mamarock Publish time 2-5-2019 01:36 PM

aleX-S replied at 1-5-2019 11:37 PM
Tabah mamamasa kecil dulu kat kampung, kami berlawan main meriam dengan orang kampung seberang ...

Seberang sungai oklah @aleX-S. Ni rumah mama yang kat tengah-tengah tu. Bunyi dan silau percikan api mercun tu dah memang macam kat medan peranglah. Mercun pulak bukan yang biasa. Yang beratus tu .. bunyi memang kuat. Terkejut-kejut mama sekeluarga. Last year, adik baru bersalin, kesian baby.

ipes2 Publish time 2-5-2019 01:36 PM

seribulan replied at 1-5-2019 06:15 PM
Haa ni pun wakil Selatan Thai. @ipes2 mesti biasa panjut gak...

eh tak pernah dgr la nama ni cik seri
pelita panjut batang bemban

... oooo pelita batang bemban ye
he he kecik2 penah tgk org guna kat kg
meriah

ipes2 Publish time 2-5-2019 01:42 PM

seribulan replied at 1-5-2019 06:46 PM
Rantau panjang @ipes2




ye sy ke golok ikut rantau panjang
pernah tertidu nak gi pasir mas dari kb
sampai ke pnghujung jln dekat sungai golokbaru bgn
sy sorang dlm bas

seribulan Publish time 2-5-2019 02:09 PM

ipes2 replied at 2-5-2019 12:36 PM
eh tak pernah dgr la nama ni cik seri
pelita panjut batang bemban



bemban ni buat mancing juga macam ada tu forumner mana cerita...

https://google.com/thumb/e/ec/Dona_canni_100526-2112_sap.jpg/180px-Dona_canni_100526-2112_sap.jpghttps://google.com/thumb/c/c3/Dona_canni_100526-2110_sap.jpg/250px-Dona_canni_100526-2110_sap.jpg
https://google.com/thumb/0/02/Dona_canni_101102-8391_lap.jpg/180px-Dona_canni_101102-8391_lap.jpg


cik_kuntum36 Publish time 2-5-2019 03:41 PM

best nye pelita... tahun ni nak psg pelita la bg meriah skit...

cik_kuntum36 Publish time 2-5-2019 04:11 PM

cik_kuntum36 replied at 2-5-2019 03:41 PM
best nye pelita... tahun ni nak psg pelita la bg meriah skit...

Terima kasih @seribulan coz bg point... mmg nak kumpul point bebyk pun ni :loveliness:

aleX-S Publish time 2-5-2019 06:32 PM

@Foxey sini sini sini. Panjut pelita tak? Main bunga api tak?

kuihbakar Publish time 2-5-2019 06:46 PM

KILL_NANCY replied at 2-5-2019 11:07 AM
tin sardin tu potong sikitkan buat pemegang sumbu tu.

dulu saya tak pacak pelita letak atas tem ...

Ya betul2. Tapi kami pakukan kat batang kayu pastu pacak

bianglala Publish time 2-5-2019 09:03 PM

KILL_NANCY replied at 1-5-2019 02:44 PM
@bianglala lama tak nampak.

sibuk sikit lately. :D

bianglala Publish time 2-5-2019 09:10 PM

panjut ya. biasanya pasang panjut pelita yang jenis macam ni :

http://3.bp.blogspot.com/-y6EbykGgeUA/U832e0Lu1vI/AAAAAAAABYk/t0f6foOb-lM/s1600/pelita+besi.jpg

barulah rasa "feel" nak raya.. tatau la, mungkin sebab masa kecik dulu pasang pelita tin ni, tu yang rasa terlebih nostalgik dengan pelita jenis gini...

biasa pasang tak banyak pun, 10 pelita camtu... mintak tanah pun mahal nauu sekarang..

