seribulan Publish time 4-5-2019 07:28 AM

Budaya Sedekah dalam sampul duit @ angpow

Kalau hari raya dedulu, dalam isi rm1. Sekarang rm2, 5, 10, 20 @ nilai lebih besar...
Seronok kalau dapat :)

umbut Publish time 4-5-2019 09:28 AM

Edited by umbut at 4-5-2019 09:30 AM

Zaman kecik2 raya dpt 20 sen satu rumah.. Kalau rumah org tu bagi 50sen kira paling besar.. Esok dtg lagi ngan group lain pki baju lain.. :lol:

harkktuih Publish time 4-5-2019 09:43 AM

Dlu zaman2 90an, gi round satu kg, even smp kg sebelah beraya dgn sepupu2.. Masyarakat lebih open time tu.. Lebih kepada dasar pintu terbuka.. Sape2 leh dtg beraya.. Xde nk judging anak sape lah ni segala bagai.. Zaman skarang dah berbeza..

bondeh Publish time 4-5-2019 10:50 AM

Saya duduk rumah flat dari kecik. Dulu2 bestnya malam raya dah pakat2 dgn kawan2 flat nak berkumpul jam berapa, lelaki perempuan kamceng. Pagi2 jam 9 dah mulakan misi. 1st pergi beraya blok paling hujung. Bila tengah jalan2 jumpa group budak blok sebelah, konvoi sama2. Makcik pakcik dulu2 best. Makcik bg sampul lain, pakcik bg lain. Motif beraya nak rasa kuih lain2. Walaupun pergi banyak rumah, semua yg dihidang semua ngap. Tuan rumah appreciate tengok budak2 makan bersungguh. Pernah dalam tahun 1995 macam tu, dapat sampul berat. Tengok2 tuan rumah bg singgit emas 2 butir. Rasa wow sangat sebab rumah lain paling byk 50cent je;P

Nostalgic sangat. Sampai sekarang masih beraya di rumah geng2 beraya ni, Tapi ramai jugak dah kahwin dah pindah tempat lain. Datang flat sekadar melawat beraya rumah jiran lama.

whadda Publish time 4-5-2019 11:19 AM

sekarang ni rata2 isi rm2 je.. kecuali sedara mara rm5 atau rm10 je.. itu pon sedara dekat

Ratutulip Publish time 4-5-2019 11:24 AM

dl2 ms zaman duit raya 1.00 syiling emas tu wahhh kemain seronok kalau dpt walau berat...

zaman lani, bdk2 pling skit dpt 2.00 dr jiran2 kalau sedara2 tu 5-10.00 tp dorng tkde dah moment berjalan 1 kampung dgn kwn2...

seribulan Publish time 4-5-2019 06:20 PM

Kakak pernah tertukar sampul duit raya nak beri anak buah terbagi adik sepupu. Mujur mak sepupu perasan dan pulangkan...

EvieWanKenobi Publish time 4-5-2019 06:48 PM

pernah terjadi ada yang dapat sampul
raya kosong dari tuan rumah..

sorang lagi ter-double lak duit note RM5..

kuihbakar Publish time 4-5-2019 06:48 PM

Dulu2 dapat duit raya. Sekarang bagi duit raya. Tapi saya pernah dapat duit raya sampaimasa dah anak seorang. Sebab masa tu belum kerja. Dapat duit dari pak sedara rm100.

Sekarang bagi duit hari last puasa tuSebab keutamaan sedekah ketika Ramadan. Anak2 saudara yang jauh tak dapat beraya sekali, bank in je duit raya diorang

seribulan Publish time 4-5-2019 06:57 PM

kuihbakar replied at 4-5-2019 05:48 PM
Dulu2 dapat duit raya. Sekarang bagi duit raya. Tapi saya pernah dapat duit raya sampaimasa dah an ...

