dauswq Publish time 28-5-2019 07:08 AM

[tvN] Arthadal Chronicles I,II & III - Jang Dong Gun, Song Joong Ki, Lee Jun Ki, Kim Ok Bin, Kim Ji Won, Shin Se Kyung

Edited by dauswq at 3-10-2023 03:11 PM

>>> kmaniamy.com

Asadal Chronicles (tvN) / Netflix

https://i1.wp.com/kmaniamy.com/wp-content/uploads/2019/05/D6-cT_tU8AASOwZ.jpg?resize=719%2C1024&ssl=1
“Asadal Chronicles” iniditulis bersama oleh Kim Young Hyun dan Park Sang Yeon yang sebelum ini pernah menghasilkan naskhah“The Great Queen Seon Deok,” “Tree with Deep Roots” dan “Six Flying Dragons”. Drama ini diarahkan oleh pengarah (PD) Kim Won Suk, pemenang dua kali Best Director CARI Kdrama Awards, yang pernah mengarahkan“Incomplete Life (Misaeng),” “Signal,” dan “My Ahjussi (My Mister) ” Drama ini dianggarkan menelan bajet produksi sebanyak 400 billion won (RM1.45 billion).
“Asadal Chronicles” adalah sebuah drama fantasi peredaran masayang berkisarkan tentang kuasa, cinta, dan pembangunan yang berlaku di bandar Asadal, yang dikatakan sebagai ibu kota di zaman Gojoseon. Ia menceritakan, bagaimana pejuang di tanah Arth berjuang untuk melindungi suku kaum masing-masing. “Asadal Chronicles” akan disiarkan dalam tiga siri yang setiapnya mengandungi enam episode. Bahagian pertama dan kedua dinamakan“The Children of Prophecy” dan “The Sky Turning Inside Out, Rising Land,” yang mana akan bersiaran secara menerus sepanjang bulan Jun sehingga Julai. Bahagian ketiga “Arth: The Prelude to All Legends” akan disiarkan di sebelum berakhirnya tahun 2019. Dua bahagian pertama bertujuan untuk membina minat penonton dalam siri ini dengan memperkenalkan watak-watak. Manakala bahagian ketiga dan terakhir akan memberi tumpuan kepada titik perubahan kepada watak-watak utama.
https://i2.wp.com/kmaniamy.com/wp-content/uploads/2019/05/2019052514310634247-540x360.jpg?resize=540%2C360&ssl=1

Song Joong-ki sebagai Eunseom, satu watak yang gigih berlawan untuk melindungi puaknya sendiri. Dia mungkin kelihatan baik, tetapi tidak teragak-agak bertukar menjadi agresif ketika beliau cuba untuk melindungi sukunya dari musuh asing. Sementara itu, Jang Dong-gun pula memainkanwatak Tagon, anak pemimpindari Suku Saenyeok. Walaupun sangat berkarisma dan berbakat, Tagon sangat berbahaya kerana dia sebenarnya ingin menjadi raja pertama di Asadal dengan apa cara sekalipun.
Kim Ji-won dan Kim Ok-bin masing-masing membawakan watak sebagai Tanya dan Taealha. Tanya adalah tunjang utama puak Wahan yang menyedari takdirnya untuk menjadi seorang pemimpin dan melindungi dirinya sendiri. Manakala Taealha digambarkan sebagai wanita paling cantik di Arthdal dan seseorang yang mempunyai keinginan kuat untuk berkuasa.
https://i0.wp.com/kmaniamy.com/wp-content/uploads/2019/05/0bcfa61179d04357bef82ad0f5e78fa4.jpeg?resize=640%2C535&ssl=1

Drama ini akan bersiaran menerusi capaian Netflix mulai 1 Jun setiap Sabtu dan Ahad pada jam 21.00 KST. Penonton di Asia boleh menonton drama ini selepas satu jam tayangannya di Korea. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah Song Joong Ki, Jang Dong Gun, Kim Ji Won, Kim Ok Bin, Kim Eui-sung, Jo Sung-ha, Choo Ja-hyun, Lee Do-kyung, Park Hae-joon, Park Byung-eun, Shin Joo-hwan, dan Yoo Tae-oh.

