Diviya Publish time 1-6-2019 10:40 AM

RUMAH SAKA...

Edited by Diviya at 2-6-2019 10:34 AM


Malam masih awal ketika suamiku Anjas, mengajak aku makan angina di kota. Semasa dalam perjalanan ke kota, kami terserempak dengan sebuah dengan pohon mangga besar lebat dihalamannya. Rumah itu tersembunyi dengan tembok yang agak tinggi seakan membatasi diri dari dunia luar. Di situlah suami aku Anjas mengingati sebuah waktu dan menceritakan kepadaku, kisah silamnya yang dia pernah alami di rumah itu. Kisah yang menurut seorang penakut sepertiku adalah kisah yang sangat mengerikan sekaligus untuk tidak diceritakankembali dalam bentuk tulisan seperti ini.

Pertengehan tahun 2008, Fairi kawan suamiku bertanyakan jika suamiku sudah mendapat rumah untuk disewa. Suamiku menjawab bahawa dia sudah pun bertanya kepada 6 orang kenalannya tetapi masih tidak mendapat balasan. Fairi berkata kepada Anjas, supaya jangan cari rumah dikota memandangkan kos sewanya agak mahal. “Rumah di kampong pun boleh juga dengan harga sewa yang murah”, kata Fairi. Lalu Fairi berkata, dia ada terserempak dengan sebuah rumah yang agak besar dan sewanya pun murah. “Rumah?Rumahmu? Dimana?Berapa sewanya?” tanya Anjas. “Slow, slow bro.. iya rumah,bukan rumah saya, rumah teman saya. “Serius bro?” Ucap Anjas. “Ya, rumah itu kepunyaan emak teman saya dan rumah itu sudah lama tidak dihuni memandangkan emak teman saya itu tinggal dengan anak sulungnya di Singapura”, kata Fairi.Saya ada berkata kepada teman saya bahawa saya sedang mencari rumah untuk disewa lalu teman saya terus membawa saya untuk melihat rumahnya. Temannya berkata, Fairi hanya perlu membayar deposit 1 bulan sahaja dan sewa sebulanRM600.

Memandangkan Fairi dan temannya sudah lama kenal, sebab itulah dia diberi sewa yang murah dan mampu.Fairi memang terharu dengan hati baik temannya itu. Sesampai di rumah baru,terasa pelik pula apabila melihat rumah baru mereka dikelilingi dengan tembok yang agak tinggi. Rumah itu terletak di pinggir jalan raya kecil, cukup sibuk lalu lintasnya. Pintu gerbang rumah itu agak berbunyi nyaring ketika dibuka.Halaman rumah begitu luas untuk menampung bebrapa buah kereta dan ada pohon mangga besar di tengah halamannya. “Hmmm…tidak buruk juga ye rumah ini”, bisik Anjas dalam hatinya. Memandangkan rumah besar, keadaan sekitarnya agak sunyi, terlalu sunyi. Padahal, terdapat jalan raya yang sesak tapi entah kenapa perasaan Anjas lain macam sahaja terhadap rumah itu. ‘Mungkin kerana rumah inilama tidak dihuni atau memang ada sesuatu yang lain dalam rumah ini”, terus meremang bulu roma Anjas.