Pernah gi open house dapat duit raya dalam sampul ni. Rasa gumbira balik jadi anak-anak :)

kuihbakar Publish time 4-5-2019 10:24 PM

seribulan replied at 4-5-2019 06:57 PM
Pernah gi open house dapat duit raya dalam sampul ni. Rasa gumbira balik jadi anak-anak

Kannnn. Lain macam perasaan bila dah besar tapi dapat duit raya. Hehehe

zueazza Publish time 4-5-2019 11:23 PM

Utk kanak2 atau anak2 sedara, tak letak dalam sampul pun. Utk parent baru letak dalam sampul

zueazza Publish time 4-5-2019 11:25 PM

Tengok sampul cantik2, sayang nak bagi kat orang

Foxey Publish time 5-5-2019 11:16 PM

Rindu zaman kita terima duit raya. Seronok wo. Fox last terima duit raya masa dah keja dari sorang pakcik ni. Lepas tu takde dah. Lepas keje sepupu2 semua menagih duit raya.

seribulan Publish time 7-5-2019 04:49 AM

Dah suruh adik tukar duit RM5 kat bank. Sampul dah simpan sampul salam kenduri nephew dulu- ada sekotak sampul :)

kristalbaby000 Publish time 9-5-2019 05:36 PM

dlo zaman 90an, meols mmg selalu ingat, biasa org akan bg duit raya rm10, rm5, rm2, rm1, rm0.50 dan 20sen. kat kampung meols dlo mmg ada bg 20sen.
Kalau nak diimbau kembali zaman dulu dengan sekarang. Banyak kenangan pahit manis sewaktu kita kanak-kanak pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Bukannya hanya hendak mengeratkan tali silaturrahim, bahkan hanya kerana satu impian, iaitu mengutip kekayaan di hari lebaran. Hehehe..

Zaman dulu meols kecik-kecik tidak ada perancangan bila pergi beraya. Main redah, sampai tak larat. Baru balik kira duit. Keuntungan yang diperolehi sangat boleh la.. sampai juga ratus-ratus.

Pusing satu kampung carik duit raya. Kumpul jiran jiran satu umur then buat road tour satu kampung. Makcik jiran tengok muka kitorang pun dah tau muka nak duit raya jer. Datang sekadar minum air sirap jer. Pastu wat muka seposen nak duit raya. Dapat duit raya terus chalo mencari mangsa seterusnya.

Pernah meols beraya jalan kaki satu kampung. Panas2 tu, pergi umah orang minum air jerk. kuih tak sentuh ni, nak bukak penutup pun tak nak, sibuk tengok tuan rumah tu bila nak bagi duit raya. Ada tu duduk2 kejap dah nak balik. Yelah nak buat collection duit raya secepat mungkin. Dapat 50 sen bangga macam dapat duit 50 ringgit.
itu la kenangan dlo yg meols ingat.

seribulan Publish time 15-5-2019 06:33 PM

Macam tak cukup duit yang suruh adik tukar untuk agihan duit raya. Tersilap kira :)

zueazza Publish time 16-5-2019 12:39 PM

Duit rm10 guna yg dok kumpul tu je. Ada kumpul duit rm10 nak guna utk raya.
Duit rm1 dah ada sikit balance yg lama. Tukar sikit je la nanti rm1 tu.


seribulan Publish time 16-5-2019 01:03 PM

EvieWanKenobi replied at 4-5-2019 05:48 PM
pernah terjadi ada yang dapat sampul
raya kosong dari tuan rumah..



Haha. Saya pernah bagi yang kosong kenduri kolig. Silap ambil sampul :)

-adnil- Publish time 16-5-2019 02:23 PM

untuk geng2 assalamualaikum makcik nak raya.. bagi singgit tak msuk dalam sampul pun..yang taruk dalam sampul rm5 ke atas ja kut...skrang ni sampul duit pn dah mcm2 design n cntik2 dengan kartun2 bagai org jual...tapi rasa sayangnya kalau dh dapat trus buang selepas amik isi
Pages: [1] 2 3
View full version: Budaya Sedekah dalam sampul duit @ angpow


ADVERTISEMENT