dauswq Publish time 29-5-2019 09:57 PM

[tvN] Hospital Playlist - Jo Jung Suk, Yoo Yeon Suk, Jung Kyung Ho, Kim Da Myung

Edited by dauswq at 1-5-2020 09:17 PM

>>> kmania.info

Jo Jung Suk bakal jadi doktor di dalam drama terbaru gabungan pengarah & penulis skrip tvN Reply 1988 ?      


https://i1.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2019/05/jojungsuk_reply1988.jpg?resize=700%2C404&ssl=1
Berita yang betul-betul mengejutkan. Duo pengarah dan penulis skrip yang bertanggungjawab menghasilkan drama tvN Reply 1988 sebelum ini, iaitu Shin Won Ho dan Lee Woo Jung akan kembali dengan naskah terbaru yang bakal menampilkan pelakon Jo Jung Suk sebagai pelakon utamanya.
Menurut portal IS Plus yang berpandukan pada sumber terdekat daripada penggiat industri hiburan, mereka berkata, “Jo Jung Suk akan membintangi drama arahan Shin Won Ho berjudul “Wise Doctor Life”.” Drama ini dikatakan trilogi ke-2 arahan sutradara itu kepada drama yang memenangi Drama of The Year 7th CARI Kdrama Awards baru-baru ini, iaitu “Wise Prison Life” atau dikenali sebagai “Prison Playbook” yang memaparkan kisah tentang sekumpulan banduan yang tinggal di dalam penjara. Lebih menarik lagi, pemenang Best Director CARI Kdrama Awards ini juga telah memilih rakan penulis skripnya, Lee Woo Jung yang telah bekerjasama dengannya menerusi tiga drama bersiri Reply 1988, Reply 1994, dan Reply 1994 sebelum ini.
“Wise Doctor Life” akan menggunakan hospital sebagai latar belakang cerita di mana doktor dan jururawat bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit. Mengenangkan Shin Won Ho lebih suka menyelitkan dramanya dengan kisah realistik sambil disertakan dengan ‘twist’ yang beremosi di penghujungnya dan juga didukungi dengan unsur-unsur ‘dark comedy’ diantaranya, pasti “Wise Doctor Life” akan berlainan seperti yang biasa ditontoni di dalam kebanyakan drama korea berkenaan medikal.Jo Jung Suk yang sedang membintangi SBS Nokdu Flowers telah ditawarkan watak seorang doktor manakala watak heroin pula belum ditawarkan kepada sesiapa pun lagi. Lazimnya, pengarah ini akan mengambil idol merangkap pelakon yang biasanya dikritik negatif lakonannya seperti beliau lakukan terhadap Jung Eun Ji , Go Ara, Lee Hyeri dan Krystal Jung. Jadi, siapa agaknya anda fikirkan bakal menyertai drama ini nanti?
“Wise Doctor Life” dirancang untuk dihasilkan di dalam tiga musim dan mungkin akan dibeli hakcipta penyiarannya oleh Netflix seperti yang berlaku pada tvN Arthadal Chronicles dan Netflix Kingdom. Ia akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini.
https://kmania.info/2019/05/29/jo-jung-suk-bakal-jadi-doktor-di-dalam-drama-terbaru-gabungan-pengarah-penulis-skrip-tvn-reply-1988/

>>> kmania.info

matchstick Publish time 29-5-2019 11:05 PM

Woww.. Wajib tonton ni

xyla73 Publish time 30-5-2019 09:38 AM

tgk pada PD iols ada high expectation kat citer ni..
hopefully dpt kekalkan prestasi drama2 dia yg lepas..

xyla73 Publish time 31-1-2020 12:29 PM

https://www.instagram.com/tv/B6jgNuRp31D/?igshid=1ibhi4zf5x5en

Script reading..
Pelakon semua best giler..can’t wait..

Rahah Publish time 3-3-2020 10:21 PM

Next list lepas citer Money game...

xyla73 Publish time 3-3-2020 10:39 PM

Edited by xyla73 at 3-3-2020 10:41 PM

official teaser
xqIM2cenBAs

Rahah Publish time 3-3-2020 10:46 PM

xyla73 replied at 3-3-2020 10:39 PM
official teaser

Tak pernah tengok la heroin ni...

Hahaha... Mr Song pun ada dalam citer ni...

xyla73 Publish time 3-3-2020 10:52 PM

Rahah replied at 3-3-2020 10:46 PM
Tak pernah tengok la heroin ni...

Hahaha... Mr Song pun ada dalam citer ni...

iols pun tak pernah tgk..pelakon baru kot..
haha..lama tak tgk mr. song kan?

