missinpiece Publish time 11-5-2019 12:52 AM

Haii ada masa overthinking ni rasa mcm boleh jadi hilang pedoman kejap.
-Pasal basuh tangan berkali2 selepas pegang benda n sebelum makan. If dah basuh tangan then jari terpegang apa2 (contoh meja, kerusi, beg, kotak tisu) then cepat2 g basuh tangan lagi.
-Kerja selagi x siap mula la xbleh nak makan dah. Duk fikir jika x siap akan susahkan org. Padahal org lain rileks je x siapkan keje yg iols bagi:huffy
-Ada masa dtg sayu sgt2 kalau x datang on time stray cat akan tertunggu2 utk makan. :'( betul sebab meow tu siap tunggu kt tempat biasa.
Tadi meow tu xde mula la fikir yg meow tu berjalan cari iols :'( . Meow tu mmg sejak lahir duk situ je then hari ni xde :'(
Esok nak g tengok.
- Ada masa buat perangai sangka macam2 pada org. Jenuhla keep reasoning mesti ada sebab tertentu dieorg buat camtu.
-Kadang overthinking apa akan jadi ngn adik2 kalau iols xde.
-Kadang terlebih2 risau kemalangan jadi kat adik2.
-Risau bangun tdo org sebelah x bernafas :funk:
-Kalau ada anak..traumanya la of something jadi pada mereka.
-Overthinking pasal bajet raya, sekolah, family
-Overthinking org semua berniat x baik ( yg geramnya memang betul pon. Contoh: bengkel kereta suka suki suruh tukar itu ini. Mula datang suruh tukar A,B,C. Iols overbajet so tukar A&B. Selang dua minggu datang dah suggest tukar C,Dpulak. Masa tanya cakap lain, datang cakap lain. Mmg akan sentiasa overthinking la setiap kali ke bengkel.
Banyakla lagi kes iols overthinking. Silap2 mereng g tumpang sekaki kondem anak Nora Danish :lol:
Tapi yg peliknya, ada masa iols boleh persetankan segala. Time tu lantak hang la nak tertunggang terbalik ka

princessjay Publish time 11-5-2019 09:34 AM

saya salu overthink about my jodoh, kerja.. salu takut ape kan jd nanti...kdg2 overthinking ni menyebabkan sy limitkn diri sy...but slowly sy cube buang sikap overthinking ni sbb in the end sy yg suffer,stress..so as i'm getting older i try relax,mls dah nk fikir lebih2..yg xberkenann dgn diri sndiri xnk fikir dah..

sakurahati Publish time 11-5-2019 06:22 PM

Saya salah seorang yg ada masalah overthinking ni..plus anxiety disorder..overthinking ni buat sy jadi penat..asyik rasa takut dan risau yg bukan2..smp tidur mlm pn terjejas..ditambah plak dgn beban kerja sy yg lagi memburukkan lg keadaan..

Kdg2 sy pn pelik hal-hal kecil pn boleh buat sy berpikir mcm2..sy pernah baca satu buku ni. Dia tulis, kita sepatutnya hidup dlm hari ini shj, jgn hidup dlm hari semalam atau hari esok. Sbb hari smlm tu dah berlalu pn, dan hari esok plak belum pasti ada utk kita. Yang kita ada cuma hari ini shj. Jgn fikir sgt apa yg akan terjadi esok, sbb sekurang2 nya kita masih hidup pd hari ini. So, buatlah yg terbaik n nikmati hari ini, tanpa terlalu memikirkan hal-hal yg belum pasti..

Lollipop111 Publish time 11-5-2019 07:48 PM

Suka topik nh... Betul. Sy sgt overthinking. And lately trying to control. Dulu ms muda2x, overthinking smpi sepanjang mlm x tido smpi ke subuh.. Teruk sgt. Pressure keje sll ad, and sy stj dgn sorg forumer tuh...Buat bodoh je lg bagus. Penting utk kesihatan mental. For certain level, sy drown into anxiety yg sgt teruk... Huhu..

mamarock Publish time 11-5-2019 11:22 PM

sakurahati replied at 11-5-2019 06:22 PM
Saya salah seorang yg ada masalah overthinking ni..plus anxiety disorder..overthinking ni buat sy ja ...