>>> kmaniamy.com

atira Publish time 28-5-2019 08:08 AM

“The Great Queen Seon Deok,” “Tree with Deep Roots” dan “Six Flying Dragons”.
tiga2 ni cerita fav aku..
Queen seon deok tu siap 2 kali aku ulang tgk wpon cerita dia 62 eps...:shutup:
minat betul aku dgn lee yo won time tu {:loveo

so high expectation utk citer ni :loveliness:

MFR_IN Publish time 28-5-2019 10:21 AM

lama da weh xlyn cite korea ni..


zaman belajr dulu elok ja marathon samapi ke pagi, pergi kelas muka sembab ja bukan study mende.study ceta korea :lol:

Lorra2411 Publish time 28-5-2019 10:27 AM

taktau nak tgok cerita korea apa skrg, tgh layan Sky Castle dgn Abyss je. itu pun hold kejap

dauswq Publish time 28-5-2019 01:06 PM

Lorra2411 replied at 28-5-2019 10:27 AM
taktau nak tgok cerita korea apa skrg, tgh layan Sky Castle dgn Abyss je. itu pun hold kejap

jom layan spring night sementara tunggu drama ni. slow tp worth watching.

Lorra2411 Publish time 28-5-2019 01:56 PM

dauswq replied at 28-5-2019 01:06 PM
jom layan spring night sementara tunggu drama ni. slow tp worth watching.

drama Han Ji Min dgn Jung Hae In tu ke? nanti iolss tgok, thanks Daus

Rahah Publish time 28-5-2019 02:05 PM

I nak tengok Kim jiwon tapi tak minat citer genre macam ni... entahlah...

xyla73 Publish time 2-6-2019 11:05 AM

Sempat tgk sikit sblm balik raya sbb curious punya pasal..

Hmm..bagi sapa2 yg x minat genre fantasy memang susah nak terima..even bagi iols yg minat genre ni pun rasa agak pelik..firstly costume dia pun x cantik..then cgi x berapa smooth..jalan cerita maybe lain & something yg kita x pernah tgk tapi it’s very hard to connect..

Iols rasa projek ni is too ambitious..maybe trying too hard utk jadi mcm citer Avatar or LOTR..even they use fictional language here tapi perlu diingat utk hasilkan movie2 tu semua ambik masa yg lama..so bila ada rumours kata crew2 dikerah sampai x cukup rehat utk siapkan drama ni memang patut pun diorg komplen sbb it’s too unrealistic utk hasilkan drama yg ada byk episod & guna byk cgi dlm jangka masa yg singkat..

masnona Publish time 3-6-2019 04:48 PM

Tak minat tgk drama mcmni.

masnona Publish time 5-6-2019 12:56 AM

Knapa watak song jong ki tu mcm peter pan je. Comel. Tp xrasa minat nk tgk

C1k_J4h Publish time 11-6-2019 09:41 AM

review aiols utk 4 epsd

permulaan memg agak pening skit, dgn bahasa yg direka, nama watak, clan, setiap clan ada ciri2 tertentu, byk kali ulang tgok utk pahamkan betul2 storyline

epsd 2 baru nampak pencerahan, permainan politik, perebutan kuasa, tipu helah

so far aiols tgok ok ja..walaupun byk fantasi, costume memg serabai sebb zaman dulu kala katanya
dan pencahayaan kurang

epsd 4 bengang betul ng joongki..kali pertama serang convoy nak selamatkan tanya, boleh terima lg la dia kalah..bila kali kedua serang pun kalah gak..memg padan muka
hahaha

xyla73 Publish time 11-6-2019 06:27 PM

C1k_J4h replied at 11-6-2019 09:41 AM
review aiols utk 4 epsd

permulaan memg agak pening skit, dgn bahasa yg direka, nama watak, clan,...

tulah iols tgk ramai yg bagi review ok..
citer mcm ni memang kena fokus..xleh tgk sambil buat benda lain..

ok..nanti iols sambung tgk kalau iols ada masa..xpun tunggu abis season 3 sekali..
sbb iols ada drama lain lagi dlm list..



