Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 12:28 PM

Pengalaman mistik 2012 sehingga sekarang

Hi,

Saya peminat tegar bod ni sll juga baca kisah seram di sini dan tiba2 terfikir nak cerita pengalaman sendiri dari tahun 2012 sehingga sekarang. Harap2 ada yg sudi membaca. Dan maaf sekiranya saya tersalah posting sebab newbie lagi, first time nak buka thread. Kalau tak bersesuaian cik moderator boleh tolong delete ye :$

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tiada rekaan. Saya masih ingat semua kejadian yang terjadi.


Pengalaman 2012 - Pertengahan tahun

Sebenarnya saya dulu tak percaya sangat bab hantu2 ni, tapi penakut juga kalau dengar cerita pasal hantu. tapi sebelum tahun 2012 tu sebab tak pernah mengalaminya sendiri, so masih ada doubt. Sampailah pada tahun 2012, pertengahan tahun tak silap (bulan ogos/september), saya bertunang dgn husband masa tu. Start dari situ saya terkena gangguan. Mak ada cakap, klu org bertunang ni org tua2 kata darah manis mcm2 boleh jadi seperti nampak hantu pun boleh. Masa tu saya gelakkan aje sbb rasa mcm nonsense benda2 mcmni.

Satu hari selepas seminggu bertunang, saya dengan mak berborak dekat dapur. Mak tgh nak masak, so dia bukakan pintu dapur. Masa tu pukul 8.15 mlm, belum Isyak lagi. Tapi lampu dapur dekat bahagian luar mak tak buka, so keadaan luar memang gelap gelita. Masa syok berborak dengan mak, gelak2, tiba2 saya nampak ada budak kecil rambut kerinting lebat dan panjang, pakai baju putih lalu dpn pintu dapur yang terbuka tu. Masa tu saya tak terkejut, sbb mmg igt budak2 main kat belakang.

Cuma masa tu saya pelik, sebab takda bunyi tapak kasut. sbb dia mcm berjalan laju. So saya automatik bagi tahu mak saya, ada budak lalu kt lalu. Mak terus pergi dkt pintu mengintai, sampai ke hujung katanya dia tengok. Dia kata tak ada siapa pun. Saya tak seram lagi. So dia buka grill untuk tengok, since rumah saya bahagian tengah dan ada beberapa rumah lagi nak sampai hujung, mcm mustahil budak tu dah keluar dari lorong belakang sepantas kilat.

Mak tanya saya lagi, muka budak tu mcm mana. Saya kata saya tak nampak muka budak tu. Sebab rambut budak tu tutup muka dia. Tapi saya pasti mmg budak sebab dia pendek, rendah. Mak terus cakap jangan2 kau nampak hantu tak? Terus saya berdebar. Mak suruh ignore je.

Rupanya mak ada cerita dekat ayah pasal kejadian tu. Ayah gelakkan aje. Dia cakap memang ada orang taman, geng2 surau and geng badminton dia pernah cerita, sll nampak hantu budak melompat2 atas bumbung rumah tengah2 malam and 3-4 pagi. Yang ni ayah mmg tak pernah cerita dkt kami sampailah kejadian yg saya nampak tu, baru dia buka mulut. Start dari pada tu, dapat tahu pula dari jiran2 yg kononnya rumah sebelah saya tu pusat benda2 tu berkumpul. FYI, dekat sebelah rumah saya yg katanya tempat benda2 tu ada org duduk. Satu family. Tapi diorg takpernah pula buka mulut psl benda2 mistik ni. Jadi kami ignore lah lagi.

Disebabkan kejadian tu juga, saya cerita dkt tunang masa tu. Dia pula buka cerita kata dia pernah ternampak benda yang sama masa dia tengah drive malam balik kerja. Melintas depan kereta dia. Tunang saya ni kerja event management, so mmg sll akan balik tengah2 malam. So kami buat lawak pasal tu, since mak kata aritu bertunang ni darah manis. Kami igt benda tu transfer2 dari saya ke dia. Selepas kejadian masing2 nampak hantu budak tu, dah tak ada apa jadi.

Sampailah...


Pengalaman 2012 - hujung tahun

Saya berkahwin dengan tunang (sekarang suami) pada November 2012. Mcm adat Melayu biasa, kenduri rumah perempuan dulu baru rumah lelaki. Masa kenduri rumah saya, Alhamdullillah semua okay. Tapi masa nak kenduri rumah suami masa tu, ada benda tak sedap jadi.Suami tiba2 jadi pemarah. Asalnya dia marah sebab pihak belah dia mcm endah tak endah majlis kenduri tu. Dia bising dkt family dia masa tu sebab souvenir tak siap packing, penanda jalan nak gantung dkt tepi jalan pun tak siap lagi. Padahal esok tu nak kenduri. Saya nasihatkan dia jangan marah2, tapi dia semacam tak peduli.

Pada hari kenduri, dia mmg ada sewa sound system dari office dia konon2 nak buka lagu lah. Tapi masa tu semua tengah sibuk2 psl kenduri terlupa pasal sound system tu. Saya nampak suami dah takboleh control marah dia. Mmg masam muka dia tak bercakap dengan family dia. Bila kenduri dah habis, dia terus masuk bilik tidur. Saya pun pelik. Saya tegur dia lagi jangan marah2 sbb saya jadi tak sedap hati, baru kahwin ada mcm2 perangai.

Tapi dia terus keluar, masa tu time Maghrib, pergi 7E beli nescafe. Lepastu, tiba2 dia balik dia naik atas pergi dekat mak dia. Masa tu mak dia tengah solat. Saya pula tengah basuh pinggan kt bawah. Bergegar rumah dengar dia tengking2, maki mak dia. Semua orang terkejut. Kemudian jadilah drama keluarga, saudara mara. Tengking menengking antara satu sama lain. Dari dia ke mak dia, ke adik dia sampailah ke abang saudara dia.

Saya tak berani nak masuk campur, dan kebetulan ada saudara dia minta saya duduk je di bawah. Lama juga kejadian tu, sampai bertumbuk lah dia dgn abg saudara dia masa tu.Saya start nangis, sebab dah ketakutan. Kebetulan ada pakcik dia, yg alim, tolong tenangkan keadaan. Tapi sekejap je. Masa diorg bawa dia turun bawah, dia macam kena rasuk. Siap ludah lagi dekat org. Sepak sana, sepak sini. Habis semua org yg pegang dia kena tolak2. Mmg masa tu tenaga dia kuat sangat.

So diorg decide nak bawa pergi Darul Syiffa. Saya ikut sekali, sebab masa tu saya menangis tak berhenti, diorg igt saya pun kena rasuk.Masa dekat Darul Syiffa, ustaz tu kata mmg ada gangguan dekat husband, tapi dekat saya takda. Dia kata mungkin saya tengok husband mcm tu, saya sedih. So saya clean masa tu. Dia berubat kan husband. Dah pulih, kami pun balik rumah.