Rahah Publish time 3-3-2020 10:57 PM

xyla73 replied at 3-3-2020 10:52 PM
iols pun tak pernah tgk..pelakon baru kot..
haha..lama tak tgk mr. song kan?

Yela kot... untungla dia sebab berlakon dengan actor tu... semua tu berlakon best...

Haah... Watak apa agaknya Mr song this time... ingat lagi watak jahat dia tu...Hahaha

xyla73 Publish time 3-3-2020 11:08 PM

btw they are now postponing the filming sebab covid-19..
no change on the premier date though, still 12 mac..
hopefully sempat habiskan baki2 scenes yg tinggal..
lagi satu iols pernah baca katanya citer ni seminggu sekali je..

Rahah Publish time 7-3-2020 11:05 PM

xyla73 replied at 3-3-2020 11:08 PM
btw they are now postponing the filming sebab covid-19..
no change on the premier date though, stil ...

Berapa episode citer ni uols? Mesti tak banyak kan...

OT jap... teruk jugak Covid-19 kat Korea... RM pun shoot indoor je... citer Hi bye mama pun tak silap I postpone...

xyla73 Publish time 8-3-2020 12:19 AM

Rahah replied at 7-3-2020 11:05 PM
Berapa episode citer ni uols? Mesti tak banyak kan...

OT jap... teruk jugak Covid-19 kat Korea ...

12 episod je rasanya..dahlah diorg mesti byk shoot kat hospital kan..kawasan high risk tu..

Haah..korea no. 2 dlm carta negara terjejas teruk dgn covid-19..kita pun dah kena risau gak ni..elakkan kuar kecuali kalau perlu je..n jaga hygiene..

Rahah Publish time 8-3-2020 09:44 AM

xyla73 replied at 8-3-2020 12:19 AM
12 episod je rasanya..dahlah diorg mesti byk shoot kat hospital kan..kawasan high risk tu..

Haa ...

Patutlah... Apasal la seminggu sekali je... lama tu nak tunggu next episode...

Yup betul tu uols... kita pun dah 2nd wave ni covid-19...

xyla73 Publish time 11-3-2020 08:14 AM

Edited by xyla73 at 11-3-2020 11:54 AM

https://www.soompi.com/article/1387568wpp/pd-shin-won-ho-actors-of-hospital-playlist-talk-about-casting-why-the-drama-will-only-air-once-a-week-and-more

So ada plan nak buat byk season..that’s why seminggu sekali je...

zehra2 Publish time 24-3-2020 09:55 AM

Best citer ni...tp tu ler.. mereput tggu epi baru:I

orlanda Publish time 24-3-2020 11:03 AM

Edited by orlanda at 28-3-2020 01:13 AM

zehra2 replied at 24-3-2020 09:55 AM
Best citer ni...tp tu ler.. mereput tggu epi baru

kan...seminggu sekali jah...alahai....
semua watak best2...iols paling suka tengok Jeong Won asyik melalak tiap kali patient mati...mesti ngadu dgn abang long dia nak berenti...jawapan abang long tetap sama "Andrea....hang it one more year" :lol::lol:

btw si Jun Wan tu protective betul dgn Song Hwa...mcm ada apa2 aja...

zehra2 Publish time 10-4-2020 10:34 AM

Tayang seminggu sekali pun tapau rating semua drama saing dia..
Mereput.. mereput tggu mggu dpn

xyla73 Publish time 22-4-2020 11:07 PM

Baru sampai epi 3..mcm tau2 je iols cuba compare dgn Dr. Romantic..alih2 ada mention Dr. Romantic dlm cite ni..actually both drama are good in it’s own way..

Sama ada uols akan suka ke x kat cite ni depends on your expectation..kalau sapa2 yg suka medical drama yg more dramatic memang akan rasa cite ni boring sbb dia more focus on the friendship between the main characters..iols suka tgk friendship diorg...sweet je mkn pun sama2..camnalah song hwa tu blh berkawan dgn 4 org jantan tu..

xyla73 Publish time 24-4-2020 08:46 AM

TcnZG05OvF8

Suka pulak tgk Jun Wan dgn Ik Sun ni..
Tapi mana2 couple dlm cite ni shippable..
Dr. Jang dgn Jeong Won tapi Jeong Won x layan cintan-cintun ni sbb dia nak jadi priest..

xyla73 Publish time 24-4-2020 08:49 AM

_NIU01BxGyY
Scene ni pun best..sweet je 2 beradik tu gaduh style rapper..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [tvN] Hospital Playlist - Jo Jung Suk, Yoo Yeon Suk, Jung Kyung Ho, Kim Da Myung


ADVERTISEMENT