cmf_almondpecan Publish time 1-8-2019 09:38 PM

miminn replied at 1-8-2019 09:37 PM
Terbaca benda menarik harini dekat twitter. Gigih cari benang ni.

Cerita pasal raja mengurniakan gelaran Bini Muda yang teramat mulia kpd gundiknya ke?

miminn Publish time 1-8-2019 09:43 PM

1/2 thai royal dah iktiraf gundik

miminn Publish time 1-8-2019 09:44 PM

cmf_almondpecan replied at 1-8-2019 09:38 PM
Cerita pasal raja mengurniakan gelaran Bini Muda yang teramat mulia kpd gundiknya ke?

Yupp. Ada international journalist buat thread.

cmf_almondpecan Publish time 1-8-2019 09:46 PM

Anyway, raja siam mengurniakan gelaran Royal Noble Consort kpd gundiknya Sineenat Wongwatchirapak yg sebelum ini menjawat jawatan Kolonel dlm tentera. Sineenat ni la yg digelar Koi dan dilihat kerap berjalan dgn raja di Germany dgn berpakaian tank top dan bertatu palsu. Lepas raja ditabalkan, Koi dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral.

Isteri raja iaitu permaisuri yg rasmi yg digelar Nui sblm ni pula dinaikkan pangkat ke full General sebelum melangsungkan perkahwinan secara rasmi. Masa Koi dikurniakan gelaran Royal Noble Consort berapa hari lepas, Nui turut hadir dan menyaksikannya.

Gelaran mcm ni diberi pada kali terakhir sblm ini hampir 100 tahun lepas. Slps tu, siam dah buat undang2 monogami. Nampaknya raja siam dah hidupkan semula amalan ni.

SyahidiVa Publish time 1-8-2019 09:51 PM

cmf_almondpecan replied at 1-8-2019 09:46 PM
Anyway, raja siam mengurniakan gelaran Royal Noble Consort kpd gundiknya Sineenat Wongwatchirapak yg ...

Princess Pa pun dapat gelaran baru kan.. Mybe future queen regnant of thailand

miminn Publish time 1-8-2019 10:21 PM

cmf_almondpecan replied at 1-8-2019 09:46 PM
Anyway, raja siam mengurniakan gelaran Royal Noble Consort kpd gundiknya Sineenat Wongwatchirapak yg ...

Baca juga rakyat dah lebih open kritik raja. Bukan kesalahan besar ke kalau kritik, kenapa rakyat sekarang macam dah tak takut.

cmf_almondpecan Publish time 1-8-2019 10:50 PM

SyahidiVa replied at 1-8-2019 09:51 PM
Princess Pa pun dapat gelaran baru kan.. Mybe future queen regnant of thailand

Ya. Beliau dapat gelaran Krom Luang iaitu raja bergelar level ketiga, sama macam mendiang nenda sedaranya Princess Galyani yang merupakan Krom Luang Narathiwat.

cmf_almondpecan Publish time 1-8-2019 10:56 PM

miminn replied at 1-8-2019 10:21 PM
Baca juga rakyat dah lebih open kritik raja. Bukan kesalahan besar ke kalau kritik, kenapa rakyat...

Mungkin tidak kritik secara bertulis atau secara rasmi tp kalau kritik sesama sendiri tu mmg tak dapat dibendung disebabkan raja ni mmg buat perangai secara terbuka. Lagipun pelbagai media asing sentiasa mengikuti perangainya dan melaporkan dengan sensasi. Rakyat pun aktif membaca laporan asing dan zaman skrg mmg susah nak tutup kalau dah online. Zaman dulu nampak rakyat tak berapa open mengkritik mungkin sbb raja dulu tak berapa byk buat hal in public.