Setelah masuk ke dalam rumah,Fairi dan Anjas terus membersihkan dan mengemas rumah baru mereka. Terdapat juga sedikit baik pulih perlu dibuat. Keadaan perabot di ruang tamu dan bilik masih baik dan boleh digunakan. Hanya sedikit masalah dengan paip di tandas dansemua dinding perlu dicat semula. Hari sudah menjelang malam. Kedua sahabat itu bersiap untuk makan malam di warung yang berdekatan dengan rumah baru mereka.Fairi dan Anjas pulang ke rumah agak-agak pukul 10 malam. Kedua mereka membawa motor mengelilingi kawasan perkampungan yang terletak dekat dengan rumah mereka. Memandangkan kawasan baru, kedua mereka henda mengenali jalan-jalan dan suasana persekitaran.
Apabila membuka pintu rumah, Anjas tiba-tiba terdengan sesuatu bunyi di dapur. “Ishhh…kucing-kucing ni nakbuat hal kat rumah kita pulak”, kata Anjas kepada Fairi dengan nada yang perlahan.Setiba di dapur, tidak nampak pula kucing kat situ. Anjas membuka pintubelakang dapur untuk melihat sekeliling namun tidak juga nampak apa-apa.Tingkap di dapur pun masih tutup.Fairi terus jalan ke biliknya hendak tidurmemandangkan kena bangun awal esok pagi untuk ke kerja. Anjas pun masuk bebiliknya.Tepat jam 12 tengah mala,kedengaran bunyi angin yang amat kuat sehingga Anjas dikejutkan dari tidurnya.Anjas bangun dari katilnya lalu pergi ke tingkap biliknya untuk melihat keadaandi luar. “Aikkk…tadi angina kuat tapi kat luar tu sunyi je”…bisik Anjas dalamhatinya. Anjas sambung balik tidurnya tetapi tidak lama kemudian….jam menunjukpukul 3 pagi. Bunyi kuat seperti periuk dan pinggan jatuh ke lantai kedengaran dari dapur. Sekali lagi Anjas terjaga dan terus ke dapur untuk melihat bunyiapa itu di dapur. Apabila Anjas membuka lampu dapur, dia terkejut melihat barang-barang dapur berselerak dan jatuh di atas lantai.
Fairi pun terus ke dapur kerana dia pun terdengar bumyi kuat dari dapur. Fairi terkejut juga melihat keadaan selerak dai dapur. Anjas terus naik angin dan mula mencaci kucing yang berkeliaran di hadapan rumah mereka sewaktu mereka tiba ke rumah baru itu. “Geram betul lah dengan kucing-kucing ni. Pagi nanti tengoklah apa yangaku akan buat pada kucing-kucing tu”, kata Anjas dengan perasaan marah. Pagi menjelma dan kedua kawan itu sedang bersiap ke kerja. Sewaktu hendak mengunci pintu rumah, kunci pula tidak ada. Anjas cepat-cepat berjalan ke biliknya untuk mencari kunci rumah dan begitu juga dengan Fairi. Setelah puas mencari kunci rumah, mereka tidak dapat jumpa kunci rumah. “Pelik juga ye kunci rumah hilang macam tu”, kata Fairi. “Tak pelah bro kita tutup je pagar pintu nanti sewaktu balik kerja kita beli manga baru sementara aku mintak set kunci baru dari teman aku” Kata Fairi. So, kedua mereka pun bertolak ke ofis. Dalam pukul 6.30petang, Fairi dan Anjas balik kerumah dan kedua mereka berehat di ruang tamu sambil berborak. Mestilah topikkunci rumah timbul dan kedua mereka masih berasa pelik macam mana kunci rumahboleh hilang begitu.
Jam sudah pun 10malam. Seperti biasa Anjas dan Fairi bersiap untuk masuk tidur. Kali ni bunyi bising bukannya dari dapur tapi ruang tamu. Terdengar seperti ada orang menarik kerusi di meja makan. Bunyinya begitu kuat sampai terkejut kedua-dua mereka. Serentak kedua mereka membuka pintu bilik lalu ke ruang tamu. Fairi begitu marah sambil menjerit “Oi kenapa ni kacau orang tido”. Anjas terus menoleh kepala kearah Fairi berdiri. Alangkah terkejutnya Anjas tiba-tiba menjerit ketakutan. Fairi terus ke arah Anjas dan menanya kenapa Anjas menjerit sebegitu. Anjas memberitahu dia ternampak satu susuk hitam berdiri dekat pintu masuk dapur. Susuk itu terus menghilang apabila Anjas menjerit. Mata Fitri terbeliak luas semasa Anjas memberitahu apa yang dia nampak. Fitri dengan serta-merta mentenangkan Anjas dan berkata mungkin itu ilusi. Fairi terus suruh Anjas masuk bilik dan sambung tidur. Fairi menenangkan dirinya sendiri tetapi apa yang Anjas nampak mungkin betul sebab semasa di ruang tamu memang Fairi pun rasa dia ternampak sesuatu di pintu masuk dapur. Fairi tidak mahu berkata apa-apa kepada Anjas kerana risau nanti keadaan akan menjadi hura-hara.