Malam tu semua org jadi takut, masing2 tidur rapat2, buka lampu. Saya pun jadi takut nak tidur dengan husband. Takut pusing2 tengok org lain pula. Hehe. Tidur pun tak tutup pintu. Tapi Alhamdullillah semuanya okay mlm tu. Cuma husband, masih lagi senyap tak banyak cakap. Saya pun takda nak tanya apa jadi sebenarnya. Sebab partially, saya rasa saya juga salah sbb tegur2 dia waktu dia tengah marah, sblm dia keluar waktu Maghrib tu.

Alkisahnya, semuanya pulih macam biasa sampailah saya baru habis pantang anak yang pertama hujung tahun 2013, setahun selepas tu...

Bersambung, klu ada orang nak baca lagi kisah saya. hihi.

Arissa_Adaj Publish time 17-5-2019 12:57 PM

sila sampung TT... saya minat nak baca

gummygummy Publish time 17-5-2019 01:11 PM

ok tt sambungg

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 01:12 PM

Okay sekejap ye, saya mengarang ayat. :D

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 01:54 PM

Edited by Ayusterrr86 at 17-5-2019 02:01 PM

Sambungan

Tahun 2013 – Hujung Tahun

Saya baru 4 bulan melahirkan anak sulung. Masa ni saya dah dipindahkan tempat kerja ke Melaka, long distance relationship dengan suami. Suami duduk di Selangor, saya duduk di Melaka dengan ayah saya. Ayah tolong jagakan anak sebab katanya cucu pertama, laki pula tu. So dia sayang sangat dkt cucu sulung dia.

Bulan ke empat, betul2 lepas tiga bulan saya cuti bersalin, saya masuk kerja di tempat baru. Masa tu saya belum sah jawatan lagi. Jadi kena pergi training wajib klu nak sah jawatan. Saya daftar training dan dua minggu lepas tu berangkat lah saya ke tempat latihan. Ayah bawa balik anak saya ke KL. Oh ye, ayah dah pencen masa tu, mak belum lagi. So mak dan ayah pun kira long distance relationship.

Saya kena pergi training ni selama 4 (atau 5) hari, tak berapa igt. Yang pasti suami ada cakap nak ambil anak bawa pergi rumah mak dia juga. Maksudnya mak ayah saya dan mak mentua nak jaga anak gilir2. Yelah cucu pertama kan. Masing2 excited.

Sebelum pergi training tu, saya dah dengar macam2 kisah pasal tempat latihan tu. Berhantu katanya. Especially dkt banglo2 besar yg kosong2. Tempat latihan tu mmg besar. Banyak banglo. Dan ada dua hostel. Satu hostel lama, satu hostel baru. Masa nak check in tu, saya dapat hostel baru. Mmg cantik. Tapi sebab dah dgr macam2 kisah, cantik tak cantik, baru tak baru tetap rs seram.

First day masuk bilik hostel tu saya berdua dgn kawan saya, sbb bilik hostel untuk duduk dua org. Tak ada apa2 dlm bilik melainkan katil, meja dan almari. Saya pilih katil yg dekat dgn toilet. Masa letak2 barang, saya terperasan dkt meja yg berlaci tu ada kain bunjut warna hitam. Saya pelik tapi buat tak tahu dan tak sentuh langsung kain tu. Dan bilik tu ada buku Yasin. Yg lagi peliknya bilik kami je ada buku Yasin, bilik kwn2 yg lain takda. Saya fikir mungkin ada orang tertinggal.

Hari pertama tu juga, terus ada latihan dalam kelas, so kami pergi ikut jadual yg ditetapkan. Mmg tak ada apa2 berlaku. Tidur malam pun mcm biasa cuma ada sekali tu bunyi dentuman kuat tengah malam dekat sliding door bilik kami. mcm ada benda nak masuk tapi terhalang. Tapi kami buat tak tahu je la masa tu sebab masing2 dah penat.

Untuk hari kedua, kena pergi buat exercise di luar. So facilitator bawa kami berjalan kaki luar pusat latihan lalu kampung2, masuk balik pusat latihan, lalu depan rumah2 banglo yg kosong. Masa lalu situ, saya mcm agak tertarik tengok rumah2 tu, sebab cantik dan unik. Meremang bulu roma pun ada masa tengok.

Facilitator tu bawa masuk pula satu bahagian hostel naik tangga dari tingkat bawah sampai tingkat atas sekali, dan turun balik sampailah masuk ke kelas semula. Kaki saya dah sakit sgt2 masa tu sebab berjalan jauh dan lama. Lepas makan tengahari dan berehat, sambung semula latihan dalam kelas sampai malam.

Keesokan harinya (hari ketiga), waktu petang ada lagi exercise yg kami kena buat. Exercise yg kena lompat2 atau kasar2 saya tak buat sbb masa tu fikir baru lepas pantang so taknak renyah2 takut jadi apa2. Exercise tu berlarutan sampai ke Maghrib. Mana yg alim2 tu semua da bising, main kat luar bawah pokok2 besar sampai Maghrib. Facilitator masa tu proceed je mcm tak ada apa2. Kaki saya pula makin lama makin sakit dari betis sampai hujung jari. Yelah, tiap2 hari exercise setelah sekian lama tak exercise ;P

Masa makan malam, lepas latihan dalam kelas, saya mengadu dkt kawan sebilik saya yg saya rasa tak sedap badan. Saya cakap saya rasa sedih. Teringat dkt anak. Dalam fikiran saya mcm2 benda bukan2 saya fikir. Siap fikir suami nak bawa lari anak sbb saya takda. Sampai ke situ saya fikir.

Saya ingat lagi, yg ni mmg fresh. Elok lepas saya cakap dkt kawan saya, yg saya tak sedap badan. Saya tunduk. Saya dengar kawan saya tegur "Kau jgn macam2". Lepastu saya menangis. Saya menangis sekuat hati sambil tunduk, saya dah mula bercelaru, kaki saya pun bertambah sakit tiba2. Lagi kuat saya menangis.

Kawan2 dkt meja makan semua terkejut. Masa tu saya dah uncontrollable punya menangis. Diorg bawa saya masuk satu bilik dkt kantin makan tu. Saya mmg igt sangat2 diorg papah saya. masa tu saya mmg takboleh control badan saya sendiri. Tapi saya boleh bercakap dgn diri sendiri. Lagilah saya pelik. Sebab selalu baca klu org kena rasuk, dia tak igt apa2 yg jadi dkt dia.

Tapi tak! Saya igt semuanya. Suara kawan2 cakap suruh igt Tuhan, dan mcm2 lagi semua saya dgr. Tapi saya takboleh nak respond. Diorg panggil ada seorang ustaz dkt situ. Kebetulan ustaz tu suami kepada peserta latihan juga (masa tu baru saya tahu boleh bawa keluarga). Ustaz tolong berubat kan saya. Kawan2 tolong pegang saya. Mmg saya meronta2.