Exactly @sakurahati

Dengan kata lain, overthinking buatkan orang rasa risau (selalunya yang tak bestlah kan sbb tu risau) apa yang akan jadi besok hari? Walhal perkara itu belum tentu akan terjadi pun dan mungkin tidak akan berlaku langsung pun.

Elakkanmemberatkan fikirancara melampau. Perkataan kalau itu buangkan jauh-jauh kerana selagi ada kalau, semua perkara tak akan ada jalan penyelesaian.

Pengalaman semalam sejarah yang boleh dijadikan pedoman hidup bagi membantu perjalanan hari ni dan hari seterusnya.

Hari memdatang, tempuhi dengan yakin berdasarkan maklumat yang sedia ada berdasarkan pengalaman lepas, juga info tambahan berdasarkan fakta dan mestilah realistic. Mat Salleh cakap awareness gitew.

In shaa Allah, bila kita bersedia, yakin, kita lebih fokus dan overthinking dapat dihapuskan sedikit demi sedikit.



sakurahati Publish time 12-5-2019 05:37 AM

mamarock replied at 11-5-2019 11:22 PM
Exactly @sakurahati

Dengan kata lain, overthinking buatkan orang rasa risau (selalunya yang tak ...

Betul tu mamarock, kebanyakan hal-hal yg kita risaukan tu tak terjadi pn sebenarnya...sedangkn kita dah berhabis byk masa dok pikir mcm2 hari2..sy ni sbb overthinking and byk sgt fikir masalah smp rambut pn byk gugur dan beruban..bln puasa ni sy berazam utk detok minda dan hati saya..taknak dah fikir yg bukan2..yg buruk dan baik tu semua dtg dari ALLAH SWT.. kenapa kita nak takut sgt, kalau ditakdirkn sesuatu benda tu akan terjadi, pasti akan terjadi jgk. Semua tu di luar bidang kuasa kita.

misc Publish time 12-5-2019 06:30 AM

Edited by misc at 12-5-2019 06:32 AM

I pun ada sifat overthinking nih. Ada baik buruknya. Tapi nak buat macamana..benda2 yg terlintas dlm kepala mmg susah nak elakkan.

Mostly pasal kerja ofis lah, especially when u lead a project, mmg siang mlm pagi petang otak tu terfikir strategi2, apa nak buat seterusnya, mcm mana nak settle problem sedia ada, hishhh mcm2 lah. Pernah sampai dlm solat pun boleh tertiba idea mari.. entah lah samada Allah nak tolong selesaikan masalah atau I yg tak khusyuk dlm solat.

Kalau bukan pasal kerja, I biasanya overthinking perkara2 yg mungkin jadi kemalangan. Tengoklah movie Final Destination 1 sampai yg latest. Haaa mcm tu lah I teroverthinking sebelum perkara2 tu terjadi.

Kalau dlm perhubungan dgn manusia, I lebih berhati2 kalau nak bercakap. Especially kalau nak keluarkan kata2 kesat kat seseorang.

Selalu bayangkan kalau I kat tempat org tu, mesti rasa pedih. Last2 diam dan pendam saja. Marah dlm hati saja.

Kadang2 bila terlepas ckp juga, menambahkan overthinking, mmg puas hati dpt marah org, tapi dlm hati jadi kesian pulak. Again, overthinking tak habis.

Ada pro and cons la. Overthinking ni buatkan kita lebih berhati sebelum memulakan tindakan tapi yg buruknya otak kita jadi penat tak tentu pasal sebab fikir benda2 yg belum terjadi even selepas perkara tu terjadi.

I is penat dgn sikap overthinking tak tentu pasal ni.

