lanesra Publish time 18-5-2019 08:26 AM

9000 Koleksi Sampul Duit Raya

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pullead_1558131314.jpg

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pul2_1558131318.jpg

SETIAP orang mempunyai hobi berbeza. Begitu juga Siti Zainab Endol, 33, yang obses mengumpul sampul duit raya sejak di bangku sekolah. Kini, dia memiliki lebih 9,000 koleksi sampul duit raya yang dikumpulnya sejak 20 tahun lalu.

Koleksinya terdiri daripada pelbagai corak yang unik dan jarang dijumpai terutamanya sampul duit raya keluaran 1990-an.

Siti Zainab berkata, koleksinya membabitkan sampul duit raya keluaran bank tempatan dan luar negara dengan reka bentuk serta corak yang pelbagai.

“Koleksi sampul duit raya ini membabitkan setiap perayaan di Malaysia seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Krismas.

“Setiap tahun saya akan ke bank untuk mendapatkan sampul duit raya bagi menambah koleksi,” katanya.

Menurutnya, walaupun sudah lama terbabit dengan hobi itu, tetapi dia baru kembali aktif awal tahun ini.

“Sebelum ini, semua koleksi disimpan dalam kotak tetapi kini, ia disusun dalam album supaya lebih teratur.

“Saya melakukannya selepas melihat ramai pengumpul sampul duit raya di media sosial melakukan perkara sama,” katanya.

Menurutnya, biarpun sekadar hobi tetapi dia turut menjual sebahagian koleksi sampul duit raya berkenaan kepada pengumpul lain.

“Baru-baru ini saya menjual koleksi 1980-an dan 1990-an pada harga RM600.

“Seperti barangan antik lain, sampul duit raya juga mempunyai nilai pasaran semasa dan harganya bergantung kepada usia sampul itu,” katanya.

Katanya lagi, kesemua koleksi itu ditempatkan di satu sudut dalam rumahnya sebagai hiasan malah ia menjadi tumpuan saudara yang berkunjung.

“Empat anak memahami minat saya dan ada kalanya, mereka turut membelek koleksi berkenaan sebelum menyimpannya semula,” katanya.

missinpiece Publish time 18-5-2019 12:21 PM

Suka jugak collect sampul perayaan segala mala bank. Bila dah penuh buku mula la malas nak menambah2. Siyes lawa2 sampul duit raya drp bank2 ni.
Tabikla akak nih mampu wat hobi jadi pendapatan :loveliness:

MoonRise Publish time 30-5-2019 01:23 PM

Rajin nya kumpul :o

bonsari Publish time 30-5-2019 09:37 PM

komitment nak jaga sampul ni bukan senang... respect lah saya..

kennywee11 Publish time 31-5-2019 11:28 PM

saya pernah simpan sampul yg cantikbagi 2/3 tahun, last tu buang jugak. Boleh buat koleksi macam ni memang hebat

Loulki Publish time 31-5-2019 11:31 PM

tak sangka barang macam ni ada jugak pasaran. dulu rumah saya ada banyak barang yg lama lama, semua dah buang sebelum ni

lzw919 Publish time 31-5-2019 11:36 PM

kadang ada sampul duit raya yg sangak cantik dan kualitinya sangat baik, saya guna untuk simpan resit beli belah

bonsari Publish time 3-6-2019 02:04 PM

Loulki replied at 31-5-2019 11:31 PM
tak sangka barang macam ni ada jugak pasaran. dulu rumah saya ada banyak barang yg lama lama, semua...

Boleh try tgk ddulu market kat carousell cam na.. ada je yang jual benda2 macam ni...

abnegation Publish time 3-6-2019 02:42 PM

bonsari replied at 3-6-2019 02:04 PM
Boleh try tgk ddulu market kat carousell cam na.. ada je yang jual benda2 macam ni...

Nanti boleh buat duit raya lebih sikit tahun ni macam video raya dorang ncZ6ZigERt4

orkid_lestari Publish time 17-6-2019 02:19 PM

me selalu buang je. tak penah nak simpan..wpun kadang ade je sampul yang cantik2 rasa sayang nak buang..

sakinahxpdc Publish time 20-6-2019 09:37 AM

simpan gak kalu ada yg shantik2

Lengkong Publish time 21-6-2019 08:44 PM

Rajinnya ada usaha nak collect sampul duit raya. Akak ni juga tunjuk contoh yg baik pada anak2. Hargai barang2.

espritvin Publish time 27-6-2019 06:36 PM

sakit hati kadang2 bila tgk budak2 buang sampul2 duit raya depan rumah..cantik2 plak tu...
Pages: [1]
View full version: 9000 Koleksi Sampul Duit Raya


ADVERTISEMENT