Saya dapat rasa yg saya meronta, menangis pun tak sudah lagi. Tapi pada masa yg sama saya saya pun sendiri tak boleh control badan saya, means, saya taknak meronta tu semua, tapi mcm terpaksa buat juga. Yg buat lagi seram, masa ustaz tu kata "Pergi kau, balik ke tempat asal kau", saya sendiri dengar saya gelak. Gelak berdekah2 dkt ustaz tu.

Masa tu saya siap cakap dlm hati, siapa ni? Saya mmg takdapat buat apa. Saya dengar ustaz tu suruh mengucap lah, sebut nama sendiri lah. Tapi saya memang tak boleh buat semua tu. Yg saya tahu saya gelakkan ustaz. Dalam hati bertambah pelik, klu betul aku kena rasuk kenapa aku sedar semua ni. Dalam masa yg sama badan masih tak boleh control sendiri, mcm seolah2 mmg ada benda lain yg control.

Lama juga berubat dengan ustaz. Saya siap dengar ustaz tu cakap dkt kawan2 "Saya dah agak dah benda mcmni nak jadi. Dari td saya perhatikan benda2 ni dkt pokok masa awak semua tengah exercise tengah gelak2 sama2 dengan awak semua" ustaz sambung lagi..."patutnya sebelum Maghrib tadi dah berhenti main dkt luar" saya pula jadi marah, tapi marah dlm hati la sbb tak boleh nak keluarkan dkt mulut. Saya marah kenapa ustaz tu tak tegur facilitator tu.

Tapi mungkin, dia org luar, bukan terlibat dlm latihan tu, so dia taknak masuk campur. Mcm kita tgk dlm cerita ustaz picit ibu jari kaki la tekan dkt tengkuk belakang la etc. masa org kena rasuk, mcm tu juga lah ustaz tu buat dkt saya. Sakitnya, Ya Allah. Padahal kata kawan, ustaz tu sentuh je pun tak tekan (in before, berlapik ye).

Saya dengar lagi ustaz tu cakap, ada dua dekat dia ni. Satu yg lama, satu yg baru. Ahh sudah, lama baru pula. Apa benda ni...saya meronta dlm hati. "Saya boleh buang yg baru ni je, yg dr pokok td. Yang lama tu, saya takdapat buat, so balik nnt minta dia pergi berubat lagi" dia pesan kepada kawan2.

lepas saya dah pulih, kawan2 yg lain ajak tidur satu bilik. Diorg teman saya dan kawan sebilik saya ambik bantal dan barang2 penting dari bilik kami, tidur dkt bilik diorg.Disebabkan saya masih tak kuat, diorg tak bagi saya pergi bilik air and tengok cermin. Rasa kelakar pun ada bila terfikir jadi dkt diri sendiri.

Tapi mmg masa tu saya akui saya rasa lemah semangat sgt masa tu. Malam tu, saya tidur bawah dengan 2 org kawan, sorang lagi tdo atas katil. Kalini, adoii, mmg tak boleh tidur teringat2 kejadian awal tadi. Yang lagi buat saya lemah semangat, boleh pula ada suara perempuan menyanyi dkt tepi telinga saya. Padahal sebelah saya kawan2 tgh tidur. Saya tidur tengah masa tu.

Makin lama makin kuat dia menyanyi. mmg rasa betul2 tepi telinga. Saya terus bangun kejut kawan yg tidur dkt katil atas, cakap saya nak tidur dgn dia. Mula2 dia keberatan, sbb rupanya dia pun pernah kena mcm saya sebelum2 ni. Katanya takut pula, geng tu bertemu geng dia nnt bergabung meletop juga.

Tapi saya tak peduli, saya cakap saya rasa selesa dgn dia dari kawan2 yg tidur dkt bawah tu. Tapi dalam masa yg sama saya berdoa juga harap2 tak jadilah pertemuan geng2 hantu pula tengah malam ni. Lepas baca semua jenis ayat2 Al-Quran saya sambung tidur sampai ke pagi.

Hari terakhir disitu, ada latihan dalam kelas setengah hari. Saya sempat called husband bagitau apa yg jadi. Dia terkejut tapi suruh saya jangan fikir sgt. Saya tak sabar dah nak balik, sbb benda pertama saya fikir adalah anak saya. Saya minta kawan tumpangkan saya balik ke rumah mak mentua, sebab sebelum ni saya naik van company ke tempat latihan.

Sampai je rumah mentua, saya basuh kaki ambil wudhuk. terus pergi ke anak. Ya Allah rindu ye dia masa tu, anak saya pula dah kenal org, so bila dia nmpk saya tersengih2 dia. Saya tak ceritakan hal yg jadi pada mak mentua. Lepas ambil anak, kawan2 htr pula ke rumah mak.

Dekat rumah mak, kawan2 saya cerita dkt mak apa yg jadi. Mak berubah muka. Bila kawan beransur pulang, niat di hati nak sambung cerita dkt mak apa yg jadi sbnrnya. Mak taknak dengar, endah tak endah. Mungkin dia terkejut sbb first time dia dengar cerita ni. Jadi pula dkt anak dia.

Sebelum kawan2 balik, diorg pun ada pesan kat mak suruh bawa saya berubat cakap pasal benda yg lama ada dkt badan saya tu. Tapi mmg tak pernah pergi berubat pun sbb mak mcm taknak percaya. Dia takpernah pun sebut pasal hal ni. Sebab mak mcm tak kisah, saya lagilah tak kisah.

Alkisahnya sampai lah saya bersalin anak no 2 pada tahun 2014 dan berpantang juga tahun yg sama (hujung tahun juga :funk:) saya kena lagi, gaisss.....:'(

Bersambung...

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 02:07 PM

Seram sejuk pula saya nak menaip walaupun bulan puasa. Sekejap ye saya sambung lagi pada yg nak baca. Panjang lagi ceritanyasbb sampai tahun ni mcm2 jadi. :'(

hatikudus Publish time 17-5-2019 02:12 PM

Ayusterrr86 replied at 17-5-2019 01:12 PM
Okay sekejap ye, saya mengarang ayat.

teruskan tt

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 02:53 PM

Sambungan

Tahun 2014 - Hujung tahun juga ;P

Saya tak pasti kenapa semua kejadian yg berlaku kena hujung tahun. Seolah2 benda tu berehat, lepastu hujung tahun dia sambung kerja. Mungkin dia habiskan cuti dulu. Hehe.

Anak kedua saya bersalin bulan 9 tahun 2014. Mcm sblm ni, saya ambil cuti bersalin 3 bulan. So masa bulan 12 tu saya masih lagi dalam tempoh cuti bersalin. Kejadian ni berlaku dekat rumah mentua pula. Ada cerita peribadi yg saya takboleh nak cerita kan di sini. Tapi cukuplah saya katakan yg saya masih lemah semangat. Sebab tak pernah pergi berubat selepas kejadian 2013 tu.

