DetectiveFS Publish time 13-6-2019 04:23 PM

FAKTA MENARIK TENTANG GEOGRAFI DUNIA

Geografi ialah kajian tentang lokasi, taburan, kekerapan dan interaksi semua unsur penting manusia dan alam sekitar di permukaan Bumi dan apa yang ada di atasnya. Dua bidang utama dalam geografi ialah geografi fizikal yang menumpukan pada sains bumi, dan geografi manusia yang memfokuskan kepada sains sosial ataupun aspek bukan-fizikal. Berikut merupakan antara fakta yang menarik mengenai geografi bumi.

1 - Delta Danube merupakan delta Eropah terbesar dan paling terpelihara selepas Delta Volga.

2 - Tasik Tanganyika merupakan tasik air tawar kedua terbesar dan kedua terdalam di dunia.

3 - Empat mata angin utama ditentukan mengikut kutub dan arah putaran Bumi.

4 - Laut Mati merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, dan juga merupakan laut/tasik termasin di dunia.

5 - Sistem koordinat geografi membenarkan setiap lokasi di dunia ditentukan oleh tiga koordinat.

6 - Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia, tetapi bukan yang terbesar.

7 - Hemisfera utara mempunyai 90% dari jumlah penduduk bumi.

8 - Masa di Kutub Selatan mengikut zon masa New Zealand.

9 - Air terjun Angel di venezuela adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter.

10 - Walaupun Peta berbentuk statik dua dimensi, boleh menggambarkan dengan tepat secara geometri ruang tiga dimensi.

11 - Dataran Tiananmen merupakan dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.

12 - Sungai Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah air.

13 - Lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada.

14 - Air terjun Niagara sebenarnya terdiri daripada tiga buah air terjun.

15 - Tasik-Tasik Besar membentuk kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia.

DeeHanania Publish time 13-6-2019 05:19 PM

Info menarik

noraidil_06 Publish time 13-6-2019 10:29 PM

Nice info tt

epis Publish time 14-6-2019 08:00 AM

Thanks tt atas perkongsian yg menarik..

alaa Publish time 14-6-2019 08:57 AM

nice info!

Ivysaur Publish time 14-6-2019 09:34 AM

Info menarik. Ramai muda mudi sekarang kalau ditanya sungai apa yang terpanjang di dunia sebut Sungai Amazon yang sebenarnya sungai terbesar di dunia. Keliru dengan Sungai Nil... geografi dan sejarah kurang belajar kot

Supersirap Publish time 14-6-2019 11:06 AM

nice info TT, TQ

Beribear Publish time 14-6-2019 12:32 PM

Last belajar geo time form 3.. Paling best belajar bab latitud dgn longitud. Walaupon tak ingat nama cikgu yg mengajar tu tp sampai skrg igt lagi wajah dia. Dia cikgu cina. Dressup dia selalu pakai skirt paras betis & rambut dia akan ikat pony. Thank you cikgu

MFR_IN Publish time 14-6-2019 01:50 PM

nice info.

TQ TT {:1_551:}

buapakperut Publish time 14-6-2019 01:52 PM

nice tt..my favret subject geography sejak kecik lagi..walaupun spm takda geo.

orgsepang Publish time 14-6-2019 03:53 PM

Tahniah tt. Info yang bagus untuk dikongsi {:1_152:}

noraidil_06 Publish time 4-7-2019 09:23 PM

Ivysaur replied at 14-6-2019 09:34 AM
Info menarik. Ramai muda mudi sekarang kalau ditanya sungai apa yang terpanjang di dunia sebut Sunga ...

Sy baru Tau, bdk2 skrg belajar geography sampai form 3 je. Ptt la poor knowledge psl dunia.

Aisy88 Publish time 8-7-2019 09:24 AM

Nice info.. Teruskan share more info :)

Keisha-Belle Publish time 25-9-2019 10:39 PM

Menarik....

scilover Publish time 13-7-2020 10:18 AM

Nice info!Saya suka baca fakta2 macam ni, sgt menarik. Hope you share more in the future!

scilover Publish time 26-8-2020 03:09 AM


Thanks for the info..! Dan lagi satu fakta menarik. Ke lima2 benua akan bergerak ke arah satu sama lain sebanyak +-4 inchi dalam setahunhttps://youaskweanswer.net/wp-content/uploads/2020/08/Gondwana-and-Pangea-e1597217944968.png



anehaneh Publish time 28-8-2020 01:04 AM

Fakta yang sangat menarik! Suka baca.. Tq

j_adore Publish time 29-7-2021 05:06 PM

good sharing! {:1_132:}

dexa Publish time 30-10-2021 05:19 PM

Ivysaur replied at 14-6-2019 09:34 AM
Info menarik. Ramai muda mudi sekarang kalau ditanya sungai apa yang terpanjang di dunia sebut Sunga ...




ramai yang tahu dah nile river is the longest river in the world ---
tapi -- amazon river --- contains the most volume of water --
tu yang different
-- Nile lebih panjang dari amazon about 250km -

so walau pun sungainya besar - tapi a bit shortened in length -
amazon has the largest drainage - and habitat for countless species -
and dangerous -

Page88 Publish time 11-10-2022 09:41 AM

Nice info.
Pages: [1]
View full version: FAKTA MENARIK TENTANG GEOGRAFI DUNIA


ADVERTISEMENT