Riang Ria Raya, Jamu Kuih Gulung Dam Atas Meja Pasti Meriah!
Siapa tidak suka memakan kek? Sempena raya jom cuba resipi Kek Gulung Dam.Bahan-Bahan:
Bahan A
300 gm gula halus
200 gm tepung kek atau tepung gandum
40 gm tepung jagung
100 ml air sejuk
12 biji kuning telur
8 biji putih telur
2 sudu makan ovalatte
2 sudu teh serbuk penaik
Bahan B
150 ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna dan perisa secukupnya
Bahan krim mentega (* Pukul semua bahan hingga gebu)
200 gm marjerin putih*
100 gm gula aising *
50 gm mentega *
½sudu teh esen vanilla*
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/31/141405m05i0d509jow6c9m.jpgFoto: Dari Dapur CT
Cara-Cara:
1. Putar semua bahan A kecuali air sejuk sehingga kembang. Kemudian, masuka air sejuk dan putar lagi.
2.Masuk minyak jagungdan esen vanilla. Kacau rata.
3. Kemudian, masuk separuhadunan tanpapewarna ke dalam loyang bersaiz9x9x1sm
4. Adunan selebihnya dibahagikan pada empat bahagian dan dicampur dengan pewarna dan perisa berbeza. Masuk ke dalam loyang bersaiz yang sama.
5. Bakar semua adunan satu persatupada suhu 180 darjah sehingga masak. Sejukkan.
6. Seterusnya, kek berwarna disapu dengankrim mentegadan disusunsebanyak empat lapisan. Potong kek tersebut.
7. Sapu krim di atas lapisan kek tanpa pewarna. Susunkek berwarnamengikut bentuk dam. Gulung dan sejukkan.
Selamat mencuba. -CARI Marjerin putih tu amender?
Semua marjerin kaler yellow je iols tgk ya Allah sedapnya kek tu..:'( wow.. nie cam swiss roll ke?
teringat bahulu gulung johor.. kena ngan org pandai buat, inti jem nenas.. sedapnya.. i boleh hadap 1 gulung sorg cicah kopi 434. hhahahaha shernazz: Marjerin putih tu amender?Semua marjerin kaler yellow je iols tgk
shortening kot.. tue jer yg warna putih yg iolss tau.. Edited by Mina2215 at 1-6-2019 01:07 AM
Dappp nyerrr :$: nampak sedap dan comel warna warni ni.tq share resepi{:1_132:} Hodoh nk mampos. Buatla elok elok best. ad dh cuba buat?{:spot Cerianya kaler kek
Pages:
[1]