Bukan Biasa-Biasa, Resipi Baru Semperit Unicorn Dan Anzalna Jadi Kegilaan Di Har
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/27/093128vukfyevh1md9ff8r.pngTak lama lagi nak raya. Kuih raya dah siap beli ke? Suka kuih raya zaman dulu ke suka kuih raya zaman sekarang? Kuih raya dulu-dulu tak berwarna-warni macam kuih raya sekarang. Simple je. Contoh kuih raya yang dinaik taraf mengikut peredaran zaman ialah kuih semperit ataupun nama lainnya kuih dahlia. Jom tengok kuih semperit versi dulu/tradisional dan kuih semperit versi sekarang/alaf baru.
Resepi Kuih Semperit Versi Dulu /Tradisional
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/27/090817qy13131p9nnn551z.jpg.thumb.jpg
BAHAN-BAHAN:
[*]185gm gula
[*]375gm mentega
[*]60gm tepung kastad | diayak
[*]60gm tepung jagung | diayak
[*]375gm tepung gandum | diayak
[*]1 sudu makan esen vanilla
[*]1 biji kuning telur
[*]Ceri merah secukupnya | dipotong kecil
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar).
2. Pukul mentega bersama gula hingga sebati.
3. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan memukul sehingga kembang.
4. Masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
5. Masukkan doh ke dalam acuan samprit dan terapkan di atas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius selama 10 minit.
7. Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.
Kita tengok pula kuih semperit versi baru (kredit Risha Airisha)
Kuih Semperit Unicorn / Anzalna
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/27/091910dqzdq048deti6qqc.jpg.thumb.jpg
Semperit Anzalna
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/27/091910rv5qg77x2u4q5gv5.jpg.thumb.jpg
Semperit Unicorn
BAHAN-BAHAN:
[*]125g mentega
[*]125g susu pekat
[*]230 tepung jagung | diayak
[*]warna mengikut tema samada tema unicorn/anzalna
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar).
2. Sebatikan mentega dan susu pekat manis dalam mangkuk adunan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga menjadi satu adunan.
4. Tekan doh menggunakan acuan semperit .
5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit. (Suhu dan masa bergantung pada jenis ketuhar)
Kedua-dua versi menggunakan bahan dan cara masak yang sama, cuma versi baru menggunakan 3 bahan utama sahaja serta warna kuih lebih berwarna-warni.
Terpulang pada individu untuk memilih resipi yang mana satu. Apapun warnanya, kuih ini tetap dikenali dengan nama kuih semperit. Selamat mencuba. -CARI Kenapa semperit anzalna? shernazz replied at 28-5-2019 12:18 PM
Kenapa semperit anzalna?
sbb kaler mcm baju pengantin anzalna kot
matchstick replied at 28-5-2019 12:50 PM
sbb kaler mcm baju pengantin anzalna kot
aah...yang semperit unicorn tu ikut kaler aiskrim unicorn , yang semperit anzalna tu ikut kaler wedding gown dia...apapun kuih semperit ni bila makan cair dimulut, tetap gemok di perut hihihi...
wahhh kreatif. budak2 mesti suka kalau tengok ni rasa lbh kurang tp kreatif lah g buat warna warni mcm tu.. idok le aku nk makan kuih byk pewarna tiruan tu Cantikkk...tapi renyih nya nak buat...ekekekeke alaa kaler je ni.. sangat tak bagus hahaha kelakar betol..boleh pulak jd semperit anzalna..terhibyr {:laugh Colouring ? Seram. baik aku makan kuih suji putih tu je. seram tgk kaler2 mcm ni cantiknyaaaaa.. syg lak nak makan. hihihi semperit unicorn aka semperit padelpop pelangi Cantik2 la utk Instagram. Tapi utk kesihatan, tak bagus. Sebab food colouring and also manis sebab susu pekat. perghhh byk nya colouringgggg.....:shakehead3: matchstick replied at 28-5-2019 12:50 PM
sbb kaler mcm baju pengantin anzalna kot
Ooo
Baru teringat
Hehhee
cantiknye kuih tu...kalau letak atas meja dlm balang kuih nmpk meriah dr jauh. tp nak makan mcm bnyk coloring je... Beli sebab kaler cantik..ala2 kuih mewah gitu..padahal rasa samperit je..:P Jangan sampai berak warna warni dah {:laugh
Pages:
[1]
2