DetectiveFS Publish time 15-6-2019 09:20 PM

GAJAH LAWAN GAJAH

Sejak jatuhnya empayar Soviet Union pada tahun 1990an, takde orang mampu melawan kuasa Amerika Syarikat. Sakgobar, medium panjang je.

Semua orang tunduk pada USA. Multinational USA bebas berdagang di negara seluruh dunia dan meletakkan undang-undang US dalam tata bisnes.
.
.
#HegemoniAmarekka

Masa company Abe Roxar dari Norway diserap oleh company USA bernama Emerson, Abe rasa menyampah gila dengan undang-undang bisnes Amerika yang Abe kena patuh.

Ini takleh. Iran takleh. Sudan takleh. Tak dibenarkan boikot Israel langsung. Boikot Islam boleh. Boikot Israel salah. Puiii...undang2 jahanam.

Nyampah jugaklah Abe walaupun Abe ni grad Amarekka. Terasa dijajah USA sewenang-wenangnya.

Sebab tulah Abe ikuti perkembangan Trade War antara China dan USA. Bukannya Abe minat pun ngan Komunis China ni.

Akhirnya bertemu buku dengan ruas. Amerika dan akhirnya jumpa lawan sebenar mereka.
.
.
#AmericanPerasanDiaPower

Abe masih teringat masa Abe student kat USA dulu. Abe kata kat sorang minah mat Salleh ni, jangan bongkak sangat USA power.

Rome pun power dulu. British pun power dulu. Tapi lani jatuh empayar ni. Minah tu kata, this is impossible. No one can beat USA. 1000 tahun lagi mungkin. Confident gila minah ni. Mujurlah dia cun.

Tapi bagi AbeUSA dah tak competitive. Industri Automotive USA led by Big Three (GM, Ford, Chrysler) dah tak mampu bersaing dengan Jepun dan Jerman. Hidup segan mati tak mau je.

Industri elektronik US pun dah tak power. Mana ada TV made in US yang boleh dibanggakan? Mujur ada I Phone Apple je.

US terlalu selesa kat comfort zone. Dah tak innovatif dah. Invent power tapi tak improve-improve.
.
.
#KebangkitanKomunisChina

Tapi kini akhirnya a new challenger has arised in the form of China.

Left unchecked, China will surpass USA by 2030. The number one economy in the world will be Communist Country.

Jemm jugak tu. Kalau US dah cam diktator, China lagi lah parah.

Tengoklah apa China buat kat kepulauan Spratly. Suka hati dia je rampas pulau. Tengok camne dia seksa orang Islam kat Xinjiang sampai nak puasa pun takleh.

Tapi US kutuk China pasal seksa orang Islam Uighur. Puii hipokrit...dia bunuh orang Islam kat Iraq, Syria, dan Libya boleh pulak.

Jadi negara kecik kita akan jadi cam kancil di tengah-tengah gajah bergaduh or like Mat Sabu says, Elephant fights elephant, grass got trampled.
.
.
#EmpayarMajapahitKedua

Oh satu lagi, tahukah anda menjelang 2030 Abang Besar kita Indonesia akan menjadi Top 5 economy dalam dunia?

Sebab itulah Presiden Jokowi kini sibuk mencari 'Putrajaya' Indonesia yang baru di Kalimantan.

Tak boleh Abe bayangkan apalah akan jadi kalau Indonesia lagi kaya, gagah, dan maju dari kita. Manalah nak letak muka ni.

Dunia kini kian berubah. Mungkin esok-esok anak2 kita terpaksa kerja di Indonesia untuk mencari sesuap nasi sekiranya GDP kita makin lama makin perlahan.

Tapi tulah kita. Hari-hari kita bercakaran pasal politik. Parti tu tuduh parti ni rasuah..parti ni salahkan parti tu. Terlalu banyak bergaduh daripada fokus pada ekonomi.

Kita perlukan wawasan baru dan kepimpinan mantap untuk menyiaplan Malaysia untuk menghadapi tiga kuasa besar ekonomi ini yakni USA, China, dan Indonesia.
.
.
#MoralOfTheStory

Mungkin ada baiknya kita ikut saja model Singapura, negara kecil tapi kaya raya dan mementingkan sektor perkhidmatan bertaraf tinggi.

Akhir kalam, semoga kerajaan kita especially menteri-menteri kita menyiapkan Malaysia kearah dunia baru ni. Silap hari esok-esok kita akan diserap ke dalam Republik Indonesia.

Semoga post ini membuka minda semua pembaca. Until Then, Happy United for a Prosperous Malaysia

#unggoggekable

Kredit : Abe Nazz ZaiN

seribulan Publish time 15-6-2019 10:03 PM

Hari tu kawan bagi masak daging kancil. Sedap gak :)


Lah ni deme gaduh, kancil dok tepi nonton sambil makan popcorn je :)

sensa Publish time 16-6-2019 11:19 AM

tunggu gajah lawan harimau

bananes Publish time 18-6-2019 11:00 AM

gajah lawan badak

MFR_IN Publish time 18-6-2019 11:37 AM

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

makanya, kita yg negara kecil ni hanya mampu duduk diam saja ke? atau sokong mana yang boleh tolong kita kelak?

kalau indon lagi maju dari kita, berbondong2 la rakyat malaysia mencari rezeki di negara seberang. Dan indon masa tu boleh claim semuanya hak mereka.


sama2 kita doa agar malaysia sentiasa aman dan berdaya saing. ekonomi semakin kukuh, moga2 anak cucu kita tidak merempat kelak.

anak kecil main api....ehhhh

seribulan Publish time 6-8-2019 11:05 AM

https://media1.giphy.com/media/dXi0I7xLZAGfC/200.webp?cid=790b76115d48ee34354a7873321f958e&rid=200.webp
Pages: [1]
View full version: GAJAH LAWAN GAJAH


ADVERTISEMENT