Argh, Ulser Mulut Menyerang Lagi! Gunakan Ini Untuk Merawat
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201906/11/124613pw5rjf3d4q31jzkk.jpgKredit foto: Family DoctorUlser mulut atau nama lainnya disebut mata ikan atau lepuh kebiasaannya mengambil masa seminggu hingga dua minggu untuk baik pulih. Namun, perkongsian daripada seorang doktor di laman Twitter mengatakan, ulser mulut dapat diubati dengan cepat.
Berikut senarai ubat yang disyorkan Dr Kamarul:
1. Ubat Gel/Losyen
Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat antikeradangan, antiseptik dan analgestik (tahan sakit). Ubat ini merupakan pilihan paling popular dalam kalangan pengguna.
Contoh ubat:
- Muco-Aid
- Oral Aid
- Bonjela
- Gingival Gel
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201906/11/125956v1wneb8equbn4iq2.jpg
Kredit foto: Kamarul Ariffin @dr_chaku
2. Ubat Pes
Ubat jenis ini memberi perlindungan dengan membentuk lapisan yang menutupi luka (ulser) dan sesetengahnya mempunyai kualiti antiradang untuk mengurangkan sakit dan bengkak.
Contoh ubat:
- Keno
- Oralon
- Difflam Forte
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201906/11/130743jdqwwn1q7kzm8d6q.jpgKredit foto: Kamarul Ariffin
3. Ubat kumur
Ubat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kemunculan ulser.
Contoh ubat:
- Oradex
- Hexidine
- Bactidol Mouthwash
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201906/11/131032ttji0i6sc00tgqz0.jpgKredit foto: Kamarul Ariffin
Beliau juga mengesorkan beberapa kaedah yang boleh diamalkan bagi mengelak kehadiran ulser.
- Minum air kosong 2 liter sehari
- Uruskan stress dengan baik
- Tidur secukupnya
- Berus gigi selepas makan
- Pastikan gigi palsu bersih
- Hindari fake braces
- Makan sayuran / buah yang tinggi vitamin
- Berhenti merokok
Ulser mulut sering mengganggu dan boleh menghilangkan selera makan. Ada ubat lain selain yang dinyatakan di atas lebih berkesan pada anda? - CARI I pakai garam je. The most effective and cepat hilang kami pakai Bonjela. beli kat 7Eleven je, tapi agak mahal lerr. beli bila emergency sangat2 je Edited by bulan_gerhana at 13-6-2019 08:30 AM
tengah mengalaminya... 1 bende pun x bole makan....
iols terus pi beli
sanjin compound watermelon frost
https://www.google.com/url?sa=i&source=imgres&cd=&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwikoY2BmeXiAhVt4HMBHdrdD9EQjRx6BAgBEAU&url=https%3A%2F%2Fshopee.com.my%2FSANJIN-COMPOUND-PRESCRIBED-WATERMELON-FROST-SPRAY-3GM-i.5123775.787996380&psig=AOvVaw2uPMm9e4D8hcze-xuTGlEY&ust=1560471910780903 bulan_gerhana replied at 13-6-2019 08:26 AM
tengah mengalaminya... 1 bende pun x bole makan....
iols terus pi beli
Wow.First time nampak yang ni. Kat mana ada jual tu?
kroit92 replied at 12-6-2019 10:43 PM
kami pakai Bonjela. beli kat 7Eleven je, tapi agak mahal lerr. beli bila emergency sangat2 je
Beli kat 7E barang memang mahal dari kedai2 lain.
Fatyzana replied at 13-6-2019 09:27 AM
Wow.First time nampak yang ni. Kat mana ada jual tu?
iols beli kat kedai ubat cina..
dulu selalu kene ulser.. jenuh beli bonjela, oral aid, kumur dgn listerin la.. kumur dgn air garam.. tepek garam buh butter.. sume x baik... ko0t kurang vitamin.. makan le buah n telan la.. mcm2 yg bagi vitamin... jenuh jadik balik.. skali google la.. jumpala mende ni.. iols x tau ape bende ni.. save pic .. tunjuk kat sensei tu.. hah alhamdulillah.. ni kene balik... cari balik la...
huhu selamat mencuba kalau ade yg nak cuba ye
friedfishsoup replied at 12-6-2019 12:28 PM
I pakai garam je. The most effective and cepat hilang
Barang paling mudah nak dapat di rumah. Tapi kadang2 lambat juga sembuhnya. Luka besar. Letak sikit pedih dia. Pergh... bulan_gerhana replied at 13-6-2019 09:46 AM
iols beli kat kedai ubat cina..
dulu selalu kene ulser.. jenuh beli bonjela, oral aid, kumur dg ...
Fuhh mujarab ya. Thank you for info. Fatyzana replied at 13-6-2019 09:45 AM
Beli kat 7E barang memang mahal dari kedai2 lain.
harus lah lebih mahal.. dah kedai doplohpatjam.. org lain tutup dia x totop totop
nak bayo staff shift mlm weekend n public holiday .. byk kos tuh
bulan_gerhana replied at 13-6-2019 08:26 AM
tengah mengalaminya... 1 bende pun x bole makan....
iols terus pi beli
iya btul..benda ni la aku dok pakai dlu..
lepas buboh dia nyaman sejuk rasa...
thank you for sharing! tenyeh garam. berair mata sekejap... nangis ahhh. pahtu okla pastu..
tp selalu gak guna oral aid no 2 tu.. kebas semua lidah. hahaha
u Dulu2 selalu kena sbb liat nk minum air masak. Buh marjerin. Alhamdulillah. Berkesan i selalu juga kena ulcer ni.. biasanya letak aloclair gel.. kena rajin sapu la.. dalam 2 3 hari kecut la kalau tak besar lukanya Pernah kene ulcer kat mulut...officemate bagi vit c amway suruh letak tempat kene ulser dan kemam...rasa pedih2 sikit pastu terus baik. Mujarab utk saya laa Dari sekolah dulu ada masalah ulser. Banyak ubat dah try. Baru ni try gengi gel anak, cepat elok. Buat masa ni gengi gel lah juara bagi me. apa sebenarnya punca ulser ni?:o Sampai sekarang guna garam je EvieWanKenobi replied at 16-6-2019 09:35 PM
apa sebenarnya punca ulser ni?
Tergigit mana-mana bahagian dalam mulut tu seperti lidah, pipi atau bibir.
Saya biasa kena ulser sebab gigi jarang2. Bila tidur, bahagian depan lidah tersekat kat celah2 gigi. Hihi ;P