Saya jenis masa tu takboleh sedih2. klu sedih je saya jadi cepat nak menangis. Kebetulan masa tu saya tengah sedih sebab tengok ada seorang saudara suami tengah sakit. Dia ddk dgn mentua masa tu. Saya pergi tengok dia, suami mula2 tak bagi sebab dia kata "you tu dah lah cepat sgt nak menangis" Akibat suami tak berapa nak redha, ha hambiikk. Kena lagi.

Saya rasa tiba2 sedih sgt. Sayu. Menangis2 saya depan suami. Suami terus pegang saya panggil mak dia. Mak mentua dah panik. Terus bawa saya turun ddk dekat sofa bawah. Anak2 suami saya pegang. Masa ddk dekat sofa bawah tu saya menangis2 lagi, mak mentua terus ambil voice recorder yg dia letak ayat2 suci Al Quran dkt telinga saya.

Makin lama saya dengar saya rasa rimas. Mak mentua peluk saya erat sambil sabar letakkan recorder tu dkt telinga saya. Masa tu saya dah meronta2 sbb saya rasa rimas sgt dengar voice recorder tu. Saya tolak2 tangan mak mentua saya masa tu.

Mcm tahun sebelum ni masa saya kena dulu, saya masih sedar. Saya boleh bercakap dengan diri sendiri dlm hati. Tapi badan mcm bukan hak milik saya dah. Saya siap cakap "ahh sudah, apa lagi ni..." Saya berjaya lepaskan pelukan mak mentua saya, saya lari ddk dkt atas lantai. masa tu mak mentua dgn adik ipar dah pegang saya. Kudrat mmg kuat masa tu saya boleh tolak diorg. Mungkin sbb badan saya pun masih lagi mengembang dan besar.

Tapi ada masa saya tak sedar, yg saya tahu tiba2 mak ayah saya datang rmh mak mentua. Masa tu saya dengar diorg nak bawa pergi darul syiffa. Kalini saya boleh keluarkan perkataan "TAKNAK!" diorg paksa juga, saya kata taknak saya nak balik rumah mak. Pujuk punya pujuk akhirnya mak ayah mengalah, kata "okay kita balik rumah"

Rupanya diorg tipu saya. Diorg bawa saya pergi jumpa ustaz Rashid darul syiffa. Masa tu semua ikut kecuali adik ipar saya sbb dia kena jaga saudara dia yg sakit dkt rmh. Sampai je darul syiffa, saya mmg marah betul2 dkt semua org sbb tipu saya. sbb kononnya kes saya kritikal, saya tak perlu beratur masa tu. Terus skip jumpa ustaz.

Maka bermulalah aksi mengubat. Saya still in denial yg saya kena rasuk lagi. Sbb saya sedar sgt2 ms tu apa yg jadi. Saya masih igt saya didudukkan lepastu ustaz suruh saya bagi salam and bgtau nama penuh. Dah tentu saya taknak. Dalam hati masa tu dah marah sgt2 ckp ni semua bodoh, nonsense dan sewaktu dengannya.

Ustaz dan ustazah masa tu; dua org yg mengubat saya, pegang ibu jari kaki. Saya dengar diorg cakap tak ada dkt sini. Diorg pegang dkt bahagian kaki, diorg kata "Ha sini ada satu" lepastu dekat perut pula ditekannya "Ada lagi sini". Masa tu saya dah meracau2 sakit. Saya tak tahu nak describe sakit dia mcm mana, tapi mmg sakit mcm kena cubit, kena tumbuk.

Tapi sekali lagi saya tekan kan, saya mmg takboleh control badan saya. Tapi saya boleh bercakap dengan diri sendiri. Masa tu saya dah takut. Saya cuba doa dlm hati kuat2, baca2 apa yg patut. Boleh. Tapi tak terkeluar di mulut bilaustaz dan ustazah tanya.

Saya igt lagi saya jerit panggil mak saya "Mama, mama, tolong, tolong" sambil menangis. Saya dgr mak cakap, "mama dkt sini, mama dkt sini". Saya jerit lagi, "Mamaaaa, maamaaaa, tolongggg". Dlm hati sendiri berkata aku ke tu? Klu aku kenapa suara lain? Tapi ye lah kan, jadi benda2 mcmni, mcm2 bunyi boleh dengar padahal suara sendiri.

Masa ni mata mmg kabur2 tak nampak sgt. Mungkin sbb saya rabun so diorg tanggal kan spek saya masa tu. Dengarlah ustaz dan ustazah tu keep on tanya nama penuh apa, nama penuh apa, cuba bagi salam. Lama juga tak boleh nak jawab.

Sampai rasanya benda tu dah keluar agaknya, baru boleh jawab dengan jelas. "Waalaikumusalam wbt." Jawab full okay. So masa tu semua org dah igt okay, dah pulih. Then, ustaz tu suruh bgtau nama penuh. Adoii benda senang je kan, nama sendiri takkan tak tahu. Tapi tidak gaiss...

Sekali rupanya saya gelak. Gelakkan ustaz tu. Punyalah kuat. Dah sudah. Yg saya tahu bukan saya yg gelak, sbb masa tu saya dah prepare nak bgtau nama saya apa. Siapa pula ni? Masalahnya saya sendiri dengar diri sendiri gelak. Tapi masa tu mmg takboleh control badan lagi, yelah dgn org keliling pegang2 lagi. Dah mcm mana nak bergerak.

Saya dengar usztaz tu cakap "Oohh kau tipu aku ye. Berani kau tipu aku". Kali ni lagi kuat dia tekan2 saya. Dlm hati, lagi lama ke kat sini, aku dah tak tahan ni sakit sgt badan2 ni. Sampailah datang ustaz seorang lagi, saya tak pasti ustaz Rashid atau tak. Maksudnya dekat sini ada tiga org tengah mengubat saya. Seorang ustazah dan dua org ustaz.

Tapi yg saya tahu dia lagi garang sbb dia jerkah2 saya. tekan sana, tekan sini. meraung2 saya rasanya seisi rumah/dewan tu dengar. Dlm hati saya rasa malunya. Perlu ditekankan di sini, wlupun benda ni jadi dkt diri sendiri, saya masih tak percaya yg saya kena rasuk. Sebab apa? Sebab klu betul saya kena rasuk, kenapa saya sedar apa org keliling buat. Saya siap doubt diri sendiri, adakah saya sendiri yg mengada2, main2 kan org?

Lepas dah selesai berubat. Katanya benda tu takda (dan benda lama kononnya kat badan saya tu pun dah kena buang) saya balik rumah mak. Masa tu saya mmg dah boleh control badan sendiri sepenuhnya. dah berfikiran waras. cuma masih blur2 fikirkan kejadian tu.

