marla69 Publish time 24-5-2019 08:04 PM

raya dulu best, semangat tengok masakan mak satu hal, tengok adik beradik dan anak anak sibuk itu ini pun jadibest sebab rumah ceria, meriah, bisingsemacam...raya sekarang, mak dah tak larat, semua atas bahu kita, anak anak dah masing masing, balik pun 3 hari b4 raya, kawan kawan plak masing masing sibuk sendiri. this year, i beraya ngan mak n bapakdan 2 anak. hubby beraya di china atas urusan kerja, anak sulong balik trenganu.

Aquarius9283 Publish time 26-5-2019 09:25 AM

Time kanak2 seronok
Skrg dah kurang lgi2 kehilangan org tersayang

gelavahteteg Publish time 26-5-2019 10:38 AM

Raya dulu opah ada lagi.Raya sekarang dah takda. :'(

misswhy24 Publish time 26-5-2019 12:02 PM

Seronok raya zaman dedulu maybe dulu masih budak2...lg pun zaman dulu suasana beraya sgt2 berbeza...dulu nak pegi beraya x perlu nk telefon tuan umah bgtau nk dtg...skrg ni kena buat appointment dlu plak sblm dtg...

zafreen Publish time 27-5-2019 12:44 PM

Dulu lah best, meriah walaupun time tu duit so-so je.Buat kuih sendiri, bakar lemang sendiri lg 10 ari nak raya mak dah sibuk merancang persiapan .. miss lah hai zaman ak kanak2 dulu

roseaaira Publish time 27-5-2019 01:19 PM

Raya dulu nostalgia sangat. Zaman budak zaman yang mana semua orang menerima budak ni jadi tetamu walaupun tak tahu anak siapa. Zaman mak ayah tak risau anak beraya sampai kampung sebelah pun. Zaman dapat duit raya 20sen 50sen pun dah seronok untung rezeki dapatlah $1 syiling warna emas tu. Zaman kuih raya sentias habis tetamu makan. Zaman bergotong royong buat kuih dengan jiran/kawan. Zaman sentiasa tunggu kad raya, kecoh bila pakwe hantar kad raya dapat pulak posmen hantar masa tgh buat kuih riuh semua nak sibuk baca jugak. Banyak sangat kalau nak disenaraikan. Nostalgia yang tak dapat sekarang ni. Sekarang cipta memori baru dengan anak pulak di zaman serba moden.

sweet_popcorn Publish time 27-5-2019 01:30 PM

Raya zaman kanak2 best sangat...malam raya meriah tidur berhimpit kat rumah atok...dengan berebut iron la...pagi2 raya da beratur depan toilet tunggu turn nak mandi..tengah2 beratur datang yang tua potong q plakkk..sabar je la...memang kenangan betul...sekarang dah tak sama..huhu..memori betul..tapi bersyukur masih diberi peluang sambut raya dengan famili tersayang..

nadiaaziz56 Publish time 27-5-2019 03:36 PM

Raya dulu solo - boring sikit
Raya sekarang dah ada anak - meriah sikit sebab layan keletah anak

boredomla Publish time 27-5-2019 08:51 PM

Raya zaman kanak2 dulu dgn sekarang lain sgt. Kenangan zaman dulu balik kampung ada pelita, bunga api berlari2 dgn sepupu. Ada marhaban, berjalan keliling kampung kutip duit raya. Zaman sekarang takde dah semua ni. Sekali pernah bagi anak main bunga api sepupu dia terhala kena tangan melecur sikit. First and last bagi

jojoe00 Publish time 28-5-2019 11:38 PM

Raya dulu best sebab dapat duit raya. Sekarang dah tak dapat :lol:

sarukhan Publish time 29-5-2019 01:31 AM

Raya dulu paling best. Pukul 4 pagi pon tak habis memasak mengemas. Meriah!!! sangat berbeza dengan raya sekarang. Tak boleh nak salahkan generasi sekarang. Huhu..

Dulu rumah atok nenek moyang kita besar.. Luas.. Adik beradik anak buah semua ada port tido masing2. Balik raya tak pernah jadi masalah.

Zaman harini, fasa dimana atok nenek sekarang ramai yg beli rumah teres atau rumah batu. Lepas pencen terus duduk rumah yg dibeli. Dah tak ramai atok nenek yg ada tanah pusaka.. Belum kira kos nak buat sebiji rumah. Kalau ada tanah pon, belum tentu dapat buat rumah sebesar dan sepanjang rumah kampung dulu2. Hujung2 anak menantu nak balik pon berkira2 samade tidur hotel atau sewa homestay yg mana, kemeriahan tu kurang rasa.

Zaman dulu, anak2 raya boleh keliling kampung. Advance sikit bole naik basikal ronda taman perumahan. Singgah tiap rumah yg ada. Zaman sekarang, nak lepas anak2 gi depan rumah pon kita kena perhati.. Sudahnya, anak terperuk dekat rumah layan gajet.

Semua ni peralihan zaman.. Tak dapat bayang macamana situasi raya akan datang. Huhuhu

Rindu sangat raya yang dulu..

johan-adx Publish time 29-5-2019 03:30 PM

teringt ayam ungkep kalau beraya kt johor

jejari_kekunci Publish time 29-5-2019 08:13 PM

Dulu raya kutip ang paw.

