noraidil_06 Publish time 12-5-2019 11:34 PM

Sekian

Sampai di sini kisah kita.
Berpalinglah
Kita harus melangkah
Aku doakan segalanya baik-baik sahaja utk kita.

Terima kasih
Budi baik ku simpan ke mati
Terima kasih kerana melepaskan aku pergi.

Kasih di hati telah mati
Kita cuma berpaut pada kenangan.

Sekian.

iznanaziz Publish time 24-5-2019 10:04 AM

Kasih di hati telah mati
Kita cuma berpaut pada kenangan

Jgn sesekali diungkap
pasti luka berdarah kembali

Sekian.

tediber Publish time 27-5-2019 12:16 PM

Luka yang berdarah pasti keringnya,
parutnya nampak nyata.

Hidup perlu terus,
pandang ke depan toleh ke belakang,
tinggalkan kenangan,
cipta memori baru,

Moga parut kekal parut,
Darah luka, di harap tiada.

-Qza-

Lengkong Publish time 18-6-2019 10:05 PM

Kasih dihati telah mati
Biar aku terus disini
Tak kan aku kembali lagi

Bunga ditaman kian layu
Hati makin membeku
Usah ditanya luka dihatiku

Semalam telah berlalu
Biar kubina hidup yg baru
Redha itu takdirku

Usah dikenang cerita lalu
Bina impian baru
Allah bersamamu


Lengkong Publish time 18-6-2019 10:10 PM

Lengkong replied at 18-6-2019 10:05 PM
Kasih dihati telah mati
Biar aku terus disini
Tak kan aku kembali lagi


Lorr..dah sedih2 lupa pulak nak letak ..Sekan..

Lengkong Publish time 18-6-2019 10:11 PM

Lengkong replied at 18-6-2019 10:10 PM
Lorr..dah sedih2 lupa pulak nak letak ..Sekan..

..sekian...typo

MYviHaZz Publish time 24-6-2019 12:18 PM


Nyata Allah memang sentiasa bersamaku
Dalam sedih dalam ria, sentiasa ada
Dari derita sehingga sekarang aku mampu
mengukir senyum..

Hanya padaMU jua tempat aku mengadu rasa
perit jiwa seakan tiada tertanggung namun
ku tahu Kau sentiasa mendengar segala rintihanku
rayuanku, doaku..

Ya Allah..semoga aku sentiasa di jalanmu..dan
semoga hari-hariku akan lebih baik dari semalam

Sekian.

reeny Publish time 17-7-2019 08:23 AM

Ku tabur budi
Ku semai kasih
Sekadar melukut dibuang orang
Tiada sezarah meninggal bekas
Dipandangan tidak bermakna
Nista dijaja hina di mata

Aku insan disisih
Bertahun memujuk hati
Tiada ku tahu bagaimana lagi
Hadir ku dipandang sepi
Bukan pelengkap, bukan penyeri
Sekadar tempat melepas maki

Ku terima takdir ini
Yang buruk itu AKU
Yang jelek itu AKU
Yang hina itu AKU
Aku bukan permata di hati
Malahan kacalebih berharga
Tiada moleknya aku di mata itu

Sekian........








ilahaliqa3483 Publish time 25-7-2019 07:29 PM

Kasih,

di mana keluruhan cintamu,
masihkan ianya milik daku.
Pages: [1]
View full version: Sekian


ADVERTISEMENT