Kaki_Coret Publish time 14-5-2019 11:12 AM

Shatirah Amanda mahu jadi idola remaja

Masalah gejala sosial yang semakin meruncing membuatkan penyanyi baharu, Shatirah Amanda ingin memberi contoh baik kepada peminatnya, terutama remaja.
Shatirah, 19, berkata dia memahami jiwa remaja yang ada masanya memberontak, namun pergolakan itu dapat diatasi dengan bimbingan dan inspirasi daripada rakan sebaya, selain keluarga.
“Saya faham jiwa remaja yang mahu mencuba semua perkara. Sebagai penyanyi, saya mempunyai tanggungjawab tersendiri dan berusaha memberi contoh yang baik kepada rakan sebaya.
“Saya berusaha untuk tidak melakukan perkara yang memalukan diri dan keluarga. Selain menjaga kelakuan dan disiplin, saya juga sentiasa hormat orang sekeliling.
“Saya mahu menjadi penyanyi yang memberi inspirasi kepada anak muda dengan membina imej baik di mata masyarakat,” kata penyanyi yang mempertaruhkan single pertama, Gula-Gula.
Shatirah berkata, menjadi selebriti bermakna dirinya tidak terlepas daripada jerat kontroversi. Namun, perkara itu tidak sedikit pun membuatkan dirinya gentar.
“Saya berpegang pada prinsip, jika tidak salah, kita tidak perlu takut. Apa yang saya perlu takut adalah perlakuan diri kerana ada masa, kita tidak sedar membuat kesilapan.
“Saya sering berkongsi hal peribadi dengan ibu bapa dan di antara kami tiada rahsia. di antara kami. Andai nanti ada isu yang berbangkit, saya tidak perlu takut kerana mereka sudah tahu,” tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Shatirah bersyukur diberi peluang bekerjasama dengan komposer hebat iaitu Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham menerusi single pertamanya.
“Semestinya, saya teruja apabila lagu saya dihasilkan komposer hebat. Pengurusan saya, Rocketfuel Entertainment juga bersungguh-sungguh mempromosikan single ini, termasuk menghasilkan video muzik yang hebat.
“Peluang yang diberikan ini akan saya gunakan sebaik-baiknya untuk memperkenalkan nama dan bakat,” katanya.
Pages: [1]
View full version: Shatirah Amanda mahu jadi idola remaja


ADVERTISEMENT