fahdramli Publish time 15-6-2019 04:58 PM

Peranan Tabiat Membaca

Masalah dalam kalangan pelajar sekolah sekarang adalah tidak dapat menulis esei dengan baik dan mengeluarkan idea2 bernas. Jom kongsikan macam mana kita boleh bantu anak2 ni untuk bagus dalam penulisan. Percaya tak, peribahasa dahulu pun anak2 sekarang tak bolwh hadam dengan baik.

seribulan Publish time 15-6-2019 05:17 PM

Fact- elaboration/justification- examples :)

tajmahal Publish time 15-6-2019 08:15 PM

Kerajaan telah memperkenalkan program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) untuk pelajar sekolah menengah dan juga rendah. Program ini telah pun lama diperkenalkan sejak tahun 1998. Namun begitu, kadar membaca rakyat Malaysia masih rendah. Sebenarnya, tabiat membaca perlu dimulakan di rumah oleh ibu bapa kerana anak-anak akan mengikut tabiat ibu bapa mereka yang suka kan membaca. Namun dengan perkembangan teknologi, kita dapat melihat di mana-mana sahaja ibu bapa dan anak-anak menghabiskan masa melayari internet di telefon pintar.

Sultan Nazrin yang jugaSultan Perak pernah bertitah mengenai membaca ""Ilmu itu sangat luas dan akan sentiasa ada yang baru, hanya dengan mencintai ilmu dan buku membolehkan kita mengejar perkembangan dunia (keep up to date).malah dengan membaca menjadikan kita bertambah pengetahuan seterusnya mampu membentuk etika diri yang hebat," .

Ibu bapa perlu mengubah sikap mereka sendiri dengan menghadkan masa di telefon pintar. Sebaliknya, membaca buku bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya anak-anak ada kenangan manis bersama ibu bapap mereka.

fahdramli Publish time 15-6-2019 08:37 PM

Yang nilam pun kadang2 tak baca pun, pi salin saja sinopsis lepas tu claim oata dah baca.

Catpaw Publish time 16-6-2019 02:15 PM

Banyak bergantung pada gajet... ayat kat laman sosial ayat pasar, pemendekan, ejaan bercampur baur, separuh ular separuh belut,semua ni antara sebab mempengaruhi gaya penulisan dan bahasa budak2 sekarang...

fahdramli Publish time 16-6-2019 02:30 PM

Catpaw replied at 16-6-2019 02:15 PM
Banyak bergantung pada gajet... ayat kat laman sosial ayat pasar, pemendekan, ejaan bercampur baur,...

Itu masalah anak2 kita pada hari ini. Bahasa pun ikut gadget.

Catpaw Publish time 16-6-2019 02:34 PM

fahdramli replied at 16-6-2019 02:30 PM
Itu masalah anak2 kita pada hari ini. Bahasa pun ikut gadget.

Iye, bahan2 gajet lagi menarik perhatian anak2. Nak kena pilih bahan yang berkualiti memang ada, sama juga dengan buku, tapi sumber buku ni lebih terkawal berbanding internet yg tanpa sempadan...

KILL_NANCY Publish time 16-6-2019 03:05 PM

dunia bukan dalam bilik semata.

budak2 sekarang asyik hadap gadget, E games.

macam mana nak buat esei tapi tak expose dunia luar?

budak2 sekarang lebih tertarik dengan Pubg, socmed daripada autobiografi AKU SEBATANG PENSIL.

fahdramli Publish time 16-6-2019 03:14 PM

Saya kesian kat anak2 ni, beli bukku bacaan baru,pun still tak dapat nak tarik attention depa. Menarik sungguh gajet

tajmahal Publish time 16-6-2019 09:57 PM

Catpaw replied at 16-6-2019 02:34 PM
Iye, bahan2 gajet lagi menarik perhatian anak2. Nak kena pilih bahan yang berkualiti memang ada, s ...

jangan kata budak2, orang dewasa pun terikut dengan bahasa media sosial. mengata jadi membawang, oh dieja ouh, makcik bawang, bangang melantun-lantun.:dizzy:

fahdramli Publish time 17-6-2019 11:33 AM

tajmahal replied at 16-6-2019 09:57 PM
jangan kata budak2, orang dewasa pun terikut dengan bahasa media sosial. mengata jadi membawang, o ...