Nak kata rakyat tak takut pun tak bole kot. Sbb raja ni ada penjara peribadi kat istana menurut laporan media asing. Penjara tu pulak bersekali dgn krematorium. Ada sorang general yg buat dia murka dulu, terus masuk dlm penjara ni dan kemudiannya mati dan langsung dibakar di krematorium sebelah. Oleh kerana penjara ni dan fasilitinya diluluskan oleh kerajaan, maka dari segi undang2, raja mempunyai kuasa sah utk memiliki penjara peribadinya.


miminn Publish time 1-8-2019 11:16 PM

cmf_almondpecan replied at 1-8-2019 10:56 PM
Mungkin tidak kritik secara bertulis atau secara rasmi tp kalau kritik sesama sendiri tu mmg tak d ...

Haaa faham. Thanks penerangannya. Dari mula join forum ni memang minat thread pasal thai royal family

eedoraa Publish time 2-8-2019 06:14 PM

I baru jumpa thread ni memang sgt interesting. Tu pun lepas jumpa tweet Andrew Macgregor pasal King’s new official concubine

kaishi Publish time 4-8-2019 04:44 PM

Ok sy check-in.

Hashitah Publish time 4-8-2019 08:52 PM

cmf_almondpecan replied at 1-8-2019 10:50 PM
Ya. Beliau dapat gelaran Krom Luang iaitu raja bergelar level ketiga, sama macam mendiang nenda se ...

maknanya kan... takhta ni Princess still ada peluang lah kan bakal jd Ratu Thai? and nk tau psl anak lelaki raja thai mmg dia autism nimor ke berat ni

kaishi Publish time 4-8-2019 09:34 PM

Sy dok cari2 kenapa dia kurung wife no 3 tu

cmf_almondpecan Publish time 4-8-2019 09:43 PM

Hashitah replied at 4-8-2019 08:52 PM
maknanya kan... takhta ni Princess still ada peluang lah kan bakal jd Ratu Thai? and nk tau psl an ...

Tak semestinya sbb dari zaman dulu lg ramai prince dan princess yg dpt title Krom Luang ni. Misalnya Princess Walai Alongkorn mak sedara King Phumiphon dan Princess Kalayani Wattana kakak King Phumiphon.

Anak lelaki bongsu king katanya ada autism tp nampak mcm tak severe. Mungkin mid level kot. Tak pasti.

bottombikini Publish time 5-8-2019 11:15 AM

cmf_almondpecan replied at 1-8-2019 10:56 PM
Mungkin tidak kritik secara bertulis atau secara rasmi tp kalau kritik sesama sendiri tu mmg tak d ...

seramnye la haiii...masuk tak balik2 langsung jadi abu :funk:

notsospecial007 Publish time 5-8-2019 03:25 PM

seronok baca thread ni.. byk info royalthai.. paling terbaru gelaran gundik diraja tu laa.. speechless but bagi i, steady la Raja.. at least xberselindung..

lilylulu Publish time 5-8-2019 04:03 PM

SyahidiVa replied at 9-5-2019 08:53 PM
Hubungan Q Sirikit dgan Raja perempuan kelantan mcm agak baik kan?

hmmmm....

bluecheese Publish time 12-9-2019 05:09 PM

Janganlah, hmmmm, do tell please. Dah sebulan menunggu sambungan hmmmm. Thanks

Hashitah Publish time 29-9-2019 01:50 AM

pewaris takhta msih samar2.

cmf_almondpecan Publish time 29-9-2019 08:47 AM

bluecheese replied at 12-9-2019 05:09 PM
Janganlah, hmmmm, do tell please. Dah sebulan menunggu sambungan hmmmm. Thanks

Beberapa minggu ni gundik raja yg baru dikurniakan gelaran Royal Noble Consort dah mula ditunjuk aktivitinya dlm segmen khao nai phra ratcha samnak yg mendahului semua berita di siaran2 Thailand. Turutannya selepas semua ahli keluarga diraja barulah beliau.
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13] 14 15 16 17 18 19 20 21 22
View full version: Thai Royal Family v2


ADVERTISEMENT