Syd Publish time 17-5-2019 08:56 PM

Selamat tinggal Grumpy...

Selamat tinggal Grumpy...
Agensi

GRUMPY atau Tardar Sauce menjadi tular di media sosial sejak 2012 selepas gambarnya dengan wajah perengus muncul di internet. FOTO:
ARIZONA: Seekor kucing yang popular di media sosial kerana wajahnya kelihatan perengus mati pada Selasa lalu, kata pemiliknya.

Pemiliknya, Tabitha Bundesen berkata, kucing betina berusia tujuh tahun mati akibat mengalami komplikasi daripada jangkitan saluran kencing.

BBC melaporkan, Grumpy atau nama sebenarnya, Tardar Sauce menjadi tular di media sosial sejak 2012 selepas gambarnya dengan wajah perengus muncul di internet sebelum menarik lebih dua juta pengikut di Instagram.

Tahun lalu, Tabitha memenangi memenangi saman hak cipta berjumlah AS$710,000 (RM2.96 juta).

Syarikat Grumpy Cat Limited menyaman sebuah syarikat kopi, Grenade kerana melanggar perjanjian mengenai imej kucing berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 8:32 PM

Syd Publish time 17-5-2019 08:57 PM

perengus tu comel.

prettyuglybabe Publish time 17-5-2019 09:22 PM

bye grumpy sayang :'(:'(

DeeHanania Publish time 17-5-2019 11:13 PM

Syd replied at 17-5-2019 08:57 PM
perengus tu comel.

Bye2 Grumpy
Tringat kucing jiran,
Selalu dtg umah tuk makan&suka lepak
Nama yer Grumpy jugak
Dah mati tahun lepas sbb sakit tua
:'(:'(

Syd Publish time 18-5-2019 10:25 AM

Grumpy Cat mati akibat jangkitan kuman, jutaan pengikut di seluruh dunia bersedih

GRUMPY Cat, kucing popular yang menjadi sensasi media sosial mati pada usia tujuh tahun.

Berita mengejutkan itu diumumkan menerusi laman Twitter oleh pemiliknya, Tabatha Bundesen pada Jumaat.

Grumpy Cat dikatakan mati akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.

Selain memberi kegembiraan kepada keluarga Bundesen, Grumpy Cat turut menjadi penghibur buat jutaan pengikutnya di laman sosial.

Rata-rata peminat haiwan comel itu turut membanjiri laman sosial untuk menzahirkan kesedihan mereka.

Malah ramai yang terkejut dengan berita itu.

Grumpy Cat memiliki 1.1 juta pengikut di Twitter dan 2.4 juta pengikut di Instagram.

CikB Publish time 19-5-2019 03:49 PM

so sad....RIP Grumpy!
Pages: [1]
View full version: Selamat tinggal Grumpy...


ADVERTISEMENT