Effect dia pada anak2 juga. Mungkin kat rumah text anak2 dengan bahasa sms,

MFR_IN Publish time 17-6-2019 11:42 AM

nak kawal pengunaan bahasa ni, peranan ibu bapa sanga besar.

jangan di biarkan anak mengunakan social media yang merapu mcm tik tok, wechat segala macam yang boleh menyebabkan kepincangan pengunaan bahasa.

pantau aktiviti anak, kita pun jangan la guna bahasa merapu juga.

bab membaca amalan mulia ni, kalau boleh ajak la anak-anak sekali hujug minggu berkelana di perpustakaan awam. ajar anak meminjam buku yang di gemari. nanti minat untuk membaca pun ada lah.

orang kata melentur buluh biar dari rebungnya. {:1_551:}

Kak-Leen Publish time 19-6-2019 09:54 AM

2 tahun ni akak tengok perbelanjaan buku fizikal dlm rumah ni dah kurang. Mungkin sebab anak2 dah membaca di WattPad kat hp. Tapi anak2 akak yg memang dari dulu ulat buku ni akui, kepuasan membaca kat buku fizikal jauh lebih tinggi dari membaca di Wattpad ni. So, diaorg dah start balik beli buku fizikal.. Akak jugak... Tahun ni x beli lagi buku sebab rupanya satu rak penuh buku akak belum baca lagi!

Kak-Leen Publish time 19-6-2019 09:56 AM

KILL_NANCY replied at 16-6-2019 03:05 PM
dunia bukan dalam bilik semata.

budak2 sekarang asyik hadap gadget, E games.


Alhamdulillah anak2 akak yg bertiga ni x main PubG. Yg sulung je main dan bukan hardcore. Akak memang rnrgsa tengok org main PubG, ML, dll yg sampai sanggup x tidur malam @ dok hadap sampai x reti nak jumpa manusia dalam realiti ni.

Kak-Leen Publish time 19-6-2019 09:59 AM

MFR_IN replied at 17-6-2019 11:42 AM
nak kawal pengunaan bahasa ni, peranan ibu bapa sanga besar.

jangan di biarkan anak mengunakan so ...

Masalahnya skrg, tengok post2 cikgu2 & mak2 yg eja dan gunakan perkataan2 mcm bbnu ni.. Geng akak cikgu2. Ramai jugak gunakan perkataan “Ticer” instead of “Teacher” dlm socmed ni.. Love dieja luv @ lurf. Akak sangat terganggu dengan posting2 begitu.

pintudung Publish time 30-6-2019 08:18 PM

Kalau nak anak2 bagus dalam penulisan kita kena berikan mereka lembaran kerja karangan dan pantau mereka buat latihan itu sebab kalau kita nak harapkan guru di sekolah untuk didik anak2 jadi bagus dalam penulisan memang agak susah sebab guru guru tak boleh nak tumpukan perhatian pada anak kita sorang sahaja. Kenalkan pada mereka buku cerita yang menarik seterusnya sediakan lembaran kerja. Tak salah pun kalau kita sebagai ibubapa ajarkan mereka dahulu mengenai simpulan bahasa, peribahasa. Pendidikan bukan sahaja datang dari sekolah, kat rumah pun boleh. antara nak atau tak nak implement je sebab ia memerlukan komitmen yang besar dari ibubapa sebab ibubapa pun penat kan nak hadap kerja letih urus rumah anak anak lagi. Just my two cents :)

f98 Publish time 3-7-2019 11:06 PM

Jauh beza feel dia bila membaca dkt buku compared to handphone/tab/iPad. Memang seronok bila dapat baca buku fizikal esp buku paperback english yg ada bau tersendiri dia. Dulu2 rajin simpan duit utk beli buku english and simpan buat collections. Skrg ni lebih ke arah baca buku softcopy sbb senang nak bawa kemana-mana.

Membaca banyak sangak tolong improve kan english saya. Masa kecik ada kawan baik hati bagi pinjam collection Enid Blyton & Jacqueline Wilson dia. Thankful sgt dkt dia.
Pages: [1]
View full version: Peranan Tabiat Membaca


ADVERTISEMENT