fahdramli Publish time 1-6-2019 09:18 AM

Jom merendang di hari raya

rvt7fXfDu9U83rm_xGm-YM
Menjelang hari raya yang nak kunjung tiba, meh ler kita share resepi me rendang warisan tok2 nenek kita. Kalau berguna boleh cuba raya nanti.

mizziaz Publish time 1-6-2019 10:35 AM

Lauk ni iols tempah je for the last 3 years.
Actually rendang ni, part nk tunggu daging jadi lembut yg leceh tu.
Lagi satu lauk yg complicated is serunding...jenuh mencarik daging tu, pastu masak lagi sampai kering. Ini pun ku order je skrg:$

shernazz Publish time 1-6-2019 11:20 AM

Iols suka makan rendang daging
Yang org lain buat
Kalau iols buat...iols xmakan
Xtau nape
Sebab dh sebu tgk rendang tu masak lama sangat kot
Hahahaha

Ada certain resipi letak ketumbar bagai kan
Apa bezanya rasa dia?
Sebab iols biasa campak semua benda then tunggu masak:lol:

seribulan Publish time 1-6-2019 12:04 PM

Rendang pedas + rendang tok dimasak untuk femili makan dengan lemang alu semalam :C

shernazz Publish time 1-6-2019 12:10 PM

seribulan replied at 1-6-2019 12:04 PM
Rendang pedas + rendang tok dimasak untuk femili makan dengan lemang alu semalam

Lemang alu tu apa kaka mod?
Sedapnya lahai rendang tok
Last week mak mertua datang bawak rendang tok dia beli kat pasar tani ipoh
Rm80 sekilo wooo

kuihbakar Publish time 1-6-2019 12:28 PM

Tak sabar nak makan rendang mertua iols masak. Rendang dia versi tak yakin je kalau kita tengok dia masak. Tapi bila dah siap.... Umanggggaiiiii sedapnya

seribulan Publish time 1-6-2019 02:18 PM

shernazz replied at 1-6-2019 11:10 AM
Lemang alu tu apa kaka mod?
Sedapnya lahai rendang tok
Last week mak mertua datang bawak rendang ...

Hari tu singgah bagi sumbangan, terjumpa yang berjual. Alu = hentak. Sekali hentak lemang keluar kot :)

aleX-S Publish time 1-6-2019 04:12 PM

shernazz replied at 1-6-2019 11:20 AM
Iols suka makan rendang daging
Yang org lain buat
Kalau iols buat...iols xmakan


Selalu letak ketumbar bila nak buat serunding (bila rendang tu rasa cam takde orang nak makan dah, sayang nak buang;P)

aleX-S Publish time 1-6-2019 04:13 PM

Takde resepi specific, mak jenis main campak2 jer tapi sedappppp. Petua nya, jangan kedekut bawang

adda001 Publish time 1-6-2019 08:48 PM

Belajar dari internet je nak buat rendang, macam2 version ada, tahun ni masak guna pressure cooker, x larat nak tgu masak berjam2 atas api

shernazz Publish time 1-6-2019 09:08 PM

seribulan replied at 1-6-2019 02:18 PM
Hari tu singgah bagi sumbangan, terjumpa yang berjual. Alu = hentak. Sekali hentak lemang keluar k ...

Baru tau nama.lemang alu
Hahahaha
Sedap nya lemang
Iols.kalau kat kampong mak iols...iols dgn mak cik makcik berebut tang kepala dia tu yang bersantan..
Hahahaha...

shernazz Publish time 1-6-2019 09:09 PM

aleX-S replied at 1-6-2019 04:12 PM
Selalu letak ketumbar bila nak buat serunding (bila rendang tu rasa cam takde orang nak makan dah, ...

Iols xpenah buat serunding
Biasa beli je sebab renyah nak buat
Kikikiii...

mamarock Publish time 1-6-2019 10:48 PM

Mama setiap tahun masak rendang Minang.
Resepi daripada arwah mak mertua.
Signature dish rumah kami ni. Pekena dengan lemang ataupun ketupat palas. Kalau makan dengan ketupat, masak lodeh dan sambal pedas mesti ada.Kalau habis ketupat, nasi himpit pun oklah. Tapi kena tambah masak kuah kacang.

