan taulan
Menjunjung adat berpaksikan agama
Sesudah habis sesamabermaafan
Kesalahan sama jangan diulang semula...
Masak rendang di malam hari
Rendang dimasak dengan santan
Weii ni dah nak rayadah ni
Tak nak balik kampung kelantan?.
Sesudah habis sesama bermaafan
Kesalahan sama jangan diulang semula
Dara dan teruna cantik dan tampan
Senyuman dibibir semanis gula Edited by matryoshka at 24-6-2019 07:20 PM
Weii ni dah nak raya ni
Taknak balik kg kelantan?
Lahh guane boleh silap begini
Kg bukan kelantanlah tapi di kuantan...
;P{:1_551:} Dara dan teruna cantik dan tampan
Senyuman dibibir semanis gula
Bulan Syawal ini bulan bermaafan
Janganlah khilaf terjadi semula... Janganlah khilaf terjadi semula
Jika terjadi insafilah diri
Ishhh banyak open house lah pula
Kalau macamni memang diet lari Datuk mengadu sakit bahu
Minta cucu urut urut kan
Kalau anda serba tahu
Buah apa tidak boleh dimakan?
Ini anak buah i yg bg pantun nie
Sila jawab semua