bawangkecik Publish time 30-4-2019 11:26 AM

Bulan Ramadan Menjelang Tiba, Apa Kuih Kegemaran Anda Bila Berkunjung Ke Bazar?

Ramadan kini kian menghampiri, rasa cepat betul masa berlalu kan? Terasa tidak sabar pula menantikan bulan Ramadan kerana suasana sepanjang bulan yang menginsafkan dan meriah dengan aktiviti keagamaan dan persiapan menjelang Aidilfitri.

Namun, Ramadan juga terkenal dengan kemeriahan bazar makanan dan minuman. Selalunya, hari-hari tertentu saja bazar makanan dibuka untuk orang awam, ataupun lebih mesra dikenali sebagai pasar malam untuk penduduk tempatan.


Tetapi, lain pulan untuk bulan puasa, kerana bazar makanan dibuka sepanjang 30 hari!


Pelbagai variasi makanan, minuman serta kuih-muih bakal muncul di bazar Ramadan tidak seperti hari kebiasaannya. Kuih-muih 'edisi terhad' juga dijual, namun kadang-kadang susah juga nak mendapatkannya sebab habis awal.


Hmm, lapar pula penulis. Jom kita tengok jenis kuih yang sering kali menjadi igauan apabila tibanya bulan penuh hikmah ini.




1. Tepung Pelita



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/100856tjt1zmm959iuztys.jpg
Sumber foto : Google




Sering kali disalah anggap sebagai kuih tako, nampak sama tapi tidak serupa ya! Kuih tepung pelita ini lebih lemak manis dan diperbuat daripada tepung beras dan dibalut dengan daun pisang berbanding kuih tako yang menggunakan tepung jagung dan dibalut dengan daun pandan.


Teksturnya lebih lembut dan berair berbanding kuih tako.




2. Puteri Mandi



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/100943gc7emo8zcee0xju7.jpg
Kredit Foto: Google



Kuih ini memang sedap, walaupun agak renyah untuk disediakan. Malas buat, boleh beli saja lebih senang. Di sesetengah negeri ianya dikenali sebagai kuih badak berendam. Kenyal-kenyal dan dinikmati dengan gula melaka. wah, sedapnya!



3. Kuih bakar daging



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/101033hj00ffrl8p08jpf8.jpg
Kredit Foto : Google



Kuih bakar daging ni kadang-kadang boleh jadi menu utama berbuka puasa dan tidak perlu makan nasi pun sudah cukup. Nampak sama seperti acar berlauk, tetapi acuannya berbeza. Sedap dinikmati dengan sos cili.




4. Kuih akok



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/101156s3l9lp7pi7zblh9w.jpg
Kredit Foto : Google




Kuih yang wajib dinikmati di bulan puasa. Terkenal di negeri pantai timur, kuih akok datang dengan pelbagai bentuk seperti bujur dan mengikut acuan bahulu.




5. Bengkang ubi




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/101242odhxdd1gkkaddkyc.jpg
Kredit Foto : Google


Kuih tradisional ini memang enak dimakan sebagai pencuci mulut. Sedap!




6. Kuih butir nangka



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/101343i8vhcvspunh8t68o.jpg
Kredit Foto: Google



Satu lagi juadah yang terkenal di pantai timur. Rasanya yang kenyal dihidang bersama santan dan gula melaka, memang umph!




7. Koci lemak manis



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/101445ug999p90c0ljc6lj.jpg
Kredit Foto: Google



Walaupun selalu juga ditemui di gerai-gerai di hari biasa, tetapi kalau di bulan puasa teringin pula nak makan. Pelik tak?




8. Kuih Cek Mek




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/101532wz5f0mz84x44qfq4.jpg
Kredit Foto : Google


Jangan cerita pasal kuih-muih kalau tak kenal cek mek ini. Dihasilkan daripada ubi keledek dan mempunyai inti air gula, apabila digoreng rangup mengalir air gula tersebut. Alahai cek mek molek...




Zaman pun sudah berubah, lambakan kuih muih 'hipster' semakin bermaharajalela di pasaran tempatan. Seperti contoh, segala makanan hendak ditabur keju leleh. Apa-apapun, kuih tradisional tetap di hati. Kongsikan menu kuih kegemaran anda di bulan puasa di ruangan komen.


Selamat menyambut bulan Ramadan! - CARI

RatuDunia94 Publish time 30-4-2019 11:35 AM

Semua kuih2 tu tinggi kadar gulanya.. jd makanlah berpada2. Takut bila syawal menjelma x muat plak kebaya idaman..

buapakperut Publish time 30-4-2019 11:39 AM

sedapnya koci... huhuhu.. bulan ramadan iols pentingkan minum dari makan. huhu.

noraidil_06 Publish time 30-4-2019 11:40 AM

Butir nako lah. {:hooray

prettyuglybabe Publish time 30-4-2019 11:50 AM

i suka tako dari tepung pelita..
lagi satu badak berendam..
sedapnya :laugh3:

komotthecat Publish time 30-4-2019 01:50 PM

Time puasa smua bnda nk bli

tagas Publish time 30-4-2019 03:51 PM

bubur lambuk isi daging panas2

bubur pisang sodap nyoooo :loveliness:

kaklong32 Publish time 30-4-2019 04:42 PM

ai bercadang nak berdiet sket pose kali ni
semoga tercapai azam ini :2lol:

farlis Publish time 30-4-2019 07:13 PM

Tepung pelita.. Hrp2 thn ada lg tepung pelita yg sedap dkt bazar ramadan umah i..

myakayina Publish time 2-5-2019 12:33 PM

kuih wajib;
tako (jarang jumpa) / tepung pelita (banyak je)
popia sira sambal
karipap sardin

hazelinsnow Publish time 2-5-2019 12:54 PM

Putu perak kt bazar usj 4.. harap ada la tahun ni

LadyCarefree Publish time 2-5-2019 01:57 PM

Choc mousse!

EvieWanKenobi Publish time 2-5-2019 05:43 PM

paling suka puteri Ayu..:drool3:

seterusnya kuih kole.. popia basah..

mesmerize Publish time 2-5-2019 09:00 PM

suka kuih keria, kastad jagung, karipap panas2, pastu suka cucur udang buat sendiri baru penuh dengan udang yang lazat

lee_sakura Publish time 5-5-2019 10:23 AM

aku suka samosa tp susah nk jumpa samosa inti penuh, selalu inti oksigen je

puanbintang Publish time 6-5-2019 08:16 AM

cucur badak tapi susahnya nak cari yang sedap....

leyassi Publish time 6-5-2019 03:13 PM

Puteri mandi and butir nangka tu mg fav iolsss . bagi seperiuk pun boleh habis tuuu.

kakanne Publish time 6-5-2019 07:56 PM

akok .. ptg ni gi param x jumpa akok. hampa

ahd_naa Publish time 7-5-2019 10:54 AM

semua suka kecuali bingka ubi..hehe.

chicozinn Publish time 9-5-2019 11:07 AM

anak aku bru lpas discharge dari wad smalam sebab cirit n muntah2 mkan donut kt bazar..ksian umo 1 thun 10 bulan tp badan lembik gle sbab sah kne keracunan makanan..so lpas ni aku klu nk bli mknan kat bazar aku nk bli benda yg bru masak je sbab donut anak aku mkn tu bertutup tp tu la leh kne lak..hmm
Pages: [1] 2
View full version: Bulan Ramadan Menjelang Tiba, Apa Kuih Kegemaran Anda Bila Berkunjung Ke Bazar?


ADVERTISEMENT