Keesokan paginya, kedua mereka senyap je tidak bercakap. Mungkin sebab apa yang telah berlaku malam tadi telah menakutkan kedua mereka. Setiba di ofis, Fairi telah memberitahu Anjas yang apa yang dilihat oleh Anjas malam tadi berkemungkinan betul sebab dia pun ternampakl embaga hitam itu. Terus Anjas menoleh kearah Fairi. Anjas bertanya,”betul kerumah tu tidak diduduki penghuni lain?”. “Tak tahulah aku, tapi semenjak kita pindah ke situ hati aku selalu terasa takut dan tidak selesa. Lagipun selalu aku dengar bunyi seperti benda-benda diusik, bunyi orang membisik dan tiba waktu malam je tak boleh aku nak tido nyenyak, ade je aku dibangunkan dengan bunyi-bunyi bising”, balas Fairi. Fairi terus mengambil telefonnya untukmenghubungi temannya. Hari ni lepas kerja kita jumpa teman aku Adam. “Aku nak berbincang sikit pasal rumah tu dengan Adam,” kata Fairi. Mereka bertiga berjumpa dekat sebuah warung yang terletak berdekatan dekat rumah. “So Adam, kami nak berterus terang dengan awak ye”, kata Fairi. “Sejak kami pindah masuk ke rumah tu, ada banyak benda pelik yang sedang berlaku. Hati kami memang tak rasa selesa dan sentiasa terasa macam ada kehadiran orang ketiga di dalam rumah tu. So be thruthful lah Adam. Apa cerita sebalik rumah tu?”, tanya Fairi dengan nada tinggi. Adam dengan eksprasi muka yang keliru senyap je. “Cakaplah Adam, apa masalah kat rumah tu?” tanya Fairi. “Baiklah biar I berterus terang”, kataAdam.

