Cari-Amiey Publish time 10-5-2019 05:04 PM

Rahsia Perapan Kambing. Nak Buat Lamb Chop Boleh, Nak Jadikan Sate Pun Sedap!

Kambing golek? Kambing bakar? Tak kira apa masakannya, hidangan daging kambing ini memang laku keras ketika bulan Ramadan. Tak tahulah mengapa, namun nampaknya semuanya mencari hidangan berasaskan kambing bila bulan puasa sama ada di bazar Ramadan mahupun bufet di hotel-hotel. Mungkin dapat meningkatkan tenaga selepas seharian berpuasa, kot?


Seperti dipetik dari grup Facebook 'Masak Apa Hari Ini' seorang netizen iaitu Raja Amanina berkongsi resipi menyediakan rempah perapan untuk hidangan kambing. Katanya, rempah perapan ini boleh digunakan bukan sahaja untuk hidangan kambing, malah daging lembu dan juga ayam pun sesuai.


Menurutnya lagi, perapan ini boleh digunakan untuk menu bakar seperti sate mahu pun panggang. Enaknya! Yang pasti, perapan itu nanti jadi lebih sedap kerana rempahnya ditumis terlebih dahulu. Inilah rahsianya. Jom, cuba rempah perapan kambing ini:




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/10/170247q7f2l5c52fkkzpbf.jpg





Bahan-bahan:

-bawang merah 5-7ulas
-bawang putih 5 ulas
-halia 2 inci
-serai 4 batang
-jintan manis 1sudu kecil
-sedikit lada hitam
-cili giling 3 sudu besar
-rempah kari 4@5 sudu besar
-asam keping 1 keping
-daun pandan sehelai disimpul
-gula Melaka
-garam
-minyak untuk menumis


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/10/170303eyxyu0jxyqjyqgjk.jpg



Cara membuatnya:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, jintan lada hitam hingga halus.
2. Tumis bahan kisar sekejap, kemudian masukkan serbuk kari, cili giling, daun pandan, asam keping dan perasakan dengan gula serta garam.

3. Masak hingga pecah minyak dan menjadi agak pekat.

4. Tutup api. Biarkan tumisan tadi menjadi sejuk, barulah boleh perap daging kambing.

5. Perap selama 1 hingga 2 jam, semakin lama perap, makin sedap.


6. Daging yang sudah diperap bolehlah dimasak dengan cara bakar atau panggang. Memang enak macam kambing golek di bazar Ramadan. - CARI

Daisyna Publish time 12-5-2019 05:25 PM

nnti ada kelapangan harus cuba

Missfadh Publish time 13-5-2019 01:13 PM

Terliur nya.

silentreaaders7 Publish time 19-5-2019 04:04 PM

mengodanyaaaaaaaa :drool3:

neuron.takeshi Publish time 19-5-2019 04:29 PM

Sedapnya, menarik untuk dicuba

cpnor Publish time 25-5-2019 09:45 PM

Thanks share resepi..boleh cuba nanti..tapi kene tukar daging lembu la..xmakan kambing

Ali_x Publish time 27-5-2019 12:02 PM

{:love{:good

icha1905 Publish time 27-5-2019 08:14 PM

Baru je buat lamb chop buka puasa td..mmg last minit baru plan nak buat smpt perap 30 minit je. Nasib baik anak2 makan smbil menjilat jari.:D

BabyMiakaChan Publish time 29-5-2019 01:29 AM

Rindunya lamb chop!!! {:childlike

Lengkong Publish time 6-7-2019 10:55 AM

Sedapnya lamb chop..boleh try resepi ni



dedeq88 Publish time 9-7-2019 10:05 AM

Boleh buat sate pasnie...

kelam22 Publish time 10-7-2019 03:37 PM

nampak menarik. boleh cuba resepi ni. tq

hollahop Publish time 13-7-2019 04:43 PM

mark resepi ni. nanti nak cuba

cikbun Publish time 7-8-2019 10:38 PM

boleh buat nanti ni utk makn raya{:hooray

Thealisyayusuf Publish time 3-2-2023 11:54 PM

Menggoda aihhh
Pages: [1]
View full version: Rahsia Perapan Kambing. Nak Buat Lamb Chop Boleh, Nak Jadikan Sate Pun Sedap!


ADVERTISEMENT