C1k_J4h Publish time 12-6-2019 08:30 AM

xyla73 replied at 11-6-2019 06:27 PM
tulah iols tgk ramai yg bagi review ok..
citer mcm ni memang kena fokus..xleh tgk sambil buat ben ...

3 season ke cite ni?
panjang betul..lama xfollow drama panjang2

betul2, kena fokus..kalau x memg lost dgn watak yg byk

Rahah Publish time 12-6-2019 02:13 PM

I confuse ni... @xyla73 komen kurang best... @C1k_J4h komen best... tak minat sangat genre ni tapi suka la tengok acting Kim ji-won tu... :lol:

C1k_J4h Publish time 12-6-2019 02:17 PM

Rahah replied at 12-6-2019 02:13 PM
I confuse ni... @xyla73 komen kurang best... @C1k_J4h komen best... tak minat sangat genre ni tapi s ...

ahaha..tgokla dulu dua epsd pertama baru judge
aiols pun xminat gak genre mcm ni
tp sebb joongki, jang dong gun, kim ji won
aiols layan kan ja
cume kena fokus la
nasib baik cite ni weekend, so xdela clash ng drama lain yg aiols tgok

C1k_J4h Publish time 12-6-2019 02:18 PM

Rahah replied at 12-6-2019 02:13 PM
I confuse ni... @xyla73 komen kurang best... @C1k_J4h komen best... tak minat sangat genre ni tapi s ...

ahaha..tgokla dulu dua epsd pertama baru judge
aiols pun xminat gak genre mcm ni
tp sebb joongki, jang dong gun, kim ji won
aiols layan kan ja
cume kena fokus la

xyla73 Publish time 12-6-2019 02:18 PM

Rahah replied at 12-6-2019 02:13 PM
I confuse ni... @xyla73 komen kurang best... @C1k_J4h komen best... tak minat sangat genre ni tapi s ...

uols trylah tgk sendiri..kena ke x dgn citarasa uols..
kalau ikut komen @C1k_J4h kena tgk 2 episod..
iols baru tgk 1 episod rasa susah sikit nak hadam..

Rahah Publish time 12-6-2019 02:21 PM

C1k_J4h replied at 12-6-2019 02:17 PM
ahaha..tgokla dulu dua epsd pertama baru judge
aiols pun xminat gak genre mcm ni
tp sebb joongki ...

Haa itulah pasal... actor & actress best pulak tu... macam citer monyet tu la... I suka seunggi & Cha seungwon tapi sebab genre so memang drop la...

Nanti i try tengok citer ni... tapi nak tengok citer WWW dulu...

C1k_J4h Publish time 12-6-2019 02:24 PM

Rahah replied at 12-6-2019 02:21 PM
Haa itulah pasal... actor & actress best pulak tu... macam citer monyet tu la... I suka seunggi &...

hwayugi best!walaupun heroin si oh yeon seo tu aiols xsuka lakonan kaku beliau

sila tgok www yach!

xyla73 Publish time 12-6-2019 02:38 PM

C1k_J4h replied at 12-6-2019 08:30 AM
3 season ke cite ni?
panjang betul..lama xfollow drama panjang2



xdelah panjang sgt..cuma ada 18 episod je..
tapi sebab citer ni agak complicated nak kena siapkan tu yg break jadi 3 bhgn..
tiap bhgn ada 6 episod..
Part 1: The Children of Prophecy (1 Jun - 16 Jun)
Part 2: The Sky Turning Inside Out, Rising Land (22 Jun - 7 Jul)
Part 3: The Prelude To All Legends (7 Sep - 22 Sep)

Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: [tvN] Arthadal Chronicles I,II & III - Jang Dong Gun, Song Joong Ki, Lee Jun Ki, Kim Ok Bin, Kim Ji Won, Shin Se Kyung


ADVERTISEMENT