m.manis Publish time 30-5-2019 10:03 AM

Ini Rahsia Kek Kukus Coklat Jadi Lembut Dan Gebu, Boleh Jadi Desert Masa Berbuka

Risau tekturnya menjadi keras dan bantat antara sebab malas nak membakar kek. Sebab itulah ramai yang memilih untuk membeli sahaja di kedai yang mempunyai kepakaran dalam pembuatan kek, antaranya Secret Recipe walaupun harganya mahal.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/30/101411f122ojuuuid13vj3.jpg
Carian Google



Nak bakar kek coklat kukus yang senang pun boleh tak menjadi. Daripada membazir, apa kata anda ikut resipi rahsia yang dikongsikan ini supaya kek coklat kukus gerenti tidak keras dan bantat? Boleh dinikmati ketika berbuka nanti!


Bahan kek:
*1 mug minyak masak
*1 mug susu cair
*1 mug susu pekat
*1 mug serbuk koko
*1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
*4 biji telur gred A @ B
*1 1/2 sudu teh baking powder
*1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
*1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak



Bahan topping:
*4 sudu besar serbuk koko
*5 sudu besar susu pekat
*3 sudu besar minyak masak
*2 sudu besar susu cair.




Cara penyediaan kek:
1. Campur semua bahan ke dalam pengisar kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
2. Kisarkan selama lima minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama tiga atau empat minit sahaja.
3. Kemudian, tuangkan adunan kedalam mangkuk besar.
4. Tuangkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis dan kacau sebati.
5. Sapukan acuan atau loyang dengan butter atau minyak.
**Nota: Jangan lupa tutup loyang dengan plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
6. Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama satu jam atau sampai betul-betul masak.
**Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan-bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.




https://1.bp.blogspot.com/-FPk4shSbUW4/W8FgTD6C4cI/AAAAAAAAlK0/RukJIelHGas6-WvjFC1REc6k0Z7lpI0fQCLcBGAs/s640/coklatina1.JPG




Cara penyediaan topping:
1. Campur semua bahan topping ke dalam periuk dan kacau dengan api perlahan sehingga sebati.
2. Kemudian, tuangkan terus ke atas kek. Kek siap dan sedia untuk dimakan!



https://www.makanlena.com/app/uploads/2019/05/Resipi-Kek-Coklat-Kukus-1-678x381.jpg


Mudah sahaja. Jika anda ikut betul resipi daripada SAJI ini mesti menjadi punyalah. Selamat mencuba dan menikmati keenakan rasa kek coklat kukus bertekstur lembut dan gebu! - CARI

LautBiru52 Publish time 30-5-2019 02:31 PM

Adoi sedapnya.

mawar_mustika Publish time 30-5-2019 02:44 PM

bila dh siap letak dlm peti ais...nk buka puasa bila telan tu...rasa nikmat yg tak terhingga Allah kurniakan

Daisyna Publish time 30-5-2019 03:22 PM

Gebunya,blh cuba buat ni.

RatuDunia94 Publish time 30-5-2019 08:42 PM

Kaloriiiii

cikbun Publish time 7-8-2019 10:39 PM

sedapnya la weh {:yameteh

cikbun Publish time 8-8-2019 12:26 AM

ouhhh macam tu nk jdi gebu

sapasapa Publish time 14-5-2021 04:25 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Ini Rahsia Kek Kukus Coklat Jadi Lembut Dan Gebu, Boleh Jadi Desert Masa Berbuka


ADVERTISEMENT