EvieWanKenobi Publish time 12-5-2019 09:45 AM

waktu memandu mesti fikir apa
akan jadi kalau aku eksiden..

selamat ke tak aku?

memang baca Bismillah tapi takde
siapa tau apa akan jadi kan..:'(

t_hahahaha Publish time 12-5-2019 05:55 PM

banyakkk tapi benda ni actually mcm penyakit la.mcm kene do something:

1. paling simple i bila lalu longkang kecik, selalu terpikir i masuk longkang

2. paling besar mesti pikir asal gaduh ngan tok laki jek, sure i dah terpikir pasal nk sewa rumah kat hometown, fee bayar lawyer nk tuntut ape2 berkaitan.pehh asal gaduh jek i mesti google berkaitan tinggal sendiri dengan anak..

rasenya i need to be positive la, no need overthinking

t_hahahaha Publish time 12-5-2019 05:57 PM

sakurahati replied at 11-5-2019 06:22 PM
Saya salah seorang yg ada masalah overthinking ni..plus anxiety disorder..overthinking ni buat sy ja ...

tq sakura..mcm berguna juga pesanan buku tu

yuki812 Publish time 12-5-2019 06:45 PM

i most overthink yg berkaitan someone that i love. maybe pengalaman lepas ada mempengaruhi kehidupan sekarang. kenapa tak call..kenapa tak reply..kenapa diam ni. sebab terlalu fokus tentang dia..jadi i fikir dia ada girl lain. walhal dia aman2 jah sibuk kerja..tidur ke. kita kat sini..dah risau mcm2.
skrg..dah more cool down. bila fikir balik, kdg overthink tu sebab kita penat..letih. bila i fikir terlebih skit, i cepat2 g tidor. bangun tidor..terus jadi rasional..terus lupa kisah semalam.

ixora87 Publish time 12-5-2019 07:15 PM

Overthinking dalam banyakkk benda.. contohnya:

- time xsihat kat rumah. Seboleh2nya xnak orang datang melawat. Sebab risau nanti org cakap i selekeh. Kepam. Mcm mak lampir.
Risau jgk org komplen rumah saya bersepah. Ye lah dah sakit, nak urus diri pun xberdaya, mana nk urus rumah sangat. En suami bukan boleh tolong apa pun. Tlg buat sepah lagi boleh..

- time pergi bercuti dgn family. Saya jadi risau fikir tentang bilik homestay. Asyik dok fikir cukup ka bilik. Cukup ka bantal selimut. Nak makan kat mana.. nak jalan2 kat mana.. saya jenis yg suka plan semua siap2 sblum pergi mana2. Dlm 1minggu sebelum pergi tu tiap2 malam sbelum tido dok fikir2.. nak tanya org yg handle family trip, takut depa kata saya cerewet. Menyibuk nak campur tangan. .. last2 sendiri yg stress fikir.

- bila bergaduh dgn en. Suami. Mula lah sibuk fikir mcm2. Dok fikir if jadi macam ni.. aku akan buat macam ni.. terlalu banyak 'kalau'. Siap dah fikir siap2 jalan penyelesaian. Padahal gaduh2 kecik ja. Otak ni xboleh berhenti fikir yg bukan2.

Sampai tahap en suami ckp sy gila. Sbb terlalu memikirkan sesuatu perkara tu melebih- lebih.

fahdramli Publish time 13-5-2019 10:57 AM

I tak tau la i ni setai mana, sebab i jenis tak duka nak fikir masalah. Daapt bantal terus belayar ke lautan. Esok bangun mulakan hari baru mcm biasa. Sampai doktor pun heran haha, susah nak marah, sedih pun jarang, hepi pun kadang2. Hidup mcm biasa ja. Syukur Alhamdulillah. I jenis tak suka tgk side negatif. Tp kalau jadi jugak, fikir yg positive. Apa yang Allah bagi tu yang terbaik. Suka ka tak suka ka, kena reda dan redah. Hidup akan baik2 saja lepas tu. Semua dalam perancangan Nya.

ninja boy Publish time 14-5-2019 12:38 AM

Stop la overjinhking ni, menambah beban kepala, takdak masalah tapi mengada adakan masalah. Mencipta2 takut2 Dan masalah yg tak wujud. Kemudian pening2 fikir bukan2 padahal takdak masalah pun.

