Diviya Publish time 27-5-2019 03:57 PM

Pengalaman Nenek...

Edited by Diviya at 27-5-2019 03:58 PM

Nenek saya menetap di Kampung Kali adalah seorang peniaga menjual kayu api di kampungnya. Mengumpul dan menjual kayu api dari batang pokok adalah satu-satunya rezeki Nenek. Zaman dahulu, dapur kayu api sahaja digunakan. Memandangkan semakin ramai sudah mula menjebat diri dalam perniagaan menjual kayu api, nenek mengambil keputusan untuk memasuki hutan seawal 2pagi sebelum peniaga yang lain datang untuk mengutip batang kayu api. Biasalah pada masa begitu memang terdapat banyak benda2 yang tidak boleh kita terangkan dan juga bukan semua yang berani untuk memasuki Hutan pada masa begitu. Itu adalah kali pertama Nenek memasuki Hutan pada waktu pagi gelap.
Sewaktu berada di dalam hutan, nenek terserempak dengan banyak benda2 yang pelik dan menakutkan. Satu daripadanya adalah mayat tergantung dari dahan pokok. Bukan satu atau dua tetapi banyak. Pertama kali dalam situasi begitu, nenek tidak tahan lalu pengsan dalam hutan. Pada keesokan harinya, salah seorang pengutip dahan pokok terserempak dengan nenek yang terlantar atas tanah hutan. 3 bulan nenek tidak memasuki lagi ke dalam hutan itu.

Nenek memang tidak berani lagi untuk menjejak ke dalam hutan itu. Pernah nenek menceritakan detik-detik pengalamnya sewaktu melihat mayat-mayat yang tergantung dari pokok. Seakan-akan mayat-mayat itu nampak seperti manusia biasa. Pada saat itu memang nenek begitu takut sekali melihat kelompok mayat-mayat itu (kali pertama terserempak dengan keadaan sebegitu) lalu terus pengsan.

Nenek menguatkan hati dan terpaksa menghadap situasi tersebut demi mencari rezeki untuk nenek dan atuk yang sudah uzur. Setiap kali nenk memasuki hutan itu, terpaksa nenek terserempak dengan berbagai-bagai jenis makhluk dan peristiwa yang tidak dapat diterangkan. Semenjak mendengan cerita pengalaman nenek, saya memang tak berani lagi nak ke rumah nenek saya kerana hutan yang diceritakan oleh neneksaya terletak "DI BELAKANG RUMAHNYA". :'(






hatikudus Publish time 27-5-2019 04:24 PM

lagi lagi...

thezul Publish time 27-5-2019 04:30 PM

nenek hijab terbuka tu, hutan tu mcm tmpt askar zaman jepun kot dlu2

eyansss Publish time 27-5-2019 04:48 PM

mayat tergantung tu mayat siapa?

dubuk Publish time 27-5-2019 06:57 PM

waiting                     

groundfloor Publish time 28-5-2019 09:56 PM

Update ye tt...

Boomibulat Publish time 29-5-2019 11:38 AM

Nak lagi nak lagi

ikanmasin Publish time 29-5-2019 12:23 PM

good story..samb
Pages: [1]
View full version: Pengalaman Nenek...


ADVERTISEMENT