Kaki_Coret Publish time 10-5-2019 11:14 AM

Anak Rosman Vokalis Kumpulan Qiara Meneruskan Legasi Bapanya

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
Andai pada era 1990-an, Rosman ligat di pentas bersama kumpulan rock, Qiara, kini anak vokalis itu, Muaz meneruskan legasinya sebagai penghibur.
Muaz atau nama penuhnya, Muhammad Muaz Mustaqim Rosman, 18, adalah artis pertama disunting Syarikat Strumhits milik penyanyi kerohanian, Hafiz Hamidun, awal tahun ini.
Sebagai taruhan, single berjudul 5 Minit ciptaan bekas anggota kumpulan Sleeq, Alif dilancarkan sebagai salam perkenalan.
Muaz memberitahu, dia mula menyanyikan lagu artis lain secara serius sejak tingkatan dua.
“Sebenarnya, adik saya, Amar lebih dulu menunjukkan minat menyanyi dan menyertai pertandingan.
“Saya mengikut jejak sama dengan lagu pertama yang dikongsi di Instagram adalah Senyum dendangan Asad Motawh.
“Sejak itu, saya banyak berkongsi lagu yang dinyanyikan dengan cara tersendiri di Instagram. Tak sangka minat saya diintai Strumhits hingga ditawarkan menjadi artis naungan,”
Ayah Muaz, Rosman cukup popular dengan lagu Hanya Padamu ketika bersama Qiara.
Muaz yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, sejak kecil, dia sering dibawa ayah ke lokasi persembahan dan diberi pendedahan awal di pentas.
Muaz tidak menyangka panggilan diterima daripada Hafiz membuka pintu kepadanya menjadi artis rakaman.
“Disebabkan saya masih mentah, perbincangan banyak dilakukan dengan bapa. Berdebar terima lamaran tetapi saya optimis untuk berkongsi bakat dan meneruskan legasi ayah,” katanya.




kucingitam Publish time 10-5-2019 12:10 PM

aku baca tajuk anak rosmah..puh..anak mana pulak yg jadi penyanyi..rupanya....

Kurex Publish time 10-5-2019 12:26 PM

Ni taste bbnu

friedfishsoup Publish time 11-5-2019 09:38 AM

Korean2 look. Bbnu suka la

umbut Publish time 11-5-2019 10:24 AM

Wahhh.. Bapak hensem.. Anak pun hensemm..

umbut Publish time 11-5-2019 10:28 AM

Hanya padamu.. Kuserahkan segalanya.. Kau permata di nurani.. Anggun cinta mu abadi{:singo{:loveo

noraidil_06 Publish time 11-5-2019 10:30 AM

Hensemnye ko nak

epis Publish time 11-5-2019 10:40 AM

Lrik lagu hanya padamu, memula saya dengar sekali imbas kau yang kucing taik~~~ rupanya kau yang kucintai hhahahaha...

eLiaD Publish time 11-5-2019 11:04 AM

imej dh classy tp bila tgk vc sama je cam style mael n asad muntah kahkahkah
Pages: [1]
View full version: Anak Rosman Vokalis Kumpulan Qiara Meneruskan Legasi Bapanya


ADVERTISEMENT