Mak sambung mula buka cerita apa yg jadi. Katanya masa saya gelak2 kan ustaz tu, dia tahu bukan saya, sbb dia cakap suara perempuan lain. Dia kata saya ludah ustaz tu masa tgh gelak2. Okay yg part ni saya mmg tak perasan. Dia sambung lagi dia cakap tenaga saya kuat, sebab saya boleh tolak ustaz yg pegang saya tu (badan dia besar dari saya) mcmtu je. Masa tu habis tudung2 saya buka (diorg pakaikan tudung sbb nak jumpa ustaz). Kiranya mak saya mmg terkejut habislah saya berubah dpn mata dia.Yelah, sebelum ni kan dia tak percaya. Skrg dah jadi depan mata dia baru dia percaya. Barulah mak sungguh2 nak saya berubat betul2 sampailah sekarang, klu nampak saya lain sikit je, dia ajak pergi jumpa ustaz. Mungkin diatrauma.

Tapi saya? Saya masih lagi tak percaya wlupun dah jadi dua kali. Tak tahu lah kenapa. Tak insaf2 masih in denial. Yg pasti tetap jadi lagi 3 tahun kemudian....:'(


Bersambung...

puteribaya Publish time 17-5-2019 03:37 PM

best TT..proceed

hatikudus Publish time 17-5-2019 03:47 PM

nasib baik masa kena tu tt tak apa2 kan anak tt ye...atau masa bersama anak tt

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 04:00 PM

Edited by Ayusterrr86 at 17-5-2019 04:13 PM

Sambungan

Tahun 2015 hingga tahun 2017

Okay dekat part ni takda aktiviti kesurupan dari tahun 2015 hingga 2016. Cuma ada sekali jadi pada tahun 2017, tapi tak teruk sgt masih boleh dikawal. Nnt saya ceritakan satu-satu.

Tahun 2015-2017 saya masih dalam long distance relationship dgn husband. Maksudnya masa ni dah 4 tahun hubungan jarak jauh. Lepas kejadian tahun 2014 tu tak ada apa2 jadi hal2 kena rasuk. Cuma ada kena kacau. Part kena kacau ni saya cerita kat bawah nnt. Saya cerita sikit background saya...

Saya sebenarnya seorang academician. Kahwin betul2 lepas habis belajar tahun 2012 tu. Orang kata, klu belajar tinggi2 ni sll pemikiran moden. Ye la kot saya rasa. Maksud saya dari segi mistik2 ni semua mmg tak percaya sangat lah. Even dah jadi dkt diri sendiri pun masih berlagak lagi kan...

Suami tua dua tahun dari saya. Kahwin terus bunting pelamin, Alhamdulillah. Wlupun masa tu memberontak dkt mak taknak kahwin sbb saya tak ready lagi. Duit gaji first pun belum dapat lagi masa tu. Tapi mak saya ni suka fikir klu umur dah lepas 27 tak kahwin2 lagi nnt org kata andartu pula. Dalam memberontak tu, turutkan juga kata mak. Sbb saya mmg anak yg patuh, rebel dlm diam ;P

Setahun selepas dpt anak sulung, saya dapat anak yg kedua thn 2014 tu. Mak dah minta VSS dan nak ddk dgn saya and ayah di Melaka. Jadi tinggal lah kami 3 beranak sekali dgn dua anak saya. Suami pula on weekends je baru dtg. Saya rasa since kejadian 2014 tu, mak dah tak berani tinggalkan saya dgn anak2 saja. Takut jadi apa2 katanya. Saya pun tak kisah. Dah mmg anak mak berkepit je, lagi saya suka.

Tahun 2015, saya start kena kacau ringan2 dkt tempat kerja. Office saya mmg agak keras. Pukul 5 mmg dah start sunyi, wlupun ada je kelas berlangsung sehingga pukul 6. Tapi selalunya ramai habiskan kelas awal. Kawan2 pun paling lewat balik pukul 530. Lepas pukul 530 tu mmg tak berani sgt org ddk dekat office. Saya mmg balik on time je, melainkan klu ada kelas lewat petang.

Tahun 2015 ni klu tak silap saya, saya baru pindah bilik tapi sll tumpang ddk bilik kawan2. Bilik diorg pula jauh dari toilet. So klu nak ke toilet, kena lalu kelas2 kosong dalam 5-6 kelas. Klu takda kelas berjalan time tu, mmg sunyi je.

Suatu hari tu saya nak ke toilet. Mmg takda rasa apa2. Masuk toilet, tengok takda org. Cubicles pun semua kosong. Saya masuk cubicle last sekali. Masa tengah dlm cubicle tu saya dgr mcm bunyi org masuk pintu depan, dan masuk cubicle yg lain. Lepas tu saya dgr org tu mcm humming. Sedap suara dia , merdu je. Dengan bunyi lenggok dia, mcm lembut gemalai. Lirik tak dengar sbb dia mcm humming saje. Keluar nak basuh tangan saya tengok, ada satu pintu cubicle bertutup. Dlm hati, okay manusia.

Esok tu, pergi toilet yg sama lagi. Tapi waktu berbeza lah. Pergi dengan kawan. Nak ambil wudhuk solat asar. so sebelum ambik wudhuk tu masing2 masuk lah cubicles pergi buat "business". Saya dengar lagi bunyi orang menyanyi, tapi kali ni ada lirik. Cuma saya tak dapat tangkap dia nyanyi lagu apa. Yg saya pasti bunyi dia mcm lagu tradisional Melayu. Lagu orang zaman dulu2. Masa tu saya igt, oh kawan saya kot menyanyi.

Kami keluar serentak dari cubicles tu. Saya gelakkan dia cakap "Amboii senang hati nampak menyanyi2." Dia pandang saya, "eh kau ni da kenapa. bila masa pula akak menyanyi". Ah sudah. Apa pula kali ni? Ingatkan dah tamat kisah. Saya tanya dia lagi "eh bukan akak ke yg nyanyi? igtkan akak..." dia jawab "takda kerja lah akak nak menyanyi dalam toilet' (kebetulan dia mmg alim, suami pun ustaz so bila dia cakap takda kerja dia nak menyanyi saya mcm setuju juga, takkan orang mcm dia nak menyanyi dlm toilet kan?)

Masa tu masing2 pun dah cuak. Dah la dalam toilet. Untuk pengetahuan toilet tu ada tiga saja cubicles. So klu saya dan kawan dah masuk dua cubicles, makanya ada lagi satu kosong. Dan kebetulan juga yg kosong tu tempat yg saya dengar org humming sblm ni. Apa lagi, ambil air wudhuk laju2 dan terus keluar. Lepas je solat, saya dgn akak tadi borak. Dia tanya saya "kau dengar apa tadi sbnrnya?" Saya jawab "dengar akak menyanyi lah, mcm seronok je dengar". "ish...bukan akak lah, kau biar betul" "iye betul kak. kuat nyanyian tu. tu saya igt akak. sbb kita berdua je dlm toilet tu" saya jawab balik.

Dan kami buat keputusan utk balik cpt dan ignore apa benda yg jadi. Kali ni aku berdoa dlm hati, Ya Allah, jgnlah jadi lagi. Serikk.

