Ramadan Special: KFC Indonesia Hidang Menu Kulit Ayam Goreng , Warga Malaysia Pu
Peminat KFC seluruh dunia sering membahaskan bagaimana hendak memaksimumkan pengalaman makan ayam goring di restoran segera itu; Adakah makan kulit ayam goreng yang rangup itu dahulu atau asing dan dimakan kemudian? Atau adakah kulit ayam perlu dibuang atas faktor kesihatan?https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/13/201848cc4pvczp6mbpp5mw.jpg
Kredit foto: Carian Google
Bulan Ramadan ini, KFC lndonesia menunaikan permintaan ramai apabila mula menjual menu istimewa kulit ayam goreng yang rangup.
Menu baru itu diumumkan di Instagram KFC Indonesia pada Sabtu lalu. Mulai dijual dengan harga RP13,636 (RM3.95), menu itu hanya boleh didapati di enam premis KFC sekitar Jakarta iaitu MT Haryono, Salemba, Cideng, Kemang, Kalimalang, dan Kelapa Gading.
https://www.instagram.com/p/BxUXEc_FaJ6/?utm_source=ig_web_copy_link
Berita itu disambut dengan penuh gembira oleh netizen Indonesia. Seorang peminat KFC berkata, dia paling tidak tahan dengan godaan kulit ayam goreng KFC ini.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/13/202101fuulawzl4zfnkojn.png
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, beberapa netizen yang sudah tidak sabar untuk merasa menu baru itu kecewa kerana restoran yang mereka kunjungi kehabisan stok.
'Saya berbaris panjang, kemudian diberitahu dah habis, katanya KFC Kalimalang tidak ada stok sejak Maghrib lagi,' kata seorang netizen mengadu kepada @KFCINDONESIA.
Ada juga yang mengeluh kerana rasanya terlalu masin dan saiznya yang terlalu kecil, tidak berbaloi dengan harganya.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/13/202126j8lbezx4v5yktb68.png
Kredit foto: Twitter
Pengumuman itu juga menyebabkan ramai penggemar KFC di Malaysia cemburu dan inginkan menu sama ditawarkan. Mereka beramai-ramai mengulang kicau pengumuman KFC Indonesia dan mendesak KFC Malaysia menawarkan menu yang sama.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/13/202125ppxs2qq9i3pl3pqq.png
Kredit foto: Twitter
Persoalannya, adakah menu ini bakal mendapat sambutan yang sama hangatnya jika ditawarkan di KFC Malaysia? - CARI 'My mouth says YES but my artery says NO' Lemak!:lol: Sedapppp tapi lemakkkk oooh my feveret..{:3_87:} Lemeksss la acik sekalian Kolestrol......memang tak lah iols nk makan benda2 mcm ni.. Sy makan kalau dia part of the KFC isi ayam yg dibeli
Bukan sesaja nak beli utk kulit je eeww kolestrollll klu nak makan kulit ayam rangup pergilah boat noodle. Aku tak makan kulit ayam huks rina0602 replied at 14-5-2019 12:45 PM
klu nak makan kulit ayam rangup pergilah boat noodle.
yg ni betul.asal pg jer mst ada selit oder:lol::lol:
ikanmasin replied at 14-5-2019 01:28 PM
yg ni betul.asal pg jer mst ada selit oder
adoi, teringat pulak posa2 ni ;P
rina0602 replied at 14-5-2019 05:31 PM
adoi, teringat pulak posa2 ni
sabar2x:lol:;P
Tak sanggup nak makannya.. Seksa arteri iols.. Citarasa masing2.. tp yg penting berpada2lah Ni kalau anak iouls tahu confirm order satu x cukup. Dia sejenis "bolot" kerak kfc. Selalu isi dibiar togel je dalam pinggan. Geram sapa makan ayam kfc part kulit last sekali makan..kita geng.. kurga replied at 16-5-2019 02:27 PM
sapa makan ayam kfc part kulit last sekali makan..kita geng..
Selalu buka dan dan ketepikan, konon nak buang tetapi bila dah selesai makan mulalah nak cubit kulit ayam tu sebab nampak sedap...
Sang_Pencinta replied at 17-5-2019 09:52 AM
Selalu buka dan dan ketepikan, konon nak buang tetapi bila dah selesai makan mulalah nak cubit kul ...
hahaaaha..betul2.. sebab dia jd menarik tu bila da terkena mayo ngn sos cili...
Pages:
[1]
2