seribulan Publish time 15-5-2019 06:11 PM

Di Malaysia, lelaki melebihi perempuan...


{:1_552:} sebelum ni mitos ke hapa?

32.66 juta di Malaysia, lelaki melebihi perempuan:


Penduduk di Malaysia yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2019 dianggarkan berjumlah 32.66 juta, dengan penduduk lelaki melebihi perempuan, demikian menurut Perangkaan Demografi bagi suku tahun pertama 2019.


Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penduduk lelaki yang dicatatkan dalam tempoh itu berjumlah 16.86 juta, berbanding penduduk perempuan seramai 15.80 juta.


"Nisbah jantina adalah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini mengenai laporan perangkaan demografi itu.


Beliau berkata daripada 32.66 juta penduduk itu, sebanyak 29.31 juta adalah penduduk warganegara manakala 3.35 juta bukan warganegara.


Selangor mencatatkan komposisi penduduk tertinggi iaitu 6.54 juta orang manakala Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu 92,640 orang, katanya.


Jumlah penduduk yang dicatatkan pada suku tahun pertama 2019 itu meningkat 1.1 peratus berbanding 32.29 juta pada suku tahun pertama 2018, katanya.


Menurut Mohd Uzir, bilangan penduduk berumur bawah 14 tahun (umur muda) turun daripada 7.71 juta pada suku tahun pertama 2018 kepada 7.69 juta suku pertama tahun ini, manakala penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) pula meningkat daripada 22.51 juta kepada 22.80 juta bagi tempoh sama.


Bilangan penduduk umur tua (65 tahun dan lebih) pula meningkat daripada 2.07 juta kepada 2.17 juta bagi tempoh yang sama, katanya.


"Trend yang ditunjukkan ini adalah selari dengan negara-negara maju iaitu negara ke arah penuaan penduduk," jelasnya.


Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata sebanyak 116,850 kelahiran hidup direkodkan pada suku pertama 2019 manakala sebanyak 42,647 kematian direkodkan dalam tempoh itu.


- Bernama

fahdramli Publish time 16-5-2019 09:36 AM

Betol tu. Lelaki lebih ramai. Tapi rami jugak lelaki memilih utk jadi perempuan jadian. Tu yg nampak perempuan lagi banyak padahal ramai yg tiruan tu.

seribulan Publish time 16-5-2019 10:44 AM

fahdramli replied at 16-5-2019 08:36 AM
Betol tu. Lelaki lebih ramai. Tapi rami jugak lelaki memilih utk jadi perempuan jadian. Tu yg nampak ...

Selama ni kononnya perempuan katanya lebih ramai :)

seribulan Publish time 17-5-2019 12:22 AM

Ramai yang di Serenti jugak ni...

@fadhramli @aleX_S @MeghanK @KILL_NANCY @AlterEgo @kuihbakar

@Foxey @matkpop @hibernation @fixit @ipes2 @idakamaruddin @sitisenyum

kuihbakar Publish time 17-5-2019 06:10 AM

Tapi kenapa kalau kat mana2 kita nampak orang perempuan lebih ramai dari lelaki ya. Kat sekolah, kat IPT ....

seribulan Publish time 17-5-2019 01:29 PM

kuihbakar replied at 17-5-2019 05:10 AM
Tapi kenapa kalau kat mana2 kita nampak orang perempuan lebih ramai dari lelaki ya. Kat sekolah, kat ...

Ladies excel in their studies :)

kuihbakar Publish time 17-5-2019 01:40 PM

seribulan replied at 17-5-2019 01:29 PM
Ladies excel in their studies

Kihkihkih....

KILL_NANCY Publish time 17-5-2019 04:10 PM

statistik dari bancian .... bukan dari kenyataan "perempuan lebih ramai daripada lelaki pada akhir zaman".

t_hahahaha Publish time 18-5-2019 02:25 AM

tak sangka kan.punya la selama ni anggap wanita ni lebih ramai di Malaysia. siap kekonon nk suruh lelaki kawen reramai..ahh

seribulan Publish time 19-5-2019 12:15 PM

t_hahahaha replied at 18-5-2019 01:25 AM
tak sangka kan.punya la selama ni anggap wanita ni lebih ramai di Malaysia. siap kekonon nk suruh le ...

Tahu tak pe :)

united_holland Publish time 19-5-2019 08:33 PM

t_hahahaha replied at 18-5-2019 02:25 AM
tak sangka kan.punya la selama ni anggap wanita ni lebih ramai di Malaysia. siap kekonon nk suruh le ...

Tuh laa kan..

auntyjems Publish time 19-5-2019 09:42 PM

t_hahahaha replied at 18-5-2019 02:25 AM
tak sangka kan.punya la selama ni anggap wanita ni lebih ramai di Malaysia. siap kekonon nk suruh le ...

Hahahhhaha

Sazida Publish time 19-5-2019 11:25 PM

patutlah ramai geng kunyit. :funk:

MawarKelabuAsap Publish time 21-5-2019 03:07 AM

Betullah lelaki lebih ramai dari perempuan. Tapi yg kita nampak di universiti, sekolah, pejabat, hospital mmg perempuan yg lebih banyak. Cuba tengok waktu sembahyang jumaat dgn sembahyang raya. Kan banyak jemaah lelakinya :$

skywalker949 Publish time 21-5-2019 09:04 AM

fahdramli replied at 16-5-2019 09:36 AM
Betol tu. Lelaki lebih ramai. Tapi rami jugak lelaki memilih utk jadi perempuan jadian. Tu yg nampak ...

;P suka respond ni

skywalker949 Publish time 21-5-2019 09:05 AM

seribulan replied at 16-5-2019 10:44 AM
Selama ni kononnya perempuan katanya lebih ramai

tu la..rasanya sebelum ni asyik cakap pempuan lagi ramai.. rupanya skang da terbalik lak..

skywalker949 Publish time 21-5-2019 09:07 AM

MawarKelabuAsap replied at 21-5-2019 03:07 AM
Betullah lelaki lebih ramai dari perempuan. Tapi yg kita nampak di universiti, sekolah, pejabat, hos ...

;P;P;P time jumaat memangla lelaki jeeee

nadna Publish time 21-5-2019 10:33 AM

Ramai tapi tersembunyi tak nampak

MawarKelabuAsap Publish time 21-5-2019 01:02 PM

skywalker949 replied at 21-5-2019 09:07 AM
time jumaat memangla lelaki jeeee

Hihihihihihi

MadameOnion Publish time 21-5-2019 01:41 PM

yang menambahkan bilangan tu wanita berloceng barangkali
Pages: [1] 2 3
View full version: Di Malaysia, lelaki melebihi perempuan...


ADVERTISEMENT