sherrina Publish time 21-12-2003 01:54 AM

hehehe..elok sifu beli le satu buat koleksi peribadi :D

sifu Publish time 21-12-2003 07:11 AM

Originally posted by sherrina at 21-12-2003 01:54 AM:
hehehe..elok sifu beli le satu buat koleksi peribadi :D

kalau aku kek msio..dah lamo deh aku gi carik sendiri..:nana::nana::nana:

:lol::lol:

sherrina Publish time 25-12-2003 01:40 PM

boleh cadangkan apa lagi karya Hamka yg best utk dibaca?

iscol_klang Publish time 26-12-2003 10:22 AM

merantau ke deli best.... citer laki lupakan bini yg dulu dia berjanji bagai nak rak ngan bini dia... dah cerai talak 3, baru menyesal giler babeng....

sherrina Publish time 26-12-2003 11:39 AM

thanks iscol, entah ada ke tak buku tu di malaysia :(

amdude Publish time 26-12-2003 08:18 PM

aku baru jer habis baca buku ni... bahasa dia tak la susah sangat nak faham... cuma certain perkataan tu aku tak berapa paham kena refer kamus.. aku beli online dari mph.. senang.

sherrina Publish time 26-12-2003 09:24 PM

amdude:
camne beli online dr MPH? kene ada kredit kad lah yek?

amdude Publish time 29-12-2003 08:01 PM

u bleh buat bayaran using 3 methods... credit card, maybank2u... the other one if i'm not mistaken u can bank in...
tp ape2 hal pun better check kat sini http://www.mph.com.my

amdude Publish time 29-12-2003 08:04 PM

one more thing....

search the book using this isbn 983942243X

sherrina Publish time 30-12-2003 08:28 AM

thanks amdude :D

nikita_cun Publish time 8-1-2004 03:23 PM

alo geng!

pergh!!! tak sangka yek, ramai tul peminat hamka kat sini...

rupa kalo korang tak baca buku hamka ni cuma, berdasarkan maklumat dari kengkawan yg dah baca buku hamka, depa kata bahasa hamka ni nak kata tinggi sangat dak ah, cuma memang ada ayat dia yg masih berbaur indonesia dan maka itu susahlah nak difahami. kalo ada sesaper yg import terus buku tu dari indon niki gerenti mesti lagi susah nak pahamnyer...cenggini je la, niki pun sebenarnya dah frust nak beli buku kat mph tu, tapi yg niki tau, kat jb ni, nak cari koleksi buku hamka, korang pegi je ke badan bookstore kat plaza angsana....ni untuk orang jb la...memang bleh jumpa nya lah...kat tempat lain niki tak tau lak....kalau korang nak order pun senang, bagi title dan author, depa bleh orderkan..tak macam mph, sibuk nak isbn no! kalo tak de buku tu camner nak dapat isbn no?? betul tak???

sifu nak baca buku tu eh?? cenggini la..niki bleh belikan kalo nak pastu poskan pd sedara mara sifu yg ada kat mesia ni...pastu suruh dorang poskan la buku tu kat sifu...at least niki belanja sifu buku tu je, tu pun kalo niki dapat durian runtuh ke, bonus ke dalam masa terdekat ni... postal cost suruh keluarga sifu bayar....heheheh....amacam???

sanchez Publish time 9-1-2004 02:24 PM

Originally posted by iscol_klang at 26-12-2003 10:22 AM:
merantau ke deli best.... citer laki lupakan bini yg dulu dia berjanji bagai nak rak ngan bini dia... dah cerai talak 3, baru menyesal giler babeng....


betul tu, merantau ke deli pun best juga.seperti tenggelamnya kapal van der wijck, merantau ke deli juga menceritakan tentang taksubnya orang minang dengan suku kaumnya (maaf, bukan bermaksud menyinggung sesiapa berketurunan minang), serta kegigihan dan ketabahan orang jawa menghadapi kesukaran hidup.ada teman keturunan jawa yg baca buku ini berkata 'bangga aku jadi orang jawa'.

sanchez Publish time 9-1-2004 02:28 PM

Originally posted by sherrina at 26-12-2003 11:39 AM:
thanks iscol, entah ada ke tak buku tu di malaysia


pernah jumpa merantau ke deli di kedai buku Pustaka Mukmin (kalau tak silap) di jln TAR.bukunya tidak setebal tgllmnya kpl VDW.

kobis Publish time 10-1-2004 08:10 PM

Baca buku ni mula mula waktu sekolah rendah..kebetulan terjumpa koleksi orang tua..dia simpan buku ni semenjak dia masih bujang..tak ingat keluaran tahun bila..sampai ke hari ni rasanya tak kurang 10 kali dah baca..:cool::cool:

iscol_klang Publish time 12-1-2004 12:03 PM

ada beberapa lagi yg best cam di bawah lindungan kaabah & tuan direktur. aku sendiri blom berkesempatan nak baca.

amdude Publish time 19-1-2004 08:37 PM

Di Bawah Lindungan Kaabah...

kalau kat kuantan mana lagi boleh dapat buku ni..? cari thru internet pun takde...

Delpiero_xuan Publish time 7-2-2005 10:58 PM

syoknya dpt bini cam korang .... ada brain ....

alycia Publish time 8-2-2005 10:12 AM

alllooo...

alycia duduk kat seremban... ade tak sesape tau mane nak carik tenggelamnya kapal van der viek ni kat seremban... rase2 kat popuar ade tak...

palong Publish time 8-2-2005 02:14 PM

"Sembahlah DIA dgn khusyuk, ingat DIA pd waktu kita senang, supaya DIA ingat pula kita pada waktu kita sengsara. DIA lah yang akan membimbing tanganmu. DIA lah yang akan menunjukkan haluan hidup kepadamu. DIAlah yang akan menerangi jalan yang gelap. Jangan takut menghadapi cinta. Ketahuilah bahawa ALLAH yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. ALLAH yang menjadikan bunga dan memberinya harum. ALLAH yang menjadikan mata dan memberikannya penglihatan. ALLAH yang menjadikan tubuh dan memberikannya kesihatan. Maka ALLAH juga menjadikan hati dan memberikannya cinta. Jika hati kau diberi-NYA nikmat dgn cinta seperti mana dgn hatiku, marilah kita pelihara nikmat itu sebaik-baiknya, kita jaga dan kita pupuk, kita pelihara supaya jgn dicabut ALLAH kembali. Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika cinta hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada ILAHI.."

- HAMKA ( Tenggelamnya kapal Van Der Wijck)

db10 Publish time 8-2-2005 03:52 PM

dah baca lindungan kaabah dan kapal vdw berrtahun-tahun dulu, but I remember most ialah kisah cinta yang suci dan sedih siottt.... rasa nak baca semula, dulu pun dah tak ingat baca buku sape, kena beli barulah buat collection
Pages: 1 2 [3] 4 5 6
View full version: HAMKA


ADVERTISEMENT