Kaykaychan Publish time 12-6-2019 08:01 PM

6 Petanda Pasangan Kamu Berlaku Curang

Dalam setiap perhubungan, pasti ada momen di mana kamu mulai curiga dengan pasanganmu, kan? Perangainya semakin berubah, tak lagi seperti di awal percintaan kalian. Jangan terkejut, ini mungkin salah satu petanda si dia mula menduakanmu!

1. Selalu mengelak berjumpa kamuAda saja alasan yang si dia beri setiap kali kamu ajak keluar date. Katanya, “Maaf saya ada meeting” atau “Kawan saya ajak lepak tengok bola malam ni”. Kadangkala alasan tak masuk akal pun ada!
2. Gelabah bila kamu pegang telefonnyaSi dia tak senang duduk bila kamu bermain dengan telefon pintarnya dan segera merampas dengan alasan, “Saya nak e-mel bos sekarang.” Ini sangat suspicios! Gerak tubuhnya boleh membantu kamu mengesan tanda si dia sedang menipu. Mungkin dia ada apps seperti Tinder, JustDating, Tantan ini yang senang dapat dating girls tu!
3. Banyak nombor misteriBila kamu periksa contact list si dia, ada banyak nombor dibiarkan tak bernama. Besar kemungkinan nombor-nombor misteri itu adalah wanita yang si dia sedang bermain asmara. Cuba selidik, kalau betul si dia menipu, minta penjelasan.
4. Bekerja hingga lewat malamBanyak pula kerja si dia sejak dua-menjak ni. Mesyuaratlah, acaralah, bincang bisnes projek barulah, hari-hari kerja overtime sampai tak ada masa langsung untuk kamu. Besar kemungkinan, si dia bukan jumpa klien tetapi ‘ke lain’. Oops!
5. Si dia banyak follow wanita seksi di media sosialKamu perasan si dia banyak like gambar wanita tak kiralah di Facebook atau Instagram. Tambah parah, kalau si dia ada Wechat pula. Ramai pula wanita-wanita hot yang dia follow. Nah, kamu dah boleh agak apa yang sedang berlaku, kan?
6. Tiba-tiba mahu ‘dapper than ever’Selama ini si dia tak pernah kisah tentang penampilan. Tapi, sejak akhir-akhir ini dia sudah menukar stail baru, wangian baru dan jadi lebih concern dengan penampilan diri. Kepada siapa dia mahu show off? Kamu atau ada orang ketiga? Fikirkan.



mizZue Publish time 13-6-2019 03:20 AM

Kekasih ada tanda tanda Curang? Chill!”- Ini 7 Cara Balas Dendam Paling Smooth Untuk Pasangan Curang ini... hambekk and stay classy gals

Lumrah hidup lah kalau ada pasangan korang yang curang. Chill jangan sedih. Manusia ni memang jenis tak puas dengan apa yang dia ada. Tapi bila pasangan korang dah pernah curang sekali, jangan mengada-ngada nak bagi peluang kedua.
Ada orang kata balas dendam benda paling sesuai dilakukan untuk orang yang dah curang dengan pasangannya. Jeng jeng jeng! Tapi korang jangan lah buat benda kejam. Meh sis Katy share cara paling smooth nak balas dendam kat pasangan yang curang.

1. Putuskan hubungan on-the-spot!
Sesetengah pasangan, diorang memang tak boleh keseorangan. Diorang akan rasa lemah dan sunyi, nak ditemani je kononya. So bila dapat tahu pasangan korang curang, carilah cara terbaik untuk putuskan hubungan tu. Dah tak ada guna nak simpan orang yang tak hargai korang tau!

2.Bentuk badan yang meletop top top!
Khloé Kardashian pernah kata balas dendam yang paling smooth adalah dengan cara build badan sampai hot meletop. Korang build badan korang sampai jadi hot daripada scandal dia. Biar pasangan korang rasa menyesal curang sebab sekarang korang dah hot lawa gituhh!

3.Dapatkan sokongan keluarga
Kalau hubungan korang dalam fasa dah ‘bertemu keluarga’, pastikan hubungan korang dah direstui lah. Jika ya, bila pasangan korang curang, korang boleh mengadu benda betul kat keluarga pasangan. Biar padan muka pasangan korang kena bebel dengan keluarga dia.

4.Date dengan salah seorang kawannya
Pasangan kita biasanya memang mudah rasa insecure dengan kawan-kawan diorang sendiri. Tak kira lelaki ke perempuan, diorang mesti rasa risau bila bf atau gf berkawan rapat dengan member diorang. So, ambil peluang ni. Biar padan muka dia :p

5.Berdiam lebih baik
Once korang dah tahu pasangan korang tu curang, jangan sesekali angkat panggilan atau balas mesej diorang. Biar diorang rasa macam ‘something is wrong’, dah kantoi ke tak. Confirm diorang gelabah lah!

