OttoVonBismark Publish time 12-5-2019 04:48 AM

Eva Braun - The Unhappy Hitler Wife.

Edited by OttoVonBismark at 11-5-2019 09:07 PM

https://cdn-03.independent.ie/incoming/article30674749.ece/78b4b/AUTOCROP/w620/evabraun2.jpg
HITLER.... Adolf Hitler. Siapa tak kenal, dia buta sejarah. Seriusss. Jadi, selak selak balik wikipedia untuk tau siapa Hitler. Boleh dikatakan, Hitler ni tak berkahwin sepanjang hidup dia. Dia punya private life menjadi salah satu rahsia terbesar sepanjang dia menjadi Diktator. HANYA selepas kematian Hitler ( Bunoh diri ), barulah pihak German discover yang Hitler ni ada kekasih sepanjang kehidupan dia sebagai diktator dengan Eva Braun.
Eva Braun, nama panjang dia Eva Anna Paula Braun. Lahir di Bavaria pada 6 Feb 1912 dari keluarga yang miskin.Dia mati bunuh diri pada umur 33 tahun bersama-sama dengan Hitler dalam bunker selepas kekalahan German dalam perang dunia kedua.
Umur dia baruuu je 17 tahun masa dia mula-mula jumpa dan kenal Hitler. Itu jam Hitler belom lagi jadi diktator. Dia masih dalam golongan yang radikal dalam berpolitik. Diorang berdua ni jauh beza umur masa bercinta. 23 tahun beza. Kira Hitler masa ni 40 tahun manakala Eva pulak 17 tahun. Masa ni Eva Braun kerja kat studio fotografi sebagai jurugambar. First time Hitler ajak Eva deting gi tengok opera, and then selepas tu diorang mula rapat dan start keluar deting selalu.
https://static01.nyt.com/images/2011/11/20/books/review/bkr-Gallagher-t_CA0/bkr-Gallagher-t_CA0-popup.jpg
Nak jadi cerita, masa Hitler deting dengan Eva ni, Hitler ada bercinta jugak dengan sepupu dia sendiri name Geli Raubal. By public, Geli Raubal ni sepatutnya menjadi cinta sejati kepada Hitler masa ni. Tapi Geli Raubal bunoh diri pada tahun 1931. Masa Hitler tau si Geli ni bunuh diri, dia became depress jugak la dan mengurungkan diri dia even majlis pengkebumian si Geli ni kat Vienna pun Hitler tak pegi jenguk. Dua hari lepas tu baru dia keluar dari pengurungan diri dan pegi melawat kubor Geli Raubal ni kat Vienna.
Selepas dari ni, bermulalah episod cinta antara Eva Braun dengan Hitler. selepas kejadian Geli Raubal bunoh diri, Hitler depress then dia start focus kat Eva sorang je. By public, orang tak tau pun yang sama ada Hitler ni betul betul cintakan Eva atau tidak. Tapi Hitler selalu je habiskan masa dia bersama dengan Eva. Si eva ni suka berenang dan main ski. Dia jugak seorang perokok yang mana Hitler tak suka dengan tabiat merokok Eva ni. Orang dedulu kan lejen. Tengok opah-opah nenek-nenek kita dulu, selamba je merokok. hahaha. Dan Eva ni seorang vegi... dia pulak tak suka Hitler jadi vegi macam dia, so dia tak suka kalau Hitler makan benda benda vegi sangat.
https://i2.wp.com/ww2gravestone.com/wp-content/uploads/2017/05/81885f45d734fc4eb96d94cc4d9cefb9.jpg?resize=215%2C300&ssl=1
Orang-orang kebanyakan rakyat biasa tak tau pun hubungan antara Hitler dengan Eva Braun ni. Yang mana Hitler selalu describe diri dia akan berkahwin dengan Germany jugak. "Ramai pompuan anggap aku ni appealing, sebab aku tak kawin lagi" - Adolf Hitler punya quote pada satu ketika. Appealing tu macam... err... menarik perhatian. Hahaha...
Pada awal awal hubungan cinta Eva dengan Hitler, si Eva ni dah dua kali cuba nak bunoh diri. "Kalau sehari aku tak tengok si Hitler ni, terasa siksa betul hidup, sengsara.... " - Eva Braun punya luahan dekat kakak dia Gretl Braun. Banyak kali Eva cuba untuk mendapatkan perhatian Hitler, tapi Hitler sendiri amat sibuk dengan kerja kerja penaklukan dia dalam perang dunia kedua. Tapi akhirnya dia berjaya bila dia dan kakak dia dapat pindah duduk sekali dengan Hitler pada tahun 1935 kat Munich.
Walau bagaimana pun, bila dah duduk sekali, tak seperti yang dijangka. Hubungan dia dengan Hitler adalah menjadi satu rahsia besar kepada dunia. So... Setiap kali ada pelawat dan tetamu datang kerumah Hitler, si Eva kena masuk menyorok dalam bilik. Kebanyakan masa Eva cuma dihabiskan bersendirian. Dia tak dapat kasih sayang yang cukup dari Hitler. Sepupu Eva describe Eva Braun ni sebagai "The unhappiest women she ever meet". Kita sayangkan seseorang tu bagai nak mati, and yet kita tak dapat pun bersama dengan kekasih kita selalu, dan moment moment untuk bersama tu berlalu begitu sahaja dengan kita berseorangan.
http://www.governmentsecrets.com/wp-content/uploads/2014/08/8-29-2014-9-18-01-AM.jpg
Dikatakan, yang Eva Braun ni tak pernah langsung berminat dengan politik. Rumor mengatakan yang mungkin Eva ni tak tau pun tentang anti-jewish policy yang Hitler pegang. Sebab latest discover mengatakan, Eva Braun ni ada pertalian darah jugak dengan jewish. Bau bau bacang kata orang. Historian describe Eva ni seorang yang muda dan blonde yang lurus. So ada kemungkinan dia memang cinta-kan Hitler sepenuh hati dia kerana faktor usia dia juga.
Suatu hari, bila keadaan jelas menunjukan yang German akan kalah dalam perang dan berlin pun masa ni dah musnah, Eva datang ke Berlin. Dia datang untuk berjumpa dengan kekasih hati dia, Adolf Hitler dan dalam saat saat genting seperti tu, dia tau Hitler sangat memerlukan dia disisi.
"Do you think i would let him die alone ?" - Eva Braun
Eva menemani Hitler didalam bunker milik Hitler sampai saat-saat terakhir hayat mereka berdua. Itulah moment yang paling indah bagi Eva waktu ni. Hitler akhirnya melamar Eva Braun, sebagai tanda terima kasih atas kesetiaan yang Eva berikan kepada dia............36 Jam kemudian........ mereka berdua bersama-sama membunuh diri dengan menembak diri masing masing.http://www.evabraun.dk/evabraun9i.jpgSepupu Eva Braun menggambarkan yang keputusan Eva untuk bunuh diri bersama-sama tu sebagai "not so romantic". Dia menggambarkan tindakan Eva tu sebagai unhappy women yang cuba nak dapatkan balik respect dan memenangi hati Hitler.
Begitulah serba sikit kisah Eva Braun, seorang wanita kesepian yang cuba sedaya upaya untuk memenangi hati seorang lelaki yang sangat dicintainya. Begitu banyak teladan yang dapat kita ambil dari kisah ni, tapi korang pikir dan pilih lah mana yang sesuai dengan hati masing masing. Artikel ini ditulis oleh aku sendiri tadak rembat dari mana mana artikel online. mod sila rate sejuta kredit.

