Diviya Publish time 7-6-2019 02:17 PM

Bermuda Triangle



Bermula daripada teori kewujudan piramid dasar laut sehinggalah awan berbentuk enam segi, markas makhluk asing dan ombak besar, para saintis dan ahli teori konspirasi sering menguar-uarkan pelbagai senario sejak bertahun-tahun lalu untuk menjelaskan misteri kehilangan banyak kapal, pesawat dan nyawa manusia di Segitiga Bermuda. Terletak di Lautan Atlantik berhampiran Florida, Puerto Rico dan Bermuda, Segitiga Bermuda turut dikenali sebagai `The Devils’ Triangle’, `The Deadly Triangle’ dan `Hurricane Alley’ dengan kawasan seluas 500,000 kaki persegi sehingga 1,500,000 kaki persegi. Dikatakan lebih 50 kapal hilang sejak lebih 100 tahun lalu.

Insiden tentang kehilangan kapal di kawasan itu bermula pada 1918 apabila kapal tentera laut terbesar Amerika Syarikat (AS), The USS Cyclops hilang penuh misteri. Kapal tersebut dalam perjalanan dari Bahia ke Baltimore namun membuat persinggahan tidak dirancang di Barbados dan kemudian hilang tanpa kesan malah bangkainya tidak ditemukan. Segitiga Bermuda mula menjadi perhatian apabila kumpulan pesawat pengebom Five Avenger, Flight 19 milik AS pada 5 Disember 1945 hilang bersama 14 kru ketika melewati kawasan itu malah pesawat, Martin Martiner dan 13 kru yang ditugaskan mencari Flight 19 juga tiba-tiba hilang tanpa kesan semasa menyertai operasi.
Penerbit filem Steven Spielberg juga menggunakan insiden kehilangan Flight 19 untuk menghasilkan filem sains fiksyen Close Encounters of the Third Kind, yang memaparkan kru Flight 19 telah diculik oleh makhluk asing. Turut menjadi perhatian adalah kehilangan kapal SS Marine Sulphur Queen pada 1963 yang membawa sulfur lebur dan dipercayai hilang di pantai selatan Florida malah seramai 39 krew dan bangkai kapal tidak ditemukan. Semua kehilangan itu disifatkan sebagai misteri kerana kekurangan bukti sehingga mencetuskan pelbagai andaian terhadap punca kejadian termasuk haiwan laut raksasa selain kehadiran makhluk asing dan berlakunya aktiviti paranormal. Teori lain mendakwa Segitiga Bermuda terletak di laluan gas yang merendahkan ketumpatan air menyebabkan kapal dan bot gagal untuk terapung.
Namun ada pihak yang menolak semua andaian tersebut sebaliknya mendak-wa isyarat komunikasi yang teruk, lokasi yang tidak tepat selain cuaca buruk dan keuzuran kapal tersebut menjadi punca pesawat terhempas dan kapal tenggelam. Pada tahun lalu, sekum-pulan pakar dari Universiti Southampton mendakwa berjaya menyelesaikan misteri kehilangan kapal dan pesawat di Segitiga Bermuda dengan mengaitkannya terhadap fenomena semula jadi dikenali sebagai ‘rogue waves’ atau ‘ombak jahat’ yang boleh mencapai ketinggian 30.5 meter. Namun tidak berapa lama kemudian, seorang pencari harta karun, Darrel Miklos, 55, pula mendakwa membuat penemuan yang ‘sukar dijelaskan’ di dasar laut Segitiga Bermuda yang dipercayainya boleh menjadi bukti pertama tentang kunjungan makhluk asing ke bumi beratus-ratus tahun lalu.
Melalui siri dokumentari Discovery Channel, dia memberitahu telah mengenal pasti lebih 100 `keganjilan’ magnetik di Carribean dan menemukan bangkai kapal angkasa kuno sepanjang 4,663 meter dengan diameter berukuran 183 meter bersamaan dua padang bola sepak.Walau bagaimanapun keganjilan di kawasan itu sebenarnya dikesan pada abad ke-15 ketika pengembaraan Christopher Columbus dan berdasarkan diarinya, pada 15 September 1492, beliau melihat jaluran api besar jatuh dari langit ke dalam laut berkenaan malah dua hari kemudian, bacaan kompas turut menjadi kelam kabut. Beberapa minggu kemudian Columbus teringat bahawa sele-pas kejadian tersebut wujud cahaya ganjil tidak jauh dari kapalnya.
Cerita paling menarik yang dianggap legenda tentang Segitiga Bermuda adalah misteri kapal Mary Celeste yang ditemukan hanyut pada 4 Disember 1872 di Lautan Atlantik. Ketika ditemukan oleh sebuah kapal Britain, Dei Gratia yang kebetulan melalui kawasan itu, tiada seorang kru ditemukan dalam Mary Celeste tetapi sembilan tong arak didapati kosong manakala sebilah pedang dilihat tercacak di bahagian dek. Pada 1881 pula, kapal Ellen Austin yang belayar antara London dan New York menemukan sebuah kapal layar sedang hanyut di kawasan berkenaan. Selepas memerhati dan tidak mendapat maklum balas, sekumpulan kru Ellen Austin menahan dan menaiki kapal berkenaan namun tidak menemukan seorang pun manusia. Kru terbabit telah diarah untuk mengendalikan kapal layar berkenaan dan berjanji untuk bertemu di New York namun kedua-duanya terpisah akibat ribut.
Kumpulan kru kedua Ellen Austin dikerah untuk mencari kapal layar berkenaan namun kru terbabit juga hilang. Kejadian misteri itu menyebabkan banyak pihak menyifatkan Segitiga Bermuda sebagai kawasan berbahaya untuk laluan kapal tetapi menurut syarikat insurans, Lloyds of London dan U.S Coastguard, kehilangan kapal di kawasan itu adalah perkara biasa yang turut berlaku di mana-mana laluan laut di seluruh dunia. Pada 2013 , sebanyak 94 kapal dilaporkan hilang dan jumlah yang sama juga dilaporkan pada 2017 dan kebanyakannya akibat karam manakala antara 2002 dan 2013 kira-kira tujuh kapal hilang atau 0.64 peratus kapal hilang setiap tahun akibat faktor misteri.

