Diviya Publish time 30-5-2019 12:58 PM

BERTEMU ARWAH WANITA BUNUH DIRI...SAMBUNGAN...

Setelah mendengar cerita pasal Anisa daripada kawan-kawan mereka, hati Adam dan Alif memang tidak tenteram sejak itu. Setiap kali Adam atau Alif berada berdekatan dengan tempat tinggal mereka, ketakutan akan membuat mereka tidak mahu keluar rumah kerana takut akan bertembung dengan arwah Anisa. Adam dan Alif mengenali seorang Ustad Zek yang juga tinggal berdekatan dengan mereka. Adam memberitahu Alif bahawa Ustad adalah satu-satunya pilihan yang mereka ada untuk menyelamatkan mereka daripada usikan arwah Anisa.

Dengan tidak membuang masa, Adam dan Alif telah pergi bertemu dengan Ustad Zek berkenaan dan menceritakan segal yang telah berlaku. Ustad Zek memang pernah sekali mendengan cerita mengenai arwah Anisa beberapa bulan yang lalu daripada jirannya. Tetapi pada masa itu, arwah Anisa tidak begitu mengacau sesiapa dan hanya rohnya dapat dilihat oleh segelintir yang berjalan dikawasan tempat tinggal Adam dan Alif. Ustad Zek memberitahu yang dia akan bertemu Adam dan Alif di bilik mereka esok lepas Maghrib. Selepas bertemu dengan Ustad Zek, sewaktu Adam dan Alif sedang berjalan pulang ke bilik mereka, Adam terasa ada seseorang sedang berjalan di sebelahnya. Bulu romanya naik dan dia mula berpeluh dan berasa takut yang amat sangat.

Adam berhenti seketika dan menoleh ke sebelah kirinya. Hmmm....siapa lagi arwah Anisa yang kat sebelahnya. Adam menjerit dengan sekuat-kuatnya dengan matanya terbelik terus lari balik ke biliknya dan mengunci pintu. Setelah masuk ke bilik, kedengaran ada orang mengetuk pintu mereka dengan kuat. Adam dan Alif dalam ketakutan terus membaca ayat-ayat suci dan memasang audio bacaan al-quran dari telefon bimbit mereka. Sampai keesokan paginya bacaan al-quran berlarutan. Adam dan Alif begitu takut hingga tidak mahu keluar rumah. Mereka menunggu untuk Ustad Zek sampai tiba masanya. Setia Ustad Zek, bermulalah ritual dan bacaan-bacaan ayat suci dan terlihat asap putih yang mengumpul di satu sudut penjuru dalam bilik mereka dan muncul satu sosok putih yang kelihatan seperti manusia. Adam dan Alif tidak boleh berkata-kata dan mata mereka seakan-akan terkeluar.

Ustad Zek bertanya kepada arwah Anisa mengapa mengacau Adam dan Alif. Arwah Anisa tidak mahu berkata-kata lalu Ustad Zek memberitahunya jika arwah tidak bercakap Ustad akan menggunakan cara keras untuk membuatnya bercakap. Lalu arwah pun mula menceritakan sebabya. 5 tahun dahulu, arwah pernah bekerja di kilang yang sama Adam dan Alif sedang bekerja. Sewaktu bekerja arwah telah berkenalan dengan seorang jejaka yang bernama Adam yang juga bekerja bersama arwah. Mereka berdua menjadi kawan baik dan telah jatuh cinta. Sewaktu perhubungan arwah dengan Adam, mereka telah menjalin hubungan luar nikah dan arwah telah mengandung. Arwah pada masa itu mengandung 2 bulan dan terpaksa memberitahu Adam keadaannya. Arwah mengaharpkan reaksi gembira daripada Adam walaupun mereka belum bernikah tetapi reaksi yang diberi oleh Adam tidak dapat diterima oleh Arwah. Adam memberitahu arwah bahawa beliau tidak mahu anak tersebut dan belum bersedia. Arwah begitu sedih dan tidah tahu apa yang perlu dibuat.

Lalu pada suatu hari, tiba-tiba Adam memberitahu arwah bahawa beliau hendah membawa arwah keluar makan malam dan hendak berbincang dengan arwah mengenai kandungan arwah. Arwah begitu gembira dan menunggu Adam datang menjemputnya dari tempat arwah tinggal iaitu dimana Adam dan Alif sedang tinggal sekarang. Setelah menjemput arwah, Adam terus membawa arwah pulang lepas makan di restoran dan bebri arwah sebotol air untuk diminum. Lalu arwah meminum air tersebut dan terus masuk ke biliknya. Pada keesokan harinya arwah didapati telah mati di dalam biliknya. Air yang diberi oelh Adam untuk diminum itu mdicampurkan dengan racun. Semasa di restoran, Adam meminta arwah menggugur kandungannya dan arwah langdung tidak bersetuju. Adam tidak ada jalan lain lalu mencampurkan racun di dalam air minuman arwah.

Kematian arwah diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Sehingga sekarang, pembunuh arwah tidak ditangkap kerana kandungan arwah disimpan rahsia oleh arwah. Apabila arwah mendapat tahu ad penghuni baru di biliknya dan bernama Adam, arwah berasa marah dan hendak membalas dendam ayah kandungannya menerusi Adam dan Alif. Setelah mendengar luahan arwah, Adam terasa begitu sedih dan marah juga ada. Ustad mengarah arwah untuk tidak lagi mengacau Adam dan Alif dan mereka tidak bersalah. Arwah berkata dia tidak akan pergi dari tempat itu dan akan sentiasa mengacau sesiapa yang tinggal di biliknya. Setelah mendengar apa yang arwah kata, Adam dan Alif membuat keputusan untuk tidak lagi tinggal di bilik. Keesokan harinya, Adam dan Alif terus mengemas barang-barang mereka dan balik ke KL kerana masih tidak dapat keluar daripada ketakutan....

Arissa_Adaj Publish time 30-5-2019 01:51 PM

Rasanya TT kena sambung kat umah yang dulu.... mintak tolong momod pindahkan n merge... tq

Diviya Publish time 30-5-2019 02:34 PM

Ye. Sorry saya tak berapa pandai nak merge.
Pages: [1]
View full version: BERTEMU ARWAH WANITA BUNUH DIRI...SAMBUNGAN...


ADVERTISEMENT