      - Otto Von Bismark -




OttoVonBismark Publish time 12-5-2019 05:12 AM

Edited by OttoVonBismark at 11-5-2019 09:16 PM

https://i.dailymail.co.uk/i/pix/2013/01/16/article-2263418-16FA821C000005DC-999_1024x615_large.jpg

https://0s?q=tbn:ANd9GcSrxXePbUw4c8da2jgeR0uaIIdoFqQJwoEzzL-Tl3aJLSAlPcuo

lil_sparky Publish time 12-5-2019 05:22 AM

Terima kasih otto..tiap pagi sambil makan sahur mesti lil akan jenguk board lagenda..kot2 otto ada share thread baru..
:$

OttoVonBismark Publish time 12-5-2019 05:32 AM

Edited by OttoVonBismark at 11-5-2019 09:34 PM

lil_sparky replied at 11-5-2019 09:22 PM
Terima kasih otto..tiap pagi sambil makan sahur mesti lil akan jenguk board lagenda..kot2 otto ada s ...
Memang mengarang waktu malam.... 3 am person. ni start buat research pasal Eva Braun dari pukul 3 tadi. dah baca dari macam macam sumber, dah paham, baru start tulih pukul 4.30 tadi. Trimasss kerana membaca. :$ terharu pulak bila ko cakap macam tu. :'(

Catpaw Publish time 12-5-2019 05:53 AM

siapa tembak siapa dulu ye encik otto?