Fly_over Publish time 14-5-2019 06:16 AM

I sejenis overthinking. Dlu zmn keje psl keje. Skrg dh jd seri rumah psl family pula. pernah smpi setahun ssh tdr, siang buat keje rmh smbil pikirkn hal tu. overthinking paling mlampau dlm hidup la lpas tu timbul lah masalah2 dalaman yg lain. Insecure, paranoid, stressed. Tp overthinking ni mcm hal biasa dlm hidup i. Hari2 i pikir sesuatu hal dgn sgt mdalam smbil basuh pinggan, sidai kain. Lpas tu i stress and tak suka. Tp mcm ssh nk tinggalkan. Bila dh ter over tu cpt2 la i selawat. Kdg benda viral kt sosial media pn buat i bhari2 pikir. Tak suka tak suka :mad:

Pernah baca satu quote ni. Bila kita insecure atau byk pikir sesuatu hal nanti benda tu la yg dtg dlm hidup kita.
Rasa mcm btl je. Tp xtau la benda tu mmg dh ditetapkan awal2 atau mmg faktor fikiran kite yg mnarik bnda tu tjadi lalu jd ujian kita. I pn jenis pikir bnda2 yg blm tjadi rasa takut jgn la jadi. Tp btl jadi lpas tu. Selalu psl anak2 la..

Acikgomen Publish time 14-5-2019 10:34 PM

Acik selalu pikir time drive
Kalo jem, cemana org langgar belakang, kite langgar org depan. Impact cemana. Kaki haku tesepit ke, badan merodok ke depan ke, keta tepusing ke melambung ke. Perasaan haku mase tgh berlaku impact tu. Sempat mengucap ke tak. Or haku blank otak blur2 sedar2 kat sepital. Tu takpe lagi, buatnye sedar2 dlm kubur:'(

Tak pun tgh drive sensorang, tetiba nampak kelibat penumpang seat belakang yg tak diundang kat rear mirror:funk:
So cemana ni nak kena pasang ayat ruqyah ke tak. Sempat pikir ke. Ke haku menjerit sampai pengsan je. Sedar2 langgar divider. Mampos ke tidak:funk:


gigahertz Publish time 14-5-2019 11:25 PM

aku x leh dengar orang yang lahir satu tahun dengan aku mati. aku rasa macam aku next of the list

AkuMark Publish time 15-5-2019 05:48 AM

Ye sis. Kadang2 kita pikir lebih2 benda blm lg terjadi.

MawarKelabuAsap Publish time 15-5-2019 08:56 AM

Selalu overthinking hal keselamatan budak2 kecil. Especially bila diorg melasak atau tak dipantau. Terfikir risaunya kalau diorg terjatuh dr tmpt tinggi, meluru ke jln raya or tempat bebahaya, termakan benda yg membahayakan, tertgk benda2 tak bersesuaian then terikut nk tiru..mmg sejenis overthinking smpai sesak dada dibuatnya :funk:

raihaneem Publish time 15-5-2019 12:13 PM

Kadang2... sekarang usaha utk.tidak overthinking. Tp klau berhadapan dgn manusia lidah bercabang, muka bermuka muka...mmg kena overthinking...bukan utk berprasangka, tp utk plan my steps agar tak terjerat n terperangkap.


Satu lg....overthinking ttg ank2, tiapkali anak nk masuk sekolah...pikir mcm2, risau ank kena buli kena kacau, gangguan seksual la...

Terlalu byk bc berita kes aniaya, pedo..jd risau....
Tp saya usaha yg terbaik, ambik langkah berjaga, didik ank sebaiknya...doa dan tawakkal pd Allah...jgn sesekali berprasangka pada Allah....

Overthinking jgn smpai stress....sayangilah diri anda...jom berkebun...

Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: OVERTHINKING...


ADVERTISEMENT