“Sebenarnya 4 tahun lepas ada satu pasang suami isteri yang tua tinggal kat rumah tu. Anak-anak mereka semua tinggal dan berkerja kat KL. Anak-anak mereka akan balik menjengguk mereka 3 minggu sekali atau sebulan sekali. Sewaktu menduduki di rumah tu, aku dapat berita yang makcik itu membela saka. Tapi aku tak tahulah cerita tu betul macam mana sebab aku tak tengok dengan mata sendiri. Jiran-jiran kat rumah sebelah setiap malam akan mendengar bunyi orang bergaduh, menjerit-menjerit dari rumah tu. Ada sekali seorang jiran tu ternampak satu susuk hitam besar di depan rumah tu. Sejak tu jiran-jiran memang tak berani nak menegur pasangan tu. Tahun ke-3 si isteri jatuh sakit dan semakin tenat. Suami dan anak-anaknya membawanya untuk rawatan tetapi doctor tidak dapat mengesan sebarang masalah kesihatan pada si isteri. Doktor mengesyor supaya si isteri dibawa berubat secara tradisonal. Keluarga membawa pulang si isteri dan seorang ustad dibawa kerumah. Ustad memberitahu bahawa si isteri sudah lama membela saka dan mas sudah tiba untuk si isteri menurunkan saka kepada seorang warisnya. Kesemua anak si isteri tidak mahu mewarisi saka tersebut. Si suami pula tidak rela. Kesihatan si isteri semakin teruk dan beliau merana dari sakitnya selama lebih kurang setahun.
Akhirnya si isteri meninggal dunia tanpa mewariskan sakanya. Lepas bebrapa bulan si isteri meninggal, si suami pun berpindah ke KL dan tinggal dengan anak bongsunya. Selama setahun rumah itu tidak berpenghuni”, cerita siAdam. Anjas dan Fairi kaku mendengar cerita Adam. Mereka berdua tidak berkata-kata sepatah pun setelah mendengar cerita Adam. “So sekarang apa yang kami nak buat Adam?”tanya Anjas. “Kami tak de tempat lain yang kami boleh pergi.Gaji pun belum dapat. Kamu je yang boleh tolong kami Adam, rayu Anjas kepada   Adam. “Baiklah, kata Adam. Saya akan berbincang dengan seorang kawan saya yangtengah menyewa sebuah rumah. Mungking kamu berdua boleh berpindah masuk ke sanasementara”, kata Adam. Alhamdullillah, boleh kita pergi mengemas dulu ke?”tanya Anjas.Ketiga-tiga mereka terus ke rumah dan cepat-cepat mula mengemas barang. Rasa takut dan cemas pun ada. Takut jika saka itu akan tampil di hadapan mereka. Sebelum Maghrib mereka berjaya mengemas dan membawa keluar barang dari rumah. Sewaktu hendak mengambil beg terakhir dari bilik, tiba-tiba barang-barang di dapur seperti jatuh ke lantai.
“Rasanya Saka sudah mengamuk”,kata Fairi. Baik kita keluar sebelum keadaan menjadi teruk. Sejurus menutup pintu depan rumah, seperti ada barang dibuang ke rah pintu. Kedengaran keadaan di dalam rumah itu menjadi porak peranda dan boleh kelihatan barang-barang seperti dibuang oleh seseorang yang sedang mengamuk. Tanpa menoleh belakang, ketiga-tiga mereka pecut lari ke kereta dan berangkat. Pagar depan rumah tutup sendiri sekan-akan ditolak dengan kuatnya. Itulah hari terakhir si Anjas dan Fairi lari dari rumah saka itu. Sejak itu, tidak ada lagi sesiapa yang menghunidi rumah itu. Keadaan rumah itu memang seperti rumah hantu. Rumput tidak dipotong, bahagian luar rumah itu begitu kotor, dan rumah itu seperti menjadi rumah terbiar dan tempat pembiakan haiwan seperti ular dan kucing. Selepas 7tahun, Anjas masih lagi tidak dapat melupakan detik-detik yang dilaluinya didalam rumah itu. Sampai sekarang, memang boleh terasa seperti ada sesuatu yang sedang memerhatikannya dari rumah itu. “Jom lah kita balik, tak sedap hati nak lama-lama kat sini”, kata Anjas kepada isterinya.

TAMAT…

MissVixen Publish time 1-6-2019 11:12 AM

Cerpen atau kisah benar?
Check dulu cerita. Banyak perkataan rapat2.
Angina pectoris atau angin ke?

kuzaime Publish time 1-6-2019 12:09 PM

Ejaan berterabur..boleh buat potong mood utk baca:sweat3:

dubuk Publish time 1-6-2019 06:55 PM

biasa copy dari word, tu jadi gitu..

Diviya Publish time 2-6-2019 10:35 AM

MissVixen replied at 1-6-2019 11:12 AM
Cerpen atau kisah benar?
Check dulu cerita. Banyak perkataan rapat2.
Angina pectoris atau angin k ...

Maaf. Saya sudah buat pembetulan.

Diviya Publish time 2-6-2019 10:36 AM

dubuk replied at 1-6-2019 06:55 PM
biasa copy dari word, tu jadi gitu..

Tak copy dari word. Ini cerita rekaan sendiri. So sebab saya type terus perkataan bercantum.

dubuk Publish time 2-6-2019 10:52 AM

Diviya replied at 2-6-2019 10:36 AM
Tak copy dari word. Ini cerita rekaan sendiri. So sebab saya type terus perkataan bercantum.

ok.. selamat hari raya..

Pages: [1]
View full version: RUMAH SAKA...


ADVERTISEMENT