Igtkan tamat di situ saja. Rupanya ada lagi selang beberapa bulan kemudian....masa tu minggu final exam. so semua kat situ of course lah busy marking itu, ini. Nak dijadikan cerita, saya nak pergi jumpa colleague dkt level bawah. Naik lift, turun pergi bilik dia. Sampai bilik dia, rupanya dia tak sampai office lagi. Text dia tanya di mana. Dia kata kejap dia tengah parking kereta.

So saya decide nak ddk dkt foyer luar, depan kelas2 kosong. Kebetulan ada kerusi luar tu. Mmg takda orang sbb dah final exam, kelas pun dah habis. Time pukul 9 pagi. Tunggu tak sampai dua minit sambil main hp, tiba2 dgr suara org menyanyi lagi. Ya Allah. Dugaan. Suara yg sama saya dgr sebelum2 ni. Mcm biasa lirik mmg tak dengar bait2 apa yg dia nyanyikan. tapi irama tu, mmg lagu klasik melayu! Kalini mcm sebelah kita aje...

Terus toleh ke arah suara tu. Takda siapa. Ah sudah. Siapa pula ni? Makin lama makin kuat. Tapi suara dia mmg sgt sedap dan merdu. Tiba2 dengar pintu lift terbuka, masa tu dah happy kawan dah sampai. Dan suara tu pun tiba2 berhenti. Sekali keluar lift, tengok org lain. Dia senyum pada saya, saya pun senyum balik. Lega. Mungkin tah2 dia yg nyanyi. Wlupun mcm tak logik dia nyanyi dlm lift dengar sampai ke luar lift. Tapi fikir positif.

Elok dia masuk bilik. Suara tu datang balik. Masa tu mmg dah start berdebar2. Tak senang duduk. Sebab suara dia makin lama makin kuat mmg betul2 rasa dkt sebelah. terus saya bangun ddk depan bilik kawan yg saya tunggu tu. Dan masa ni tepat on time kawan saya sampai. Tapi saya tak cerita apa2 dkt dia.

Dah selesai urusan, saya naik atas ke bilik saya. Saya cerita kan pada kawan2 apa yg jadi. Semua panik. Ye la, seram kot dgr suara menyanyi mcmtu sorg2. Masing2 tak keruan. Kebetulan nak dekat tengahari, diorg decide nak pergi lunch. Saya kata tak apa saya dah tapau. So ddk lah saya sorg2 dkt bilik. Dan masa tu saya confirm tak ada org dkt level saya, sbb semua kawan2 kt level tu pergi keluar lunch sama2 td.

Dia datang lagi...

Kalini dia tak menyanyi. dia main kertas dan stapler pula. Adoii. Masa tu nak angkat kaki pun berat. Nak keluar bilik pun takut ye lah, mana tahu kan keluar bilik nnt ttba dia tggu dkt depan. Makin lama makin kuat bunyi stapler tu dgn kertas. Mcm kita ambil satu rim A4 paper nak siap2kan masuk ke dalam machine photocopy. Dihentak2kan ke meja mcm konon nak bagi kemas, tersusun (harap korg boleh imagine yg part ni).

Saya terus whatsapp kwn2 yg keluar makan tu lambat lagi ke nak balik? Diorg tanya kenapa? Saya terus terang cakap, ni haa dekat bilik M (bukan nama sebenar), ada main2, acah2 ni...cepatlah saya dah takut. Diorg reply, okay tunggu kejap. Tapi dia punya kejap tu rasa mcm berjam2. Dan bunyi2 tu tak stop langsung. Makin rancak dia stapler kertas2 tu agaknya. Saya dah rasa nak menangis. Kenapa bunyi tu kuat didengar? Sbb kami punya dinding office bukan dinding batu. dia mcm dinding partition kayu nipis yg memisahkan antara bilik dgn bilik yg lain. Klu diorg bersembang2 mmg boleh dengar.

sambung balik...tapi bila fikirkan pengalaman menangis2 dulu, terpaksa kuatkan semangat. minta simpanglah benda2 ni jadi lagi sekali. baru nak pulih ni. tiba2 dgr pula org tgh struggle nak buka pintu. Ya Allah...dia nak masuk pula dahh. Takboleh jadi ni. Saya terus call salah sorg kwn saya.

Nasib baik....

Rupanya diorg yg tengah nak buka kunci pintu bilik. Terus saya bangun buka kan pintu. Mmg betul diorg, dan saya mmg lega gilaaa. Saya ceritakan balik apa yg jadi. Dalam masa satu hari saya kena kacau. Diorg advice suruh pergi berubat balik.

Lemah betul saya rasa...asyik nak pergi berubat je. Bila nak pulih ni?



Bersambung. Nanti saya sambung malam pula ye. Apa kejadian yg jadi lepas tu. Nak balik dah pergi bazaar Ramadhan ;P

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 04:05 PM

puteribaya replied at 17-5-2019 03:37 PM
best TT..proceed

malam nnt saya sambung ye kejadian seterusnya

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 04:08 PM

hatikudus replied at 17-5-2019 03:47 PM
nasib baik masa kena tu tt tak apa2 kan anak tt ye...atau masa bersama anak tt

Ye betul. masa tu anak2 mmg dgn saya dan suami. Alhamdulillah, diorg tak kena apa2, saya pula masa tu tak igt anak2 dah. saya mmg mcm dlm dunia lain, fikir diri sendiri je. tak igt pun ada anak2 masa tu. cuma masa tu lepas saya dah pulih tu, anak2 saya taknak dkt saya. bila saya dukung ke pegang diorg ke diorg menangis, yg sulung tu siap lari dari saya. Masa tu saya pelik juga sbb igt dah keluar abes, dah tu kenapa anak2 saya taknak dkt saya pula. :'(

hatikudus Publish time 17-5-2019 04:14 PM

Ayusterrr86 replied at 17-5-2019 04:08 PM
Ye betul. masa tu anak2 mmg dgn saya dan suami. Alhamdulillah, diorg tak kena apa2, saya pula masa ...
anak2 tt dpt rasa "sesuatu" kat tt kot, lagipun anak2 kecik ni sensitip, diorang boleh rasa atau nampak apa yg org dewasa tak nampak

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 06:21 PM

hatikudus replied at 17-5-2019 04:14 PM
anak2 tt dpt rasa "sesuatu" kat tt kot, lagipun anak2 kecik ni sensitip, diorang boleh rasa atau n ...

Betul tu. sebab anak no 3 saya mcm boleh nampak juga. kdg2 tiba2 dia akan tundukkan pandangan dia ke bawah, buat keras dia. bila tanya kenapa, dia cakap monster sambil tunjuk ke arah mana yg dia nampak. tapi dia tak angkat muka dia. :dizzy:

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 07:15 PM

Sambungan. Buat awal sikit sebab nak habiskan cerita. ;P

Bersambung kisah tadi. Sejak saya kena kacau dkt office, saya jadi lagi penakut. Akhirnya saya terpaksa akui benda2 mistik mcmni wujud. Saya taknak tinggal sorang2 dekat rmh. Klu mak dgn ayah kata diorg nak balik KL, saya mesti nak ikut. Sanggup ambik cuti semata taknak ddk, tidur dkt rumah Melaka sorang diri. Cuma kadang2 tu terpaksa juga tambah2 klu tgh2 semester berjalan, tak boleh cuti. Padahal rumah saya sewa tu kecik je. Ada dua bilik, satu bilik air. Masuk ruang tamu dah nampak bilik2 dan dapur. Patutnya takdalah takut mana.