billionman78 Publish time 9-6-2019 09:01 AM

good info. kalau kejadian lama2 tu tak heran sebab teknologi dulu maybe tak sama macam sekarang.

tapi kejadian2 terbaru macam tahun 2013, 2017 teknologi dah makin maju tapi kenapa kehilangan kapal2 tu tak dapat liputan meluas dan diwar2kan?

ke ada sesuatu yang disembunyikan

nazrullah Publish time 14-6-2019 08:37 AM

Edited by nazrullah at 14-6-2019 07:41 AM

ade satu kisah yang selama ni org2 kaitkan dengan lokasi bermuda triangle ni...wallahualam...kisah nabi khidir,iskandar zulkarnain dengan ainul hayat...
#credittoowner
sebut sahaja ketakutan manusia kepada tua, lemah dan mati, rupanya masyarakat purba pernah membicarakan kewujudan kisah “air ajaib” yang boleh melanjutkan usia dan mengekalkan keremajaan. Ia dikhayalkan dengan nama “ainul hayat” (air kehidupan), air atma jiwa dan fountain of youth. Kisah pencarian fountain of youth turut diepikkan dalam filem Pirates of Carribean lakonan Johnny Depp. Soalannya, adakah ia benar wujud dan apa kata al-Quran dan Sunnah tentang khayalan ini. Setelah meneliti beberapa kitab tafsir, saya menemui dua kisah yang menceritakan wujudnya air ini:



[*]Satu kisah yang dikaitkan dengan pengembaraan nabi Musa a.s. bersama muridnya Yusya’ bin Nun mencari Khidir a.s. Ketika mereka singgah berehat di sebuah batu, berlaku keajaiban sebagaimana direkodkan al-Quran:“Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelongsor menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah,” (al-Kahf ).Ketika berhenti rehat di tempat pertemuan dua laut itu, Yusya’ mengambil wuduk dan air itu rupanya ainul hayat. Percikan air wuduk Yusya’ terkena ikan bekalan mereka yang sudah mati lalu ikan itu hidup dan meluncur ke laut (Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Baghawi). Tempat itulah yang menjadi tempat tinggal Khidir a.s. yang dikaitkan dengan kelebihan hidup kekal sehingga kiamat. Walau bagaimanapun, kisah ini tergolong riwayat Isra’iliyyat. Tambahan pula, ikan bekalan yang hidup kembali di tempat itu berkait rapat dengan mukjizat nabi Musa a.s. yang menjadi tanda sampainya baginda ke tempat arahan Allah (Tafsir al-Munir).


[*]Kisah Zulkarnain yang berkawan dengan satu malaikat bernama Ranaqil atau Rafa’il atau Zarfa’il. Malaikat itu memberitahu Zulkarnain tentang ainul hayat yang mampu mengekalkan keremajaan. Air tersebut terletak di sebuah dunia gelap. Baginda pun keluar mengembara bersama pasukannya mencari air tersebut. Antara yang terlibat dengan pengembaraan tersebut adalah Khidir a.s. Akhirnya Khidir berjaya menemukan air itu tetapi gagal ditemukan oleh Zulkarnain. Berikutan kesempatan Khidir mandi dan minum daripada air itu, beliau dikekalkan hidup sehingga akhir zaman (Tafsir al-Durr al-Manthur Fi Tafsir bi al-Ma’thur, Tafsir al-Tha’labi, Tafsir al-Nasafi). Kisah ini juga tergolong dalam riwayat Isra’iliyyat yang tidak dapat ditentukan kesahihannya.
Para pengkaji hadis menolak riwayat tersebut kerana ia mempunyai kecacatan dalam rantaian sanadnya. Bagi yang mampu membaca Arab boleh merujuk pada link ini: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=329628
Selain itu, sesetengah ulama menolak dakwaan Khidir masih hidup sampai akhir zaman dengan banyak hujah, antaranya Firman Allah:“Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? Setiap jiwa akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan,” (al-Anbiya’ ).





Pages: [1]
View full version: Bermuda Triangle


ADVERTISEMENT