m.manis Publish time 6-5-2019 12:05 PM

Mudah Dan Jimat Masa! Resipi Sotong Masak Asam Bikin Kecur Air Liur

Kalau nak cepat, sotonglah yang selalu jadi pilihan. Nak tahu kenapa? Sebab masak sotong tak perlu lama-lama, nanti sotong jadi liat. Jus sotong dan tekstur pun tak akan berubah kalau sotong tidak terlebih masak.

Asyik-asyik sotong kicap, tak pun sotong sambal. Apa kata kali ini cuba ubah sikit resipi, kita buat sotong masak asam. Mudah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201905/06/120330vm0m5dmxxdkmkgdm.jpgFoto: myresipi.com


Bahan-bahan:
*Sotong dipotong kecil atau bulat
*1 inci halia dihiris halus
*3 biji bawang merah dihiris halus
*3 ulas bawang putih dihiris halus
*1 biji bawang besar dihiris besar dan tebal
*1 tangkai cili merah dipotong serong
*Asam jawa sebesar ibu jari dibuat air asam


Cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah, halia dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan sotong sehingga hampir garing.
3. Masukkan air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
4. Tambah sedikit air (pilihan).
5. Kacau sebati hingga mendidih.
6. Angkat dan sedia untuk dihidang.
Tip 1: Jika mahu pedas, tambahkan sedikit cili.
Tip 2: Untuk wangi, masukkan daun limau purut.
Sumber: Rasa

munchkin Publish time 6-5-2019 02:00 PM

Kenapa kuning? Ada kunyit kan?

seri_mawr Publish time 8-5-2019 09:37 AM

Edited by seri_mawr at 8-5-2019 09:39 AM

munchkin replied at 6-5-2019 02:00 PM
Kenapa kuning? Ada kunyit kan?
NI resepi tuk gambar tu...https://myresipi.com/recipes/sotong-goreng-asamBahan-bahan diperlukan:
[*]500 g sotong (saiz sederhana)
[*]5 sudu makan minyak masak
[*]10 biji cili api
[*]3 biji bawang merah
[*]2 ulas bawang putih
[*]1 sudu makan pati asam jawa
[*]½ cawan air
[*]1 biji cili merah
[*]1 labu bawang besar
[*]2 helai daun kunyit
[*]Garam secukup rasa
[*]1 biji tomato (dibelah 4)
[*]1 biji cili merah (dihiris kasar)
Cara menyediakan dan memasak:
[*]Buang kulit sotong. Bersihkan dan basuh. Tuskan.
[*]Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
[*]Masukkan sotong dan kacau rata.
[*]Masukkan air asam jawa, bahan yang dihiris kasar, dan garam.
[*]Masukkan tomato dan cili merah.
[*]Kacau rata sehingga masak. Hidangkan.

hatikudus Publish time 10-5-2019 03:57 PM

Jadi resepi sahur pun sedap ni. Cepat dimasak sedap dimakan :lol:

silentreaaders7 Publish time 19-5-2019 04:06 PM

look delicioussssss...nyummmm

gapiah Publish time 27-5-2019 01:04 PM

sedapnye nak buat la

anakmak Publish time 28-5-2019 01:47 AM

sedap tp nak kopek kulit sotong kalau yg kecik tu bercintaaa

Chairman Publish time 29-5-2019 12:26 PM

bole plak aku bukak thread ni time2 tgh hari cmni...dugaan2

sakinahxpdc Publish time 4-6-2019 09:16 AM

kebetulan ada sotong dalam peti... nak try lah petang ni...

Ivysaur Publish time 5-6-2019 05:10 PM

Boleh la nak cuba

puding_caramel Publish time 14-6-2019 09:27 AM

senang dan mudah nak masak. blh try ni nt=)

Lengkong Publish time 16-6-2019 10:23 PM

Teringin nak cuba resepi ni

Cpkay Publish time 26-7-2019 11:21 AM

edap..saya dah cuba

Lengkong Publish time 28-7-2019 12:36 PM

First time tengok resepi ni..boleh cuba. Tq tt

any42 Publish time 29-7-2019 11:45 PM

mcm nk try. sedap plak msm2 ni. rsa lbih kurang cam tomyam ke ek.

tokenn Publish time 23-10-2019 12:04 PM

sedapnya..

noraidil_06 Publish time 30-10-2019 12:04 AM

Ok esok masak ni
Pages: [1]
View full version: Mudah Dan Jimat Masa! Resipi Sotong Masak Asam Bikin Kecur Air Liur


ADVERTISEMENT