MFR_IN Publish time 31-5-2019 02:50 PM

4 Negara dengan Zon Waktu Paling Banyak di Dunia

Edited by MFR_IN at 31-5-2019 03:02 PM



Memandangkan tiada siapa yg bukak thread ni.
Iols nak share 4 negara dengan zon waktu palingbanyak di dunia. {:1_551:}
Sebelum iols share, iols nak cerita sikit mengenai Zon waktu ni. Apa pentingnya Zon waktu?? Kalau chuols nak tahu Zon waktu ni adalah satu sistem yang sangat penting dalam mengukur waktu di seluruh dunia yang digunakan untuk menggambarkan kawasan di dunia di mana waktu standard seragam diperlukan bagi tujuan sosial, komersial atau undang-undang.

1. Perancis (12 zon waktu) Dengan keluasan 640,679 kilometer persegi,kira-kira dua kali ganda saiz Malaysia, Perancis adalah negara ke-42 terbesar di dunia. Namun, negara ini mempunyai zon waktu paling banyak iaitu 12.
Walaupun saiz keluasan tidak begitu besar, Perancis mempunyai zon waktu paling banyak disebabkan oleh negara ini mempunyai beberapa wilayah di luar negara. Bahagian berlainan di Metropolitan Perancis menggunakan sama ada zon Waktu Eropah Tengah (UTC+01:00) ataupun Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+02:00).
Sebelum tahun 1891, semua Bandar Metropolitan diseluruh Perancis masing-masing mempunyai waktu sendiri yang ditetapkan berdasarkan waktu solar tempatan. Namun, waktu-waktu tersebut telahtahun 1891 disebabkan oleh komplikasi jadual kereta api.
Masa-masa tersebut di satukan berdasarkan waktu solar Paris. Pada tahun 1911, Perancis menggunapakai GMT+0 sebagai waktu rasmi.Pada tahun 1940, negara ini menukarkan waktu di bahagian utara Perancis kepada GMT+2.
Namun, GMT+1 masih kekal sebagai waktu rasmi untuk Metropolitan Perancis. Ini bermakna waktu di wilayah-wilayah di seluruh Perancis adalah sama. Kecuali waktu di wilayah luar negara.

2. Amerika Syarikat(11 zon waktu)Amerika Syarikat adalah negara ke-4 terbesar di dunia dari segi keluasan. Negara ini dan wilayahnya dibahagikan kepada 9 zon waktu standard oleh undang-undang. Namun begitu, terdapat dua tambahan zon waktu yang tidak rasmi.
Majoriti daripada kawasan di Amerika Syarikat mempraktikkan waktu penjimatan siang (DST) untuk sebahagian besar musim gugur, bunga dan panas. Waktu Penjimatan Siang adalah mempercepatkan 1 jam lebih daripada waktu sebenar supaya waktu siang menjadi lebih lama.Batas zon waktu dikawal selia oleh Jabatan Pengangkutan dengan perkhidmatan penjagaan masa rasmi dilakukan oleh Institusi Teknologi dan Standard Kebangsaan dan BalaiCerap Angkatan Laut AS.
Sembilan zon waktu standard Amerika Syarikat adalah Atlantik, Timur, Tengah, Gunung,Pasifik, Alaska, Hawaii, Samoa dan Chamorro. Perbezaan antara waktu Atlantik dan Chamorro adalah 15 jam.

3. Russia (11 zon waktu)Bagi negara paling besar di dunia17.09 juta kilometer persegi, iaitu 51 kali ganda keluasan Malaysia,Rusia terbahagi kepada 11 zon waktu, di antara UTC+02:00 hingga UTC+12:00. Ini bermakna, perbezaan paling besar bagi satu-satu kawasan dengan kawasan lain di Rusia adalah sebanyak 10 jam.
Walaubagaimanapun, Waktu Penjimatan Siang (DST) tidak digunakan di negara ini. Zon waktu ini termasuklah Kalinigrad, Moscow, Samara,Yekaterinburg, Omsk, Krasnoyarsk, Irkutsk, Yakutsk, Vladivostok, Magadan dan Kamchatka.
Sempadan zon waktu ini ditubuhkan pada tahun 1992 oleh kerajaan Persekutuan Rusia apabila ia membahagikan negara kepada wilayah-wilayah setelah pembubaran Kesatuan Soviet.

4. United Kingdom (9 zon waktu)United Kingdom adalah negara ke-4 yang mempunyai zon waktu paling banyak di dunia iaitu sebanyak 9. Dari segi saiz keluasan, ia berada di tangga ke-78 dunia dengan keluasan 242,495 kilometerpersegi, lebih kecil berbanding Malaysia.
Walaupun mempunyai 9 zon waktu, namun seluruh tanah besar United Kingdom menggunakan 1 zon waktu yang sama iaitu UTC +1 BST (BritishSummer Time). Ini bermakna waktu di Edinburgh, Scotland di utara dan London,England di selatan United Kingdom adalah sama.
8 daripadanya adalah wilayah United Kingdom di luar negara dan ketergantungan mahkota(wilayah yang berada di bawah kedaulatan British Crown tetapi tidak menjadisebahagian daripada UK) termasuklah:

[*]Pitcairn Islands

[*]Cayman Islands

[*]Anguilla

[*]British Virgin Islands

[*]Montserrat

[*]Turks and Caicos Islands

[*]Bermuda

[*]Falkland Islands

[*]South Georgia/Sandwich Is.

[*]Saint Helena

[*]Guernsey

[*]Isle of Man

[*]Jersey Crown

[*]Gibraltar

[*]British Indian Ocean Territory





Sumber:Iluminasi.com
Pssst!!!!! Musim puasa ni kalau rasa2 nak buka awal boleh la pergi ke zon waktu yang berbukawaktu awal. Kalau dekat Malaysia ni pergi Sabah/Sarawak la ye.:lol:








shernazz Publish time 31-5-2019 03:13 PM

Iols x amek.tau sgt.benda ni
Tp kalau time puasa..automatik mmg akan amek tau.pukul berapa posa terutama.bila.balik kg
Kalau dok umah ni...azan kat tv..kita.follow jeee

MFR_IN Publish time 31-5-2019 03:19 PM

shernazz replied at 31-5-2019 03:13 PM
Iols x amek.tau sgt.benda ni
Tp kalau time puasa..automatik mmg akan amek tau.pukul berapa posa ter ...

ni biasa time puasa..chuols sekalian mesti alert dgn waktu..:lol:


jangan jadi mcm brother sudah..

shernazz Publish time 31-5-2019 08:40 PM

MFR_IN replied at 31-5-2019 03:19 PM
ni biasa time puasa..chuols sekalian mesti alert dgn waktu..




Hahahhaa
Iols ada tgk yang dh get ready nak berbuka..
Tetiba debgar cam azan
Rupanya zikir
Hahahaha
Dia dh siap minum dh...

Foxey Publish time 18-6-2019 09:58 PM

Menarik. Ingatkan Amerika yang banyak zon waktu, rupanya kalah dengan France
Pages: [1]
View full version: 4 Negara dengan Zon Waktu Paling Banyak di Dunia


ADVERTISEMENT