zakeynt_o Publish time 13-6-2019 04:41 PM

Ramai Kawan Macam Toksik? Jauhi 3 Orang Ini Jika Ingin Bahagia

Dalam kehidupan seharian, manusia memerlukan aura positif dan baik bagi memulakan hari. Kadang kala, kita sudah bersemangat untuk memulakan hari dengan positif tetapi orang sekeliling seperti tidak memberi galakan mental dan akhirnya kita juga terjebak dengan negativiti.


Berikut merupakan tiga jenis orang yang patut dihindari dalam pergaulan:


1. ORANG YANG SELALU MERUNGUT dan tidak puas hatiAda sesetengah perkara, apabila orang lain menyebut, barulah kita terfikirkannya. Contohnya, "makanan ni masin betul kan?", "sikitnya makanan jiran bagi ni..." atau "hishh.. panasnya harini..". Ada sahaja perkara yang ingin dirungutkan, kalau boleh semua pun tak kena. Penatkan nak melayan?


Sikap ini akan membuatkan kita tidak bersyukur dengan apa sahaja yang kita miliki dan hadapi. Individu seperti ini juga membuatkan suasana yang tadinya baik menjadi negatif.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/15/211300snlvrv6hhsjshisb.jpg
sumber: Islami.co



2. ORANG YANG NEGATIF
Orang seperti ini tidak suka membicarakan tentang hal-hal yang positif tetapi sebaliknya. Contohnya, suka bicara buruk tentang orang lain, menghina dan memandang rendah orang lain. Mungkin kita bukan seperti itu, tetapi tidak mustahil jika kita bergaul dengan orang seperti ini, kita juga akan melakukan hal yang sama.


Kalau hari-hari duduk semeja dengan 'mak cik bawang', takkan hari-hari dengar je, mesti akan ada satu masa kita akan terjebak sama. Tapi dalam kes 'mak cik bawang', kita pegang prinsip macam ni lah: KALAU KITA TAK SUKA ORANG BUAT KITA, KITA JANGAN BUAT ORANG LAIN. Contoh, kalau tak suka orang lain mengumpat pasal kita, jangan kita mengumpat pasal orang lain. Mudahkan formula ini.




3. SOS (SENANG tengok ORANG SUSAH, SUSAH tengok ORANG SENANG)

Kalau nampak orang lain bahagia, lebih daripada dia, ada saja yang tak kena dan dengki. Kalau nampak orang susah, berada di bawah, dia pula bahagia. Orang seperti ini tidak suka melihat orang lain berkembang maju. Kalau dia susah, dia mahu orang sekelilingnya sama-sama susah supaya dia tidak susah keseorangan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/15/211702niqk6annvaksh7q2.jpg
sumber: columbiafederalist.com



APA JADI KALAU TERUS BERADA BERSAMA 3 JENIS ORANG INI?
1. SUSAH UNTUK MAJU KEHADAPAN
2. SUSAH UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA
3. SUSAH UNTUK BERJAYA
4. SUSAH UNTUK BAHAGIA - CARI


SUMBER: MOTIVATOR MERRY RIANA

ip_lepat Publish time 13-6-2019 05:08 PM

{:1_535:}

https://i.pinimg.com/564x/f3/c8/ed/f3c8edce90dfa8444b4b82e43cf50216.jpg

Kurex Publish time 13-6-2019 05:58 PM

Yg kena tunggu sejam lebih baru muncul. Yang berangan cun.. Yang cibai.. Yg hanat...semua toxic

CARI-MAMS Publish time 13-6-2019 06:17 PM

tunggu berejam tu mmg ada...hmm

farlis Publish time 13-6-2019 06:20 PM

Dok kata org toksik.. Jgn lupa cek diri sendiri sbb kdg2 kita x sedar kita juga bertoksik..just my dua kupang

kroit92 Publish time 13-6-2019 07:10 PM

kalau boleh elak takpe. tapi yang memang related, sedara-mara, aduiii tak leh lari. sabar je la balik kampung 2-3 hari. malas nak gaduh. mulut masing-masing aduiii :'(

kenal sejak lahir, tapi sampai besar toxic nye tak berubah. nak jumpa pun malas. tapi sebab raya, melawat tok nenek. hadap je lahh.. diorang bukak mulut, kita kunci mulut

ibadat macam ahli syurga
lidah macam ahli neraka

dubuk Publish time 13-6-2019 08:36 PM

on the way.. on the way.. :lol:

EvieWanKenobi Publish time 14-6-2019 12:18 AM

Alhamdulillah dikelilingi oleh yang baik2 aje..:D

LautBiru52 Publish time 14-6-2019 04:10 AM

Yg jenis suka salahkan orang lain. Diri sendiri tak pernah salah. Yg suka bersungut. Rimas tau tak rimas

noraidil_06 Publish time 14-6-2019 05:40 AM

EvieWanKenobi replied at 14-6-2019 12:18 AM
Alhamdulillah dikelilingi oleh yang baik2 aje..

Samalah. Alhamdulillah di kelilingi org baik-baik

AbukRokok Publish time 14-6-2019 09:07 AM

duk dalam gua
berkawan dgn binatang

so far so good

ramaramu Publish time 14-6-2019 09:08 AM

we cant expect for people to change but we can change ourselves.
if ada kawan toksik, we avoid or limit seeing them.
if we realize we are toxic, we try our best to change

ramaramu Publish time 14-6-2019 09:09 AM

EvieWanKenobi replied at 14-6-2019 12:18 AM
Alhamdulillah dikelilingi oleh yang baik2 aje..

alhamdulillah.. rezeki u..

EvieWanKenobi Publish time 14-6-2019 09:14 AM

ramaramu replied at 14-6-2019 09:09 AM
alhamdulillah.. rezeki u..

Alhamdulillah.. semoga yang baik2 untuk u juga..:D

if ada kawan toksik, we avoid or limit seeing them.it's true..{:1_132:}

rospinki Publish time 14-6-2019 10:51 AM

semua orang baik2..cuma pembawaan character kita utk menyesuaikan diri dgn tahap acid dlm manusia tertentu merubah ph toxic dlm diri.

saya berada pada ph normal selalunya..berubah kaler ijo pada waktu tertentu sajork.


rospinki Publish time 14-6-2019 10:52 AM

semua orang baik2..cuma pembawaan character kita utk menyesuaikan diri dgn tahap acid dlm manusia tertentu merubah ph toxic dlm diri.

saya berada pada ph normal selalunya..berubah kaler ijo pada waktu tertentu sajork.


CARI-MAMS Publish time 14-6-2019 11:37 AM

betul..kena cek diri sendiri juga....selalu audit diri juga...dan perbaiki mana2 yg kurang

Chimicuri Publish time 14-6-2019 09:19 PM

Yg aku jumpa jenis depan org tu puji bagai. Tapi mengumpat org tu kat belakang. X faham lah jenis ni. <insecure> {:question

terma2nkondisi2 Publish time 14-6-2019 09:44 PM

ip_lepat replied at 13-6-2019 05:08 PM


basically, semua org ada sikap/sifat assholenya yg tersendiri

kalau tak bnyk, sikit tu mesti ada

takkan nak jauhkan diri dari semua orang kot :o

HYSB Publish time 15-6-2019 12:05 PM

Jenis racist memanjang pun toksik juga
Pages: [1] 2
View full version: Ramai Kawan Macam Toksik? Jauhi 3 Orang Ini Jika Ingin Bahagia


ADVERTISEMENT