Ucapan Aidilfitri 2019
Edited by friedfishsoup at 26-5-2019 09:49 PMSelamat hari raya Aidilfitri 2019 untuk semua forumer bod epistemologi, idea dan pemikiran. Maaf zahir dan batin selama mana i berforum dan bermod.
Nyatakan ucapan uols kat sini.
In advance dulu. Nanti org lain sibuk balik kampung, tak sempat beri ucapan. https://s3.gifyu.com/images/20190522_173509.gif selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin muslimat warga Cari. kita gurau- gurau jer dalam forum ni... thanks Cari sebab adanya Cari masa berlalu tanpa sedar ( hahahah ayat berlapik nak bagitau kat sini bolehbuang masa ) i love forum Cari. miss ningga & miss changa - may both of you rest in peace. kalau boleh bangkit dari kuburan sangat dialu alukan.
oh yaa maaf zahir batin. jemput datang ke rumah bawa biskut sendiri. Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman Wassap pun dah kira grand lah ye..!
selamat hari aidilfitri semua. wow semua orang busy shopping. aku je tak. huhuhu Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin SelaMaT Hari Raya aidilfitri in advanced
MAAF Zahir n batin selamat hari raya aidilfitri utk semua. Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
Forum cari dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri. Selamat hari raya, maaf zahir batin kpd semua andai pernah terkasar bahasa kepada sesiapa jua Selamat hari raya kepada semua forumer n momod yg ada dalam ni. Serta maaf zahir dan batin secara sengaja ataupun tak sengaja. Biasalah dalam thread lain mungkin akan ada reply sokongan, thread yg lain pulak mungkin ada reply kejian. Jangan amik hati naa. Anggap la kita sama2 meriahkan forum cari ni.. Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan,
Sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan,
Dan sebelum network/line trafik jam..!
Diucapkan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Moga disambut meriah disisi keluarga hendaknya. vee_zara replied at 26-5-2019 11:02 PM
Selamat hari raya kepada semua forumer n momod yg ada dalam ni. Serta maaf zahir dan batin secara se ...
Ditto.
Terima kasih buat semua yang memberi ucapan :) 0-0 ye...
salam raya 0 0 buat momod yang murah hati bagi tacang bebanyak
makan ketupat, makan rendang,
eh raya pun hampir menjelang
kuah lodeh, rendang ayam,
mari main mercun bunga api memalam
Salam Raya in advance semua..
air oren, buah pisang,
baju raya berapa pasang? Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin..
Selamat pulang ke kampung halaman..
Pandu cermat jiwa selamat..
Semoga kita berjumpa lagi..{:1_529:} jika ada saya terkasar bahasa, terasa hati dengan saya, saya susun jari kaki tangan, pohon keampunan dari korang.
0-0.
selamat hari raya maaf zahir batin budak forum dan epis.
garu ketiak sampai luka,
luka berdarah pedih rasanya,
hidup ini sekali cuma,
marilah kita lupakan sengketa.
mandikan nenek atuk terasa,
sabun cap kapak jatuh ke lantai,
syawal sudah hampir tiba,
tak bayar zakat dalam kubur kena bantai.
kesat hingus pakai baju kawan,
kawan marah bukan kepalang,
kalau hidup asyik nak melawan,
sampai bila pun hati tak tenang.
SELAMAT HARI RAYAAAAA~ asyik berpantun orang dah azan.
hampeh.(-_-)!
Niat di hati nk mkn rambutan,
Tiba2 tersembam ke dlm paya,
Terlajak kata takleh nak gostan,
Mohon ampun dan maafkan saya..
Pegi ke sekolah dgn ferrari,
Pitstop skejap kt kedai pokya,
Ku susun sepuluh jari jemari,
Kire kosong2 laa sume ya!
Sungguh comel si burung nuri,
Sedap mnyanyi d tepi perigi,
Oh gembira rasa nya hati,
Bile turn raya umah mak sendri!! :lol:
SELAMAT HARI RAYA !! MAAF ZAHIR DAN BATIN!! I mintk ampun dn maaf sgt2 kpd rakan2 forumer sume klu i tcarut, tkasar bahasa, misunderstood, misleading statement or wat so ever.. salam kosong2 yee.. {:1_138:}{:1_138:}{:kisso{:kisso
Selamat menikmati dan menjalani ibadah di bulan Ramadhan hingga detik terakhir.. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada smua....
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
“Lisan kadang-kadang tak terjaga,
Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin”
Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya
Kuramas kau punya… kau ramas ku punya
Kugoncang kau punya… kau goncang ku punya
Kemudian kita goyang bersama.
Itulah tanda kita bersalam mesra
:lol::lol::lol: