eddlisa_uyuk Publish time 30-4-2019 01:47 PM

AKASIA : 30 PESANAN SUARA [SHUKRI YAHAYA,HANNAH DELISHA,SAHARUL RIDZWAN]

Edited by eddlisa_uyuk at 27-5-2019 01:10 AM

Bakal ditayangkan drama 30 Pesana Suara pada 6 Mei di bulan Ramadan nanti di slot Akasia TV3. Drama 30 episod ini diarahkan oleh Pali Yahya, skrip Nieza Nahar dan terbitan syarikat Suhan Movies & Trading Sdn bhd. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad jam 7 malam di TV3.



Para PelakonShukri Yahaya, Hannah Delisha, Saharul Ridzwan, Izzue Islam, Ain Edruce, Zarina Zainuddin, Ruzana Ibrahim, Azhar Amir, Farisha Irwayu, Riz Amin, Hanna Aqeela, Erwin Dawson, Isaac Iman.
SINOPSIS 30 PESANAN SUARA
Mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Iman, Syafira dan Izman. Suatu hari, dalam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak kesampaian apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Disebabkan sudah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira

Jangan ketinggalan mengikuti drama 30 Pesanan Suara ini yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan nanti di slot Akasia TV3.

hayrin86 Publish time 1-5-2019 08:37 AM

Kali pertama slot Akasia bersiaran setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad

willow12 Publish time 3-5-2019 10:41 AM

Baca sinopsis mcm drama komedi ke ni..?

LiliSam Publish time 3-5-2019 04:19 PM

tak penah citer hannah delisha berlakon..ahaha ,

nur.nilam.sr Publish time 6-5-2019 01:34 PM

Edited by nur.nilam.sr at 12-5-2019 10:34 AM

Sinopsis dan nama watak kat atas ni mcm x betul je.. Kalau ikutkan ig dramasangat, lain..Itu pun sedikit je infonya..

Yg penting ini bukan adaptasi novel kan. So, akan try layan citer ni pulak.

Kancilkering Publish time 7-5-2019 07:04 PM

Nape lah syuk dpt role camni back to back
Anak org kaya anak emak.....

Nasib baik SR...balance sket hensem hehehehehee

mimi77 Publish time 8-5-2019 12:45 PM

nur.nilam.sr replied at 6-5-2019 01:34 PM
Sinopsis dan nama watak kat atas ni mcm x betul je.. Kalau ikutkan ig dramasangat, lain..Itu pun sed ...

sinopsis drama apa yg depa bagi tu?;P

paz Publish time 9-5-2019 11:56 AM

Macam lain aja sinopsis kan.

DaoMing_Si Publish time 9-5-2019 12:38 PM

TT salah sinopsis ni.. tu sinopsis ajak oh ijal drama pukul 6.30 kat tv3 gak.. bukan cite ni..

eddlisa_uyuk Publish time 9-5-2019 01:17 PM

AHHHA baru perasan sinop salah ;P

so dah delete

nur.nilam.sr Publish time 9-5-2019 01:32 PM

mimi77 replied at 8-5-2019 12:45 PM
sinopsis drama apa yg depa bagi tu?

TT bagi sinopsis drama ajak oh ijal, citer komedi tv3 yg tayang jam630 ptg..Tp nampaknya TT dah delete tuu..

putribatrisya Publish time 9-5-2019 11:04 PM

setakat ni boleh folo cite ni
sb SY hihi

caca_eric Publish time 12-5-2019 06:27 AM

mana sinopsis ni.. x fhm la citer ni.. tp lyan gak

eddlisa_uyuk Publish time 12-5-2019 07:36 AM

dah edit dah sinopsis.....tu je yang jumpa

nasbab86 Publish time 12-5-2019 10:06 AM

bru aku phm ape relate tajuk ngn drama ni. sbb aku bru bace sinopsis. hehehe
ok, nnt bru nk strt tgk dr epi 1. huhu

nmi Publish time 12-5-2019 12:51 PM

tak paham aku apa motip cter nie..memula SY suka hannah, hannah suka Sy..pastue tetiba saharul pun suka..SY plak nak rapatkan saharul dgn hannah..n tetiba hannah plak suka saharul...then watak izzue islam plak menyampah kat semua org...hahahah tak paham layan cte nie time lepas buka..

mimi77 Publish time 13-5-2019 11:11 AM

nmi replied at 12-5-2019 12:51 PM
tak paham aku apa motip cter nie..memula SY suka hannah, hannah suka Sy..pastue tetiba saharul pun s ...

lg menyampah watak kakak syafira tu...teruk sgt aih benci pd lelaki/perkahwinan

missbigrockstar Publish time 13-5-2019 07:39 PM

Edited by missbigrockstar at 13-5-2019 07:41 PM

nmi replied at 12-5-2019 12:51 PM
tak paham aku apa motip cter nie..memula SY suka hannah, hannah suka Sy..pastue tetiba saharul pun s ...

Saya pun tak paham drama ni. Pening dgn story line dia, serabut. Dah la nama watak2 pun nak sama. Mcm takda tarikan nak buat kita rasa tak sabar nak tunggu episode esok nya. Yg kakak nama Syazana tu anti laki/perkahwinan mcm tak logik haha

babycc Publish time 13-5-2019 10:14 PM

Cerita ni makin menarik.. episod hari ni sedih sgt..

nsmy Publish time 14-5-2019 10:36 AM

babycc replied at 13-5-2019 10:14 PM
Cerita ni makin menarik.. episod hari ni sedih sgt..

betul tu... sedih tgk fira kehilangan iman

Pages: [1] 2
View full version: AKASIA : 30 PESANAN SUARA [SHUKRI YAHAYA,HANNAH DELISHA,SAHARUL RIDZWAN]


ADVERTISEMENT