Catpaw Publish time 12-5-2019 05:55 AM

owhtembak diri sendiri ye, tembak di belah mana? siapa mula dulu? AH barangkali diikuti Eva ni?

EvieWanKenobi Publish time 12-5-2019 06:07 AM

tq pokcik @OttoVonBismark ..
info yang hebat..
tak pernah baca di mana2..

{:1_149:}{:1_149:}{:1_149:}{:1_149:}{:1_149:} untuk pokcik..

OttoVonBismark Publish time 12-5-2019 06:41 AM

Catpaw replied at 11-5-2019 09:55 PM
owhtembak diri sendiri ye, tembak di belah mana? siapa mula dulu? AH barangkali diikuti Eva ni?

pak cik tadak dalam bunker tu bersama mereka masa deme bunoh diri tu. jadi pak cik tatau belah mana deme tembak.... Kalau nak buat konspirasi... boleh je orang reka cerita kata Hitler tembak Eva dulu pastu dia bunoh diri. macam macam boleh terjadi.

OttoVonBismark Publish time 12-5-2019 06:43 AM

EvieWanKenobi replied at 11-5-2019 10:07 PM
tq pokcik @OttoVonBismark ..
info yang hebat..
tak pernah baca di mana2..


Sama sama dan trimasss karena membacha. Banyak nau bunga ko tanam.

tompie Publish time 12-5-2019 06:44 AM

Sebelum ni tau mcm tu je yg diorang kapel dan bunuh diri sama2.. ni baru tau details sikit

Thanks!

P/s: betulke hitler dgn eva ni bunuh diri . Byk gak cite yg mati tu double hitler, hitler sempat lari, etc..

OttoVonBismark Publish time 12-5-2019 06:53 AM

tompie replied at 11-5-2019 10:44 PM
Sebelum ni tau mcm tu je yg diorang kapel dan bunuh diri sama2.. ni baru tau details sikit

Thank ...

rumor pasal ni memang tersebar hebat..... aku sendiri pikir banyak kali. Takkan lah Hitler seorang Diktator yang hebat, juga seorang pemikir sanggup nak bunuh diri. Takkan lah tak terpikir nak buat restructure balik ke apa ke.... tapi kalau aku jadi Hitler pun, aku pasti... ada banyak benda yang Hitler tau yang kita tak tau, yang lead dia kepada nak bunuh diri. kemungkinan dia dah nampak semua possibility apa yg bakal jadi kalau dia hidup. Maybe. Who knowwwwsssss.......

kuihbakar Publish time 12-5-2019 07:51 AM

Otto Punya tulisan mmg tak pernah mengecewakan... Good writing

putericahaya999 Publish time 12-5-2019 10:11 AM

Pengajaran nya hidup bersama tidaklah penting mana
Yang lebih penting adalah mati bersama sama sebagai tanda cinta sejati

putericahaya999 Publish time 12-5-2019 10:11 AM

Pengajaran nya hidup bersama tidaklah penting mana
Yang lebih penting adalah mati bersama sama sebagai tanda cinta sejati

umbut Publish time 12-5-2019 11:26 AM

Knp sepupu dia bunuh diri. Kesunyian jugak ke

sleepyfish Publish time 12-5-2019 12:19 PM

Best tul. Thanks for writing such an excellent article

batricia Publish time 12-5-2019 12:31 PM

Sedap pulak baca karangan ko dik......

Catpaw Publish time 12-5-2019 12:32 PM

OttoVonBismark replied at 12-5-2019 06:41 AM
pak cik tadak dalam bunker tu bersama mereka masa deme bunoh diri tu. jadi pak cik tatau belah man ...

I teringat pula kes tembak diri sendiri and gf may be? kat Malaysia yg dalam kereta tu. Kecoh juga masuk media arus perdana. Kesan tembakan di kepala wanita belah kanan, laki belah kanan juga. Tapi tak dimaklumkan siapa tembak siapa, boleh agak2 sendiri je la kan :)TTrajin tak bukak bebenang yg tu :$;P

Matakilat Publish time 12-5-2019 03:09 PM

Thanks for the artikel. Mcm mcm perasaan baca dan membayangkan kisah org org mcm ni. Org depress selalunya tindakan mereka agak extreme jika sudah sampai phase kemuncak.

GigaMom Publish time 12-5-2019 04:23 PM

Suka baca. Klu panjang pun ai ttp bc tulisan pocik
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: Eva Braun - The Unhappy Hitler Wife.


ADVERTISEMENT