Sekarang raya. bagi ang paw. ;P

Tapi rasa seronok bila memberi. Tgk budak-budak happy terima ang paw kita pun happy. Bukan orang lain family sendiri. :)

mahalnya Publish time 29-5-2019 08:48 PM

Sudah tentu lah raya dulu seronok..dah kta ni org lama kn:lol: beli baju raya dgn mak n adik beradik, main mercun:lol:pusing satu taman braya ruma org kumpul duit raya..

n tak perlu pusing kepala memikir nak balik umah mentua pulak tahun ni:lol:   

Sekarang ni raya mana pun tak kisah..mak dah tak da..

meisapoya Publish time 29-5-2019 11:29 PM

Mestilah zaman kecil2 dulu sebab baju nenek i jahitkan. Suka jahitan nenek i, terus excited beraya. Macam2 style plak tu. Peplum ada, kebaya ada, maxi princess pon ada. Sebut je nak apa. Duit raya ratus2 dapat.

Sekarang, duit raya dapat gaya org dewasa bujang. Baju pon ala kadar je. Terpaksa beli sebab family i beria sangat. Tak matching pon kaler baju tapi..

farlis Publish time 30-5-2019 01:01 AM

Edited by farlis at 30-5-2019 12:43 PM

Zmn kanak2 la zmn yg paling best. Raya kt kg meriah sgt. Pasang panjut sepanjang jalan. Main bunga api. Yg remaja main berjenis2 meriam. Meriam tanah, meriam buluh, meriam batang kelapa, meriam palong besi.. Xde plak kes putus jari bagai. Baju raya dpt sepasang pun dh happy. Seminggu sblm raya, lps sahur tolong atok dgn mak buat kuih raya. Buat bahulu dlm tempayan kecik.. Jenuh ooo nak pukul telur bagai. Mana ada mixer. Pakai tgn. Bakar pki sabut kelapa. Yg jadi meriah, sbb duduk rumah tok, rumah pusaka. So time raya penuh la rumah.. Pakcik2 blk kg beraya. Mmg kitorang x putus terima tetamu. Duit raya pun kencang. Walaupun dpt 20 sen, 50 sen.. Besar nilai dia tu.. Lps tu konvoi ramai2 dgn kengkawan naik beskal pusing kg. Semua jiran buat konsep rumah terbuka. Kdg2 pegi kg sebelah, x kenal pun. Tp tetap di layan baik..

Bila i kawen, i jd pelik sbb mil x beria buat persiapan raya. Xde juadah raya etc.. Hubby i kata diorang dh biasa, so diorang akan blk umah tok utk beraya. lagi 1, mil mmg amalkan dasar pintu tertutup, dia x suka anak2 jiran dtg beraya. Mmg jauh beza la kan..

Now meriah tu dh kurang la sikit kan.. Raya ni yg meriah utk.bdk2 je.. Hb i plak x brp gemar dgn meriam bagai.. Org dudukpekan la katanyaaa... Hadap je laaa..

SherryZass Publish time 30-5-2019 08:10 AM

Raya dulula lagi meriah, rindu tapi masa dah berlalu. Rindu zaman kad raya, buat kuih raya, pasang pelita, raya beramai2 dengan kawan2 sampai penat ;P Dengar pengumuman raya, deborr takleh cakap. Bila dengar esok raya, melompat semua :lol:;P Rindunya..

SherryZass Publish time 30-5-2019 08:14 AM

farlis replied at 30-5-2019 01:01 AM
Zmn kanak2 la zmn yg paling best. Raya kt kg meriah sgt. Pasang panjut sepanjang jalan. Main bunga a ...

Tula, bila dah kawen, rasa lain sangat dengan family sendiri kan. In law I, masak jugak persiapan raya tapi versi kecil2an sebab family kecik. Kalau family belah I, semua besar2an sebab family besar. Lagi, kalau belah family I, pasang pelita penuh laman rumah pastu sehari sebelum raya memang sibuk mengemas. Bila belah in law, semua wat lek wat pis jah kekdahnya. Hihi. Nasib baik I boleh adapt gitu.

None68 Publish time 30-5-2019 08:36 AM

Raya dulu best, kita kisah main dgn mkn aje..raya skrg kita yg bersilat kat dapur..tak kiralah baik rumah mak sendiri ke mak mertua ker..lagi2 rumah sendiri..huaaa..

johan-adx Publish time 30-5-2019 11:14 AM

farlis replied at 30-5-2019 01:01 AM
Zmn kanak2 la zmn yg paling best. Raya kt kg meriah sgt. Pasang panjut sepanjang jalan. Main bunga a ...

ya sama..
dlu masa kecik..aku anak laki tunggal..apa lg kena pukul telur nk buat bahulu..
bakar sabut dgn tempurung dlm tin biskut tu..
pastu buat loyang...den la yg tlg acuankan..lenguh pinggang2
tu tak masuk mengecat rumah lg..hadoi..kira kecik2 dh kena buat mcm2..
Pages: 1 2 3 4 [5] 6
View full version: Raya dulu vs raya sekarang


ADVERTISEMENT