Bongsu Publish time 3-5-2019 12:12 PM

Salam adik2...

kg achik dulu kami pangge panjut ja...not pelita panjut..

selalunya kg achik meriah masa dah 2 minggu lagi nak raya..jiran2 dah start pasang panjut depan umah masing2...kalau malam 27 likur lak, kami ada pertandingan panjut baq hang..!!hadiah dia hamper ler..masa tu hamper kira glamer gila dah tu hahahahaha..

achik & abg achikperembat moto ayah pi pusing2 satu dua kampung yg masuk pertandingan panjut tu pada malam 27 likur..macam2 bentuk& kreativiti org2 kg keluarkan tuk menang punya pasai... bukan kecik saiz panjut tu ...besaq macam signboard kat highway tu pun ada..

lepas maghrib , selalunya tugas abg achik lah yg kuarkan bekas panjut tu, isi minyak gas & gantung kat pagar keliling umah..achik tolong nyalakan panjut ja...berjelaga idung weh.. lepas tu barulah sessi main mercun bermula hahahahaha.... abg achik gan geng dia main meriam buluh...lawan gan kg sebelah...tapi heran gak time dulu tak dak pun budak2 kg yg putus jari ka..mercun meletup ka..mungkin kami org2 lama ni main tertip kot hahhaahaa..

Anak2 achik masa kecik dulu merasalah nengok panjut ni kat kg belah bapak depa..sbb achik duk kat taman..tapi belah bapak nya tak pangge panjut , depa panggil pelita...sampai la ni org kg masih pasang pelita time 27 likur.

tapi paling achik nak gelak bila masa baru kahwin gan pokciknya...balik kg time puasammg meriahlah gan jiran segala pasang panjut bagai....bgtau dia - " tu panjut cantik nya..meriah!!..boleh pokciknya tanya.." panjut tu apa? antu bungkus ka?mana?..mana?..dia dah steady nak lari..

adoiii laaa...antu bungkuih gan panjut tu jauh panggang dari api kot!!...kang kata bongok kang..derhaka lak...susah sungguh kalu kawin gan lain negeri ni...dah macam kawin gan org nigeria lak..hahhahahahaha...

seribulan Publish time 5-5-2019 07:47 PM

:'( panjut kat RTC habis dah...ngaku cepat siapa borong ;P

seribulan Publish time 5-5-2019 07:59 PM

miu84 replied at 1-5-2019 11:30 PM
Waktu kecil dulu bila seminggu lagi nak raya, ayah suka bawa jalan jalan keliling kampung untuk teng ...

Terbeli lampu lip lap sudahnya :loveliness: arwah abang no.2 suka pasang ni...

Foxey Publish time 5-5-2019 11:31 PM

aleX-S replied at 2-5-2019 06:32 PM
@Foxey sini sini sini. Panjut pelita tak? Main bunga api tak?

Hofkos la. Though nowadays, dah tak macam dulu. Dulu2, fox la tukang isi kerosene dalam pelita wo. Sememeh muka kena jelaga. Pelita kami pulak siap my late grandpa custom made. Shape dia macam bulu tangkis. Made from aloy. And we have lots, pasang keliling rumah.

Bukan takat bunga api, mercun pun main, tapi bukan yang self-made la. Ada one night ni, main bunga api and mercun, my sis nye baju tido siap terbakar weh. Sib baik tak serius. Terus kena piat telinga dengan mak, huhuhu.

seribulan Publish time 6-5-2019 05:23 AM

Foxey replied at 5-5-2019 10:31 PM
Hofkos la. Though nowadays, dah tak macam dulu. Dulu2, fox la tukang isi kerosene dalam pelita wo. ...

Saya tugas raya- urus panjut, duit raya :)

kristalbaby000 Publish time 9-5-2019 11:21 PM

Pelita panjut bukan sesuatu yang janggal dalam masyarakat Melayu, apatah lagi dalam suasana menjelang lebaran. Pelita panjut ialah lampu-lampu bertenaga minyak yang diperbuat daripada pelbagai bahan seperti buluh, tin susu dan seumpamanya. Ia dipasang pada sebelah malam dan menceriakan suasana Malam Tujuh Likur.