Dan rumah tu berada di jalan utama, mmg byk kereta lalu lalang sampai non stop. Rumah jiran sebelah pula setiap jumaat mesti merewang dkt luar rumah, sbb pakcik tu buat catering, jadi sll bising2 dgr org bersembang. Klu fikir normal dan positif, buat apa nak takut. Tapi saya tetap takut. Klu terpaksa juga duduk sorg2, habis segala lampu, tv saya bukak. Klu bukak tv, make sure takda cerita hantu yg keluar. So saya tengok siap2 dkt astro guide lepas ni cerita apa.

Masa tahun 2015 tu saya mengandung lagi, anak ketiga pula, tepat anak kedua saya masuk 1 tahun. Mak kata kau ni kerja mengandung saja ;P tapi dah rezeki kan. Sejak dapat tahu mengandung, saya morning sickness teruk. Tahap teruk sampai masuk wad. Start dari tu saya perasan diri saya berubah. Personality wise. Jadi panas baran, pendiam, taknak keluar rumah, klu keluar pun pergi kerja saja , malas mandi dan mcm2 benda saya jadi malas (sorry, tp true story). Saya fikir sebab saya morning sickness teruk. Kerja saya nak tidur je. Klu tak tidur pun nak baring je. Anak2 pun tak terjaga. Nasib mak ayah ddk dgn saya. Klu tak tahulah jadi apa.

Masuklah ke tahun 2016, saya bersalin anak ketiga, berpantang rmh mak di KL. Lepas bersalin saya start dengar balik mcm2 dkt telinga saya. Tapi saya bersyukur masa tu takda dengar butir2 apa org tu cakap. Cuma saya tahu mmg ada org berbisik2 dkt telinga saya. Lupa saya nak cerita masa berpantang anak yg kedua tahun 2014 dulu, saya punya stress saya pernah tolak anak saya yg baby masa tu dari ribaan saya sbb dia asyik menangis saja. Mujur suami ada masa tu. Kejadian ni jadi sebelum saya kena rasuk.

So masuk anak ketiga, saya lebih berhati2 dengan emosi saya sebab takut jadi balik benda yg sama. Alhamdulillah. Tak jadi apa2. Melainkan suara2 yg saya dengar tu dkt telinga, tapi sbb bunyi dia samar, saya buat bodoh je lagi. Klu tidur malam, suami belum balik dari kerja, saya sll dengar bunyi2 dkt atas syiling. Masa tu fikir, hantu budak yg lompat2 dulu tu ke? Tapi tetapkan hati juga, fikir positif, tikus kot.

Satu hari, family mentua bawa anak yg sulung keluar. Masa diorg hantar anak yg sulung balik, waktu malam, adik ipar ada tangkap gmbr anak saya dlm kereta. Lampu dalam kereta terbuka masa tu. Then dia hantar gambar tu ke suami, dia tulis “kau nampak tak ni?” Dalam whatsapp tu suami tanya “nampak apa?” adik ipar replied sambil hantar gambar yg sama, tapi dibulatkan dkt suatu tempat. HANTU! Berderau darah saya. Hantu budak tu. Mmg susuk tubuh mcm budak. Rambut kerinting, kembang. Tapi muka dia tak jelas. Betul2 dkt luar kereta bahagian cermin belakang. Depan rumah mak saya.

Saya tanya suami saya, saya cakap saya takut. Dia balas “haa tu lah siapa suruh curi2 tengok hp org”. Mmg saya sbnrnya curi2 tgk hp dia saja2, lepastu menyesal lah pula. Bila dah tahu cerita ni, saya bagitau mak dan ayah. Mak dan ayah minta husband tunjuk gambar. Diorg pun rasa mmg benda tu, tapi diorg gelak2, kelakar katanya. Diorg tak tahu saya mmg dah cuak sgt. Saya siap sanggup kejut husband teman pergi toilet tengah malam. Sebab toilet tu dkt area dapur kawasan yg saya first nampak hantu budak tu dulu. Takut pula klu dlm toilet tu tiba2 dia ketuk tingkap toilet.

Sejak dari nampak gmbr tu, hati saya mmg tak tenang. Mudah terperanjat. Bila terperanjat, saya akan bad mood satu hari dengan orang yg bagi saya terperanjat tu. Tadikan saya cakap saya jadi panas baran, mmg panas baran tu tak berkurang langsung even dah bersalin. Mungkin juga sebab dah ada tiga org anak kecik. Menyinga je kerja, tangan pun laju je cubit2 anak. Dan saya tetap mcm sblm bersalin, tak keluar rumah melainkan pergi kerja. Saya menyendiri. Nak keluar dgn parents dan suami pun taknak, apatah lagi dgn kawan2.

Sampailah kami pindah ke rumah yg dibeli sendiri pada tahun 2017. Excited. Mcm2 kami buat dkt rmh tu. Tapi silap kami, masa masuk rumah baru takda pagarkan rumah. Habis kuat pun mak pasangkan surah Al-Baqarah je dlm rumah.2 bulan ddk rumah baru takda apa2, so saya fikir mungkin surah Al-Baqarah tu saja dah mencukupi.

Then, tiba2 saya jadi mcm orang lain. Orang pertama yang tegur nampak saya lain ialah akak yg masuk toilet dengan saya tahun 2015 dulu. Yg saya igt dia menyanyi dalam toilet masa tu. Dia tanya saya "awak okay ke ni?" saya jawab "okay je kenapa, kak?" dia balas "akak tengok sekarang awak mcm dah lain je" sebab skrg ni saya cepat rimas org cakap banyak2, saya jawab "tak ada apalah". Akak tu tengok je saya...

Bersambung lepas buka puasa.

Orgkgdukobesi Publish time 17-5-2019 07:51 PM

Menarik cerita tt. Sila buat sambungan bila ada kelapangan

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 08:22 PM

Orgkgdukobesi replied at 17-5-2019 07:51 PM
Menarik cerita tt. Sila buat sambungan bila ada kelapangan

saya dah taip siap2 sebenarnya. sekejap saya copy paste masuk dalam ni. :loveliness:

Ayusterrr86 Publish time 17-5-2019 08:28 PM

Sambungan

Bila akak tu dah tegur saya, saya jadi marah sebenarnya kenapa dia tahu saya dah lain. Seboleh2nya saya taknak orang tahu saya dah lain, melainkan diri sendiri. Saya jadi makin menyendiri. Kalau balik kerja tu, dah mandi solat semua saya, berkurung dalam bilik sorg2. Lagi best klu dalam gelap. Saya jadi alahan dengan lampu. Jarang sangat2 buka lampu dalam bilik, melainkan lampu tidur yang malap. Dengan anak2 lagi lah, bertambah jarang nak bermesra, bergurau senda. Kerap kali juga saya tak layan anak2 berborak. Pegang, cium diorg pun saya taknak. Saya rasa anak2 saya sgt annoying. Merimaskan. Kalau husband balik waktu weekends, saya lepaskan semua dekat dia.Saya baring je most of the time dalam bilik. TV pun tak tgk.

