seribulan Publish time 14-6-2019 04:19 AM

Pengalaman Ramadhan @ Syawal di luar ibu pertiwi :)

2 tahun lepas kawan ajak umrah Ramadhan. Best sungguh. Ingat nak ulang tahun ni buat umrah Raya sekali sebab parents dah tiada. Tetiba urusan pertukaran dan pemergian.abang sulung, maka terkandas...mungkin tahun depan gamaknya :)

sapeka Publish time 14-6-2019 08:43 AM

teringin
tapi masa belum tiba

MoonRise Publish time 14-6-2019 10:06 AM

Tak pernah lagi. Cuma dengar pengalaman orang ja.

lyss0909 Publish time 14-6-2019 04:37 PM

Tak berkesempatan lagi inshaAllah teringin jugak nak beraya sambil beribadah ke Mekah

bungapurple Publish time 15-6-2019 08:02 AM

Pengalaman berpuasa di luar Malaysia sebenarnya best juga. Selain berjemaah dan bergotong royong menyiapkan makanan buka puasa segalanya di surau/masjid, dpt kenal ramai kenalan. Lepas tu, kita boleh share info dgn orang sekeliling yang tatau psl Islam,ramadhan,raya & halal. Tp kalau di Tanah Haram tu feeling dia pasti sukar digambarkan.

Btw, salam takziah.

nidajamal Publish time 19-6-2019 09:03 AM

pernah few times beraya di luar negara.,

seronok,tapi sedih bila part takbir,.teringat keluarga.,but beraya di perantauan not so bad sebenarnya,.sebab masing masig jauh dengan family so each of us try to make other people happy,.jemput makan,.masak makanan kita,.walaupun pakai tebal tebal sejuk berjaket bagai tapi spirit to celebrate raya tu tetap ada,.pakai baju melayu baju kurung

happy moment sebenarnya

Romba Publish time 19-6-2019 11:45 AM

Tak pernah lagi. Cuma berpengalaman kerja waktu raya je. Tak sempat nak layan perasaan. Kerja hospital. Busy.hehe

littleblossom Publish time 19-6-2019 02:44 PM

So far xpernah lg berbuka kt luar negara.. tapi mcm teringin jugak nak try berbuka kt norway..berpuasa 19jam tuuuu.. mesti kalau diet cpt skit lemak kena bakar

denim Publish time 20-6-2019 04:01 PM

Pernah..alkisah masa tu sambung brlajar. Masih anak satu,baby lagi. Semangat buat rendang di malam raya.cari lengkuas tak jumpa. Redha je beli serbuk lengkuas. Gallanggal powder. Masa masuk dlm rendang,kemain banyak tabur. Dah siap rendang, kaler semua cantik. Tp bila merasa, mak aihhhh pedarrrrrr. Sedih sgt masa tu..rasa kalau boleh nak terbang balik rumah mak sebab rindu rendang. Haihhhh kenangan kenangan..

iminidin Publish time 20-6-2019 09:32 PM

Insya Allah, niat yg baik ni, selalu Allah permudahkan.. Dilorongkan jalan nnt.. Semoga ada rezeki. Amin

joyahbawang Publish time 21-6-2019 02:08 PM

Salam takziah. Pernah sekali, ada program exchange student. Mula2 ok je then suddenly kawan tanya, "tak nak call family ke?" Mmg iols saja tak nak call, tapi dah kawan semua sibuk suruh call, call lah juga. Adoii tergagap iols sedu sedan dengar suara parents. Sedih2

outofstep Publish time 21-6-2019 04:22 PM

Pernah beraya di Perth pada tahun 2015 sebab urusan kerja. Ingatkan tak la ramai org melayu beraya di perantauan. Sekali bila dalam flight, ramai je orang kita beraya di Perth. Bila sampai sana pun, memang bersepah orang melayu kat sana.

appleijau Publish time 22-6-2019 09:59 PM

Pengalaman beraya di luar negara, kebanyakannya hanya beberapa jam sahaja. Pagi raya pergi ke masjid untuk solat hari raya. Habis solat, kalau ada masa,pergi ke tempat2 menarik untuk ambil gambar. Selepas tu sambung semula aktiviti pada hari itu: pergi ke kelas atau pun ke tempat kerja.

Kalau ada jemputan ke embassy dan ada kesempatan untuk hadir, mmg tak lepas peluang. Dapat solat sunat hari raya bersama2 rakyat Malaysia yg lain. Dapat juga mendengar takbir raya seperti di tanah air. Lepas solat sunat biasanya ada jamuan hari raya.

Ada juga beberapa restoran Malaysia yang buat jamuan hari raya atau ‘rumah terbuka’. Memang meriah sebab waktu ni biasanya boleh bawa kawan2 dari negara2 lain. Seronok dapat jumpa rakyat Malaysia yg sama2 merantau, sambil tu dapat memperkenalkan makanan dan budaya Malaysia kpd kawan2 bukan warganegara Malaysia. Best.




peaknee Publish time 28-6-2019 02:38 PM

Pernah berpuasa dan beraya di negara orang time study dulu. Memang rasa sedih sbb berjauhan dgn keluarga. Tapi surprisingly meriah tetap meriah. Setiap weekend ada je jemputan berbuka puasa/open house.. Terubat rindu kat keluarga
Pages: [1]
View full version: Pengalaman Ramadhan @ Syawal di luar ibu pertiwi :)


ADVERTISEMENT