Budaya ini dikatakan ada kaitan dengan kedatangan Malam Seribu Bulan ataupun Lailatulqadar. Bagaimanapun, ia bukanlah ajaran agama Islam. Sebaliknya, pemasangan pelita panjut ini lebih kepada budaya turun temurun masyarakat Melayu itu sendiri. Meols sendiri tidak pasti sejarah panjut tetapi pada hemat meols, ia tidaklah menjadi masalah kepada kita asalkan niat yang baik. Panjut dipasang bagi menceriakan malam lebaran dan memberi kegembiraan menyambut Syawal, terutama kanak-kanak. Meols masih ingat, ketika zaman kanak-kanak, pelita panjut dibuat sendiri. Cucu kampung seperti meols tidak terkecuali. Meols dan cousin akan mencari tin susu kosong sebanyak mungkin.

Sesetengah rakan meols mendapatkan buluh di hutan, bersebelahan kampung meols. Tapi itu agak berisiko. Kawasan hutan banyak bahayanya. Memikirkan itulah, meols lebih selesa mencari tin-tin susu kosong.

Ayah biasanya memberikan sokongan di belakang. Misalnya, untuk membeli minyak tanah, meols akan dapatkan bantuan kewangan daripada ayah. Tin susu itu akan ditebuk di bahagian atasnya untuk dimasukkan sumbu daripada tali guni. Saudara yg lain juga membantu menyediakan tiang untuk menyangkutkan panjut apabila siap nanti. Pada sebelah malam, selepas berbuka puasa, meols akan cepat-cepat memasang pelita panjut, supaya suasana di rumah kami juga menarik seperti rumah jiran dan rakan lain.
Usai bermain bunga api dan menikmati keindahan panjut di rumah sendiri, meols akan ke masjid untuk solat tarawih di masjid yang terletak kira-kira 700 meter dari rumah.

Hari ini, pelita panjut melalui evolusi yang lebih menarik dan dikomersialkan. Meols hanya membeli pelita panjut plastik yang hanya perlu diisi minyak sahaja. Minyak disel dijadikan pengganti kepada minyak tanah, kerana hari ini, minyak tanah sukar dicari.Anak-anak hari ini sudah tidak tahu sangat kehebatan pelita panjut daripada buluh, apatah lagi membuatnya. sayangnya lahai.... byk memori zaman dahulu yg best2 tp sudah tidak dipraktikan. ini akibat dr peredaran zaman dan hp yg canggih, telah meragut keseronokan yg hanya org zaman dahulu memahami.
walau skrg meols hanya beraya di bandar, pelita panjut tidak pernah dilupakan utk ank2 buah meols.. mengeratkan silaturahim gituh...

raihaneem Publish time 10-5-2019 12:07 AM

Balik kg kat perak ada la pelita semua ni..dulu masa kecik2 sepupu n abg2 dia rajin psg pelita..kdg buat sndiri ja guna buluh...pasang spnjg jln nak ke rumah...
Mmg cun...

seribulan Publish time 11-5-2019 03:12 PM

Masih tak jumpa panjut :(

None68 Publish time 30-5-2019 08:33 AM

Teragak plak nak pasang pelita sbb kucing jiran keje berak kat rumah kita..mungkin pelita jln penyelesaiannya..bolehlah sambil main bunga api..yeay!

seribulan Publish time 30-5-2019 10:23 AM

None68 replied at 30-5-2019 07:33 AM
Teragak plak nak pasang pelita sbb kucing jiran keje berak kat rumah kita..mungkin pelita jln penyel ...

Selalu nampak yang letak bebanyak botol isi sirap merah tu untuk elak kucing datang?
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7
View full version: Pelita Panjut batang Bemban...


ADVERTISEMENT