Rendang Minang senang aje nak buat. Campuran bahannya, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan serai semuanya dikisar halus. Perap dengan daging, limpa sekejap. Kalau guna ayam bandar jgn perap nanti hancur. Ayam pencen tak pe.. lepas tu masukkan dalam kuali besar/periuk. Masukkan santan sedikit. Dah agak masak sedikit, masukkan garam dan gula secukup rasa. Dah sedikit kering, masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. Gaul sehingga kering. Serdaknya pun best tu..

Cubalah. Macam aleX-S cakap, bawang banyak lagi sedap kan.. Mama nak tambah skit, anggaran nisbah bawang merah dan bawang putih pun mesti kena betul. Jgn yang mana satu terlebih. Nanti ‘rasa lari’.

fahdramli Publish time 2-6-2019 12:16 AM

Sambal daging kacang tumbuk jawa style.
I main2 campak2 ja tak ingredient yang tetap.
Cara2.
Blender
Bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, lengkuas dan cili kering. Kalau nak pedas lebihkan cili.
Tumis bahan yang di blender
Masukkan perahan air asam jawa
Biarkan sampai mendidih kemudian masukkan daging yamg dipotong dadu.
Masukkan perasa, ajinomoto, gula, dan sedikit garam
Apabila dah kering, masukkan kacang tanah yang dah diblender dalam sambal.
Angkat dan bolehlah di makan, dengam lemamg, ketupat atau pun nasi panas2. Sedapppp..

fahdramli Publish time 2-6-2019 12:18 AM

mizziaz replied at 1-6-2019 10:35 AM
Lauk ni iols tempah je for the last 3 years.
Actually rendang ni, part nk tunggu daging jadi lembut ...

Petua daging lembut, masa rebus tu, masa daging dah mendidih masukkan ais ketul dalam rebusan daging. InshaaAllah empuk. Macam kusyen... Hahaha, bergurau no.

aleX-S Publish time 2-6-2019 09:39 AM

mamarock replied at 1-6-2019 10:48 PM
Mama setiap tahun masak rendang Minang.
Resepi daripada arwah mak mertua.
Signature dish rumah k ...

Ikut jenis2 rendang pula kan mama. Ada yang ratio 1:2:1 bawang putih:bawang merah:bawang besar. Dah save resepi ni. Thank you. Selamat hari raya mama, maaf ada salah silap, semoga bergembira di samping keluarga rakan taulan

Intanterpilih09 Publish time 3-6-2019 05:32 AM

Nak masak serunding dgg intan potong dgg kecil2 n rebus dgg dlm pressure cooker dulu kemudian campak ja dgg dlm serunding n kaco hingga kering.dgg tu akan hancur sendiri dah x perlu nak carik2.mlm raya br masak serunding.

nefnefnef Publish time 3-6-2019 06:42 AM

seribulan replied at 1-6-2019 02:18 PM
Hari tu singgah bagi sumbangan, terjumpa yang berjual. Alu = hentak. Sekali hentak lemang keluar k ...

Alahai, tengok gambo terasa-rasa di lidah nak makan lemang juga. Kat tepi-tepi jalan dah ada org jual lemang. Mau gak beli untuk berbuka kang hehe

Untuk tak OT, iols minat mak adik ipar I punya rendang. Mcm light-light je banding dengan my mum's rendang. Bila mintak resepi, she guna bawang, serai, santan sikit etc je takde kerisik, gula merah mcm rendang pedas daging mak I. Yelah, lain versi rendang lain peminatnya

mizziaz Publish time 3-6-2019 07:50 AM

fahdramli replied at 2-6-2019 12:18 AM
Petua daging lembut, masa rebus tu, masa daging dah mendidih masukkan ais ketul dalam rebusan dagi ...

:lol:bakal jadi gulai rendang kalau tambah ais manjang. Letak Ais sebaldi belom tentu daging empuk.:sweat3:

fahdramli Publish time 3-6-2019 08:08 AM

mizziaz replied at 3-6-2019 07:50 AM
bakal jadi gulai rendang kalau tambah ais manjang. Letak Ais sebaldi belom tentu daging empuk ...

Jangan lah boh ais sebaldi, i mean masa kita rebus daging, kang tgh menggulai daging boh ais, itujadi gulai daging ais blended lah.Hahah. Ni masa kita rebus daging, kt kampung kan biasanya tak dak pressure cooker,,
Pages: [1] 2
View full version: Jom merendang di hari raya


ADVERTISEMENT