wanzulina Publish time 11-5-2019 11:12 AM

PIA [Lestary TV3:Alif Satar, Zaraa Zya, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusl

Nantikan drama bersiri bertajuk 'PIA' yang akan disiarkan di slot Lestary TV3. Dibintangi oleh Alif Satar, Zara Zya, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusly dan ramai lagi. Drama terbitan JS Pictures dibawah arahan Azman Yahya. Ditayangkan bermula 3 Mei 2019, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam di TV3.
JUDUL : PIA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 3 Mei 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sofia J Rhyland
PENGARAH : Azman Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel Azira Shafinaz, Sheila Rusly, Idzham Ismail, Izzat Mushtaq, Annie Mosha, Zalfa Zin, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Fathil Dani

WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Pia
Alif Satar sebagai Zafran
Naim Daniel sebagai Budi
Azira Shafinaz sebagai Qis
Sheila Rusly sebagai Mak Ngah Ila
Badrul Muhayat sebagai Yusuf
Idzham Ismail sebagai Jibon
Izzat Mushtaq sebagai Dr Karl
Liza Rafar sebagai Kak Rose
Annie Mosha sebagai Zetie
Zalfa Zin sebagai Ninie
Fathil Dani sebagai Pak Long

LAGU TEMA
Naim Daniel - Sumpah


SINOPSIS DRAMA PIA
Mengisahkan Pia yang tersepit di antara tugasnya sebagai seorang isteri dan tanggungjawabnya terhadap adiknya yang kurang upaya.

Selepas kedua-dua ibu bapanya dibunuh mati, Pia dibela oleh Pak Long Mat. Pia ada seorang adik yang mempunyai masalah 'celebral palsy' bernama Budi. Zafran, rakan mengaji Pia menyukai Pia sejak dari kecil hinggalah dewasa. Zafran tinggal bersama bapa dan ibu saudaranya, Ila yang bisu. Ila selalu memerhatikan gerak geri Zafran dan tahu akan perkembangan cinta Zafran dan Pia dan cuba menghalangnya.

Zafran kemudian menyambung pengajiannya ke luar negara, dan tetap meneruskan hubungannya dengan Pia. Setelahpulang semula ke tanah air, dia berkahwin dengan Pia walaupun tidak direstui Ila. Nasib tidak menyebelahi Pia apabila Zafran menghantar Budi ke pusat penjagaan kerana mahu Pia memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Sikap cemburu buta Zafran bertukar menjadi agresif gara-gara Pia mendapat mesej dari doktor Budi.

Credit to : Myinfotaip

wanzulina Publish time 11-5-2019 11:14 AM

Citer ni best. kecam watak Zafran lakonan Alif Satar.Naim Daniel menjadi bawak watak Budi seorang budak OKU.

LiliSam Publish time 11-5-2019 11:32 AM

aah mcm bes..kawen jugak dia dgn pia zafran tu

DeeHanania Publish time 11-5-2019 01:17 PM

Memang bes drama Pia nie
Lebih2 episod ke 3 menitis air mata...
Selepas kematian Arwah PakLong
Pia&Budi dhalau keluar dari umah PakLong oleh anak Arwah PakLong
MakNgah Ila x suka Zafran bercinta gan Pia
Zara Zya manis bertudung dlm drama nie:loveliness:

Badigol Publish time 11-5-2019 02:23 PM

Tq buka benang ni..tp kenapa la drama ni jam 9..kn best kalau jam 10..lps terawih.hehe.apa pn drama ni best cuma part budi tu kdg over sikit,makngah pn sama.but zafran dan pia secukup rs lakonannya..xsbr nk tggu next week.

izzah_mia Publish time 13-5-2019 01:26 PM

best cita ni. ala..jadi kawin jugak ke pia dengan zafran tu.mak ngah tu tak padan dengan bisu...hahaha

cycra Publish time 13-5-2019 02:46 PM

suka cerita Pia ni,,sedih n sesuatu yang lain bila alif jadi watak antagonis

rosmahisham Publish time 13-5-2019 05:51 PM

X sabo nk tgk minggu nih..baru ade benangbaru best nk mbawang

eddlisa_uyuk Publish time 14-5-2019 07:36 AM

best citer nih…….

nanananananana Publish time 15-5-2019 11:53 PM

Jahat rupanye si zafran tu. Ape laaa nasib si pia asyik malang aje. Dah kawen kena pisah ngn adik pulak :'(

nipskacang Publish time 16-5-2019 09:41 PM

Bru first time tgk,ya allah apoo sedih sgt naim daniel niii,haaa bercucuran air mata :'(

mms38 Publish time 16-5-2019 09:48 PM

Zafran dah tunjuk belangkesiannn pia

LiliSam Publish time 17-5-2019 10:49 AM

Sian pia.. Zafran jumpa ex plk

izzah_mia Publish time 17-5-2019 11:45 AM

tak sabar nak tau apa jadi kat pia..yelah zafran pasni dah seronok jumpa qis balik

eddlisa_uyuk Publish time 18-5-2019 02:06 AM

tiap kali tgk citer nih je air mata kuar

jahat laaa zafran nih

united_holland Publish time 19-5-2019 05:56 AM

eddlisa_uyuk replied at 18-5-2019 02:06 AM
tiap kali tgk citer nih je air mata kuar

jahat laaa zafran nih

Tuh laa emo teruk tgk cite ni..dah la x pose selambe zafran suruh pia pi cuci gelas..

wanzulina Publish time 22-5-2019 05:45 PM

Zafran tak pose. tak malu. dah minum air suruh pia yang cuci. eiii geram nau kt zafran nih. demi utk mengubat hati geram kt alif ni iouls tgk balik scene2 citer dia semanis honey. rilek...cool sbb alip ni tk sesuai bawak watak jahat sbb dia baik orgnya hokey..

babyorange Publish time 22-5-2019 11:40 PM

Npe x ramai komen kt thread Pia ni? X bpe dpt sambutan ke? iols br stat folo kt youtube.

babyorange Publish time 22-5-2019 11:43 PM

Apehal la datuk bos zhafran tu nk tgk details staff g cari kt resume je? X ble cek profile dlm system ke? Aiyooo... Resume tu kan sblm zhafran kawen, pttnye check la employee data dlm system baru la accurate. #hrpersontriggered hahaha....tiberr

nuril86 Publish time 23-5-2019 08:35 AM

masih wujud lagi wanita yang inesen spt pia....adesssss.... tolongla jgn lembikdengan zhafran tu....:huffy
Pages: [1] 2 3
View full version: PIA [Lestary TV3:Alif Satar, Zaraa Zya, Naim Daniel, Azira Shafinaz, Sheila Rusl


ADVERTISEMENT