Resipi Pes Ikan Bakar, Senang Dan Serius Terangkat!
Biasanya ramai yang panggang ikan, ayam, sotong dan udang kosong-kosong je. Iyalah, nak letak pes tak tahu pes apa yang sedap.Apa kata lepas ini cuba buat resipi seperti di bawah ini. Dahlah boleh tahan sampai 2 minggu, sedap pula tu!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/29/111519ysc0g6g99379vz8g.jpgFoto: Asian Inspirations
Bahan-Bahan:
*2 inci lengkuas
*3 inci halia
*5 batang serai
*8 biji bawang merah
*1 biji bawang Holland
*1 sudu udang kering jika tidak boleh guna belacan
*8 biji cili padi (terpulang pada tahap kepedasan)
*3 biji cili merah
*3 helai limau purut
*Cili boh
*Asam keping
*Garam/ Gula
*Serbuk perasa
Cara-Cara:
1. Kisar semua bahan sampai lumat.
2. Tumis dengan minyak yang agak banyak. Selepas itu masukkan cili boh 4 hingga 5 sudu.
3. Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan asam keping.
4. Tumis sampai pecah minyak. Siap!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/29/111644aclpiaye2geyb9m3.jpgFoto: Ang Sarap
Cara bakar ikan:
1. Sebelum bakar ikan lumur sahaja atas ikan.
2. Letak ikan dalam pembungkus aluminium. Balut kemas dan bakar atas dapur atau oven.
Senang kan? Selamat mencuba! -CARI
Sumber: Rasa Ok, boleh try Tunggu hujung minggu nih. {:run Dapnye ikan pari bakar.. tq sharing resepi:){:1_132:} wah..sedapnya :drool3: sedapnye...kalau nak buat ni ikan kena fresh Wahhhh ikan bakarrrrr!!! I loikeee!! Bagus resipi ni penat dah makan ayam raya ni Guna ikan apa pun sesuai ek? Sihat ke pes ni Ikan bakar sedap kalau guna ikan pari. Ikan lain boleh try. Teringat pernah buat pes sendiri dulu. Jadi pahit. Maybe tumis terlalu lama and api kuat. sedapnya.... Sedapnya..tapi sementara waktu Allah tarik nikmat makan makanan pedas..Redha :'( Tq bagi resepi.
Terasa lapar balik tengok gambar ikan bakar {:3_91:} fuhh. nampak keenakan die tu. bole try masak nanti. harap2 menjadi. hahahaha. Yummy...nk buat lh pasnie... ok.. petang ni beli barnag... esok masak :drool3::drool3: :drool3::drool3:
Pages:
[1]
2