Bila dkt tempat kerja, akak tu kept on tanya update pasal saya. Katanya tak sedap hati tengok saya jadi kurang bercakap. Dia offer saya untuk berubat dengan husband dia. Kebetulan husband dia seorang ustaz di sebuah jabatan agama islam negeri dan juga buat kerja sampingan mengubat orang2 sakit mistik ni. Saya cakap “okay, nantilah bila dah ready” Lama juga dkt sebulan lebih saya mengelak nak berubat rawatan Islam. Sebabnya saya taknak tiba2 ustaz tu cakap “ye ada benda kat badan awak”. Taknak dah dengar benda2 tu semua. Tak larat dah nak melayan benda2 nonsense mcmni, terdetik dekat hati saya. Masih tak insaf.

Tapi saya tak tahan dah dengan perangai diri sendiri. Klu marah, bantai anak2 tu tak igt dunia. Mcm orang hilang akal. Again, bersyukur mak dan ayah ddk dengan saya lagi. So diorg selalu tegur. Bila diorg tegur, saya rasa bersalah. Tapi saya tetap buat lagi, bila saya rasa anak2 annoyed saya dengan benda remeh temeh.

So saya jumpa akak tu balik, kata saya dah ready. Akak tu ibarat sujud syukur lah dengar. Saya pula mmg baik sgt2 dengan dia so saya rasa terharu dia sudi tolong. Dia kata nanti dia bagi nama penuh saya pada husband dia. Saya tak tahu mcm mana ustaz tu berubat orang, tapi yg saya tahu dari nama saja dia dah boleh tahu ada benda tak kena pada saya. Dia kata ada menumpang di belakang saya. Sebab tu saya selalu sakit belakang. Ya, saya mmg sll sakit belakang. Terutama dkt bahagian bahu dan shoulder blades. Tapi saya takpernah bagitau sesiapa pun. Saya igt sbb saya suka baring dan tidur sbb tu jadi mcmtu.

Ustaz kata nnt dia nak dtg tengok rumah. Hari yg dijanjikan, dia datang dengan isteri dia. Masa tu hanya saya, mak dan anak2 saja ada di rumah. Sebab ayah ada urusan di tempat lain dan husband pula kerja (bukan waktu weekend). Sebelum dia masuk rumah, dia jalan tepi2 rumah yang ada kawasan lapang. Lama juga dia berjalan luar rumah tu. Then dia minta izin masuk.

Elok masuk, dia duduk. Dia borak2 dengan saya dulu benda2 biasa. Bila dah ready nak berubat, dia minta saya duduk dkt satu kerusi. Jarak jauh sikit dari dia. Kalini berubat dengan dia, takda pegang2 tekan2 mcm saya alami dulu. Yg saya nampak dia terkumat kamit bacakan sesuatu dan tangan dia bergerak2 mcm tengah buang sesuatu. Tak lama sekejap saja. Habis tu, terus saya rasa badan saya ringan sgt. Tak berat mcm dulu, sakit belakang pun hilang.

Dia cakap saya lemah semangat sgt. Dia minta saya usaha kuatkan juga semangat. Dia ajar saya amalan2 yg kena buat antaranya zikir Astagfirullah, Alhamdulillah, Lailahaillallah dan ayat2 Al quran apa yg saya kena baca. Kemudian dia bangun minta izin nak jenguk2 setiap bilik dalam rumah. Dekat rumah ada 4 bilik. Bilik pertama dia pergi adalah bilik mak dan ayah saya, belah belakang. Pelik juga kenapa dia tak pergi bilik saya dulu. Sbb bilik saya yg pertama sekali.

Sampai depan bilik mak ayah, dia tak masuk. Dia ddk dpn bilik saja. Dia cakap dkt mak “dalam bilik ni banyak sangat, saya tak mampu nak buang semua ni malam ni sebab dah habis tenaga. Apa yang saya minta, makcik dengan pakcik nanti tolong buang barang2 yg tak sepatutnya ada dalam bilik ni.” Tapi masa tu dia taknak cakap terus terang apa barang2 tu sebab katanya nnt klu dia bagitau benda yg mengganggu saya tu lari pergi tempat lain. Mak dah buntu. Mcm mana nak tahu nak kena buang apa klu ustaz tu tak bagitau apa?

Dan sebenarnya benda2 tu adalah:

1)        Batu-batu sungai
2)        Tali hitam
3)        Pisau belati (yang ni ayah beli dkt kedai souvenir masa melancong ke Bandung)

(Ni dapat tahu melalui kiriman whatsapp lepas saya tanya banyak kali dkt ustaz tu apa barang2nya. Sebab bila kami buang barang yg kami rasa suspicious, ustaz kata bukan. Ada lagi, selagi tak buang takboleh pagar rumah. Akhirnya dia bagitau juga apa barang2 tu lepas buang barang2 yg tak berkenaan).

Lepas pergi bilik mak, dia pergi bilik mainan anak2 dan bilik saya buat library. Dekat dua bilik ni tak ada apa2, melainkan kena ambik semua mainan anak2 rendam dgn air garam satu hari dan basuh. Ok, no problem. Akhir sekali, ke bilik saya. Mcm dekat bilik2 lain, dia tetap tak masuk. Berdiri depan pintu je. Dekat bilik saya dia cakap “Bilik ni suram saja kan. Mcm awak rasa suram dan sedih dengan diri sendiri sebelum ni”. Dah, berdebar saya. Mcm mana nak tidur malam ni. Tak berani lah.

Dia cakap “awak ada simpan duit syiling lama. Buang semua duit syiling lama yg awak simpan. Cari sampai jumpa. Buang habis semuanya.” Alamakkk, duit apa pula saya simpan ni? Bila masa pula saya jadi old money collector? Nak cari pula satu2 syiling tu. Takkan sampai bawah katil nak kena tengok? Tapi saya ye kan aje kata ustaz tu.

Dah selesai, mak jamu air kepada tetamu. Ustaz dan kawan saya pun berangkat pulang. Dengan pesanan tegas lagi sekali, buang semuanya yg dia cakap. Da buang bagitau dia, nanti bertemu di set kedua, bawa ayah dan husband sekali jumpa dia…


Bersambung

nefnefnef Publish time 17-5-2019 09:21 PM

Terbaik TT. Nanti continue bebila free ya
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Pengalaman mistik 2012 sehingga sekarang


ADVERTISEMENT