6.Ni ialah untuk diri kau..Balik pada Allah dan banyakkan berdoa..bila Allah x izinkan hubungan tuberlangsung..yakinlah yg Allah sedang memberikanmu kasih sayangnya utk menjaga kamu dari jodoh yg tidak sesuai dgnmu.maka solat solat dan solat.

Good luck gaissss






PristineOne Publish time 13-6-2019 06:15 AM

mizZue replied at 13-6-2019 03:20 AM
Kekasih ada tanda tanda Curang? Chill!”- Ini 7 Cara Balas Dendam Paling Smooth Untuk Pasangan Curan ...

Nak skandal manyak tapi tak kantoi? Chill

Nih ikut cakap Pokchik..

- Crita henpon....elehhh...Beli la henpon pendua ... nombor samping tu hanya untuk skandal jahh...Nomor utama untuk rasmi..kerja...keluarga dan gelpren yang dicurangi. Aktifkan fon tu masa tengah curang ngan gelpren simpanan..Sure tak da call masuk. Dan bila ngadet ngan gelpren utama yang dicurangi...henpon damping tu simpan dalam bonet kereta dan biarkan hidup. Kalao gelpren simpanan tanya knapa tak jawap call atau wassup...pandai la gorenggg. Jangan sekali kali simpan henfon damping kat dashboard kereta...Kajian menunjukkan kebanyakkan gegurl adalah kepochi...bila boypren / laki masuk stesen minyak...deyouls suka geledah dashboard.

- Panggilan anjer .
Seragamkan semua panggilan anjer pada gelpren yang dicurangi dengan gelpren hot simpanan.Kalo panggil Ayang...dua dua pun ayang...Kalao Bie..dua dua pun Bie. Kajian ada menunjukkan lelaki kaberet curang selalu tersasul.

- Tempat Dating
Pastikan tempat dating dan restoran faverit adalah eksklusif buat dua dua gelpren... Kalau Gelpren kena curang tempatnya kat KLCC jadi pastikan gelpren hot simpanan didatingkan di One Utama. Lagi jauh radius dating tu lagik bagus...pegi sampai kat Aeon Mall Bukit Tinggi Klang lagiii bagus. Anda selamat dari terkantoi ngan gelpren gelpren dan kawan kawannya

- Paling utama pastikan gelpren simpanan tu lebih hot dari gelpren yang dicurangi. Lebih size cup....lebih slender pinggang....Muka lebih ayu....CGPA pointer pulak lagik bagus...umo lagik muda...Kira serba serbi bagus la.
Jadik kalao kantoi dan kena tinggal....Berbaloi!!

-Kalao Kantoi?
Pastikan anda tegakkan benang basah itu setegak tegaknya...Jangan mengaku!!...Kut ada gambar wassup anda curang dari kawan dia...anda twist plot balikk...Tuduh kawan dia yg sebenarnya syiokk kat anda.
Kunci kata disini adalah menipu selagi boleh. Don gibab.Kajian telah dibuat....gelpren ni mudah ditipu sebab otak mereka lebih cenderung berpikir sambil dipengaruhi dengan emosi kasih dan sayang...Mereka tidak boleh berpikir ngan waras. Jadi...kalo anda kantoi...jangan gelabah!!

- Jika ditinggalkan..
Rilex....Dalam rekod diri anda.. Anda lah jagoh...Anda lah Don Juan De Marco...Tak payah pujuk untuk rujuk....
Naikkan status gelpren hot simpanan tu sebagai gelpren utama...dan anda terus carik bakal gelpren yang lagi hot sebagai mengisi kekosongan gelpren gelap anda.

Untuk gelpren yang tinggalkan anda....Ucap la terima kasih atas yang mungkin ter itu...dan ter ini (jika ada).

Good luck Boissss   :lol::lol:

eileen80 Publish time 13-6-2019 08:25 AM

PristineOne replied at 13-6-2019 06:15 AM
Nak skandal manyak tapi tak kantoi? Chill

Nih ikut cakap Pokchik..


amboi pokchik... ;P

missDollie Publish time 13-6-2019 05:33 PM

Ahahaha..bes thread ni..macam2 tips and trik ada..berbaloi2 baca..

menah Publish time 14-6-2019 11:40 AM

berbaloi betol ikot thread ni... :lol::lol:

cheekylala Publish time 14-6-2019 01:42 PM

hahaha okay

ramaramu Publish time 14-6-2019 04:43 PM

kemain tips jangan bagi kantoi! ;P

Azana Publish time 14-6-2019 09:21 PM

Keh3x mcm2x tips ada
Pages: [1]
View full version: 6 Petanda Pasangan Kamu Berlaku Curang


ADVERTISEMENT