Kurex Publish time 25-4-2019 02:26 PM

INI HOBI KU, KORANG MINAT JUGAK KE?

Aku start bela ikan secara serius masa tahun 2017. Sebelum tu bela suka2 je. Saje nak bagi luangkan masa. Aku bela ikan puyu masa tu.
Satu hari tu aku tertengok video dekat youtube pasal ikan guppy.
Terus aku terkesima walaupun sebelum ni banyak kali aku lalu dekat pasar pudu, langsung tak pandang ikan guppy ni.
Aku keluarkan duit rm100, beli aquarium, sederhana besar, beli ikan guppy jantan 2 ekor, ikan betina pulak aku sauk je dekat longkang belakang flat aku ni.
Lepas tu ada duit lebih sikit aku beli tanah yg utk aquarium tu..
Awalnya aku nak buat garden tapi sebab komitment, aku lupakan je. Aku beli pokok air, lepas tu biarkan je dia serabut gitu, membiak sihat jugak ikan aku. Sekarang ni aku buat mini akuarium pulak.. Baru ada 5, ni antara mini akuarium aku. Guna bahan kitar semula je. Jimat dan mesra alam. Dalam satu bekas ada 3 ekor ikan.

Kurex Publish time 25-4-2019 02:31 PM

Jom kita tengok gambar lagi.
Ni aku asingkan ikan yg dah mengandung dengan tak.. Hasilnya banyak gila anak dia.Ada 3 orang yang bunting. Utk yg belum tau, ikan guppy betina simpan tolo dia sampai menentas dalam perut.

Kurex Publish time 25-4-2019 02:32 PM

Ewahhh kemain dia berenang.. Termasuk ni ada dua pasu utk ikan. Tak termasuk aquarium yg aku beli 1st time tu.. Dengan aquarium utk anak ikan laga. Dah 3 generasi ikan laga aku.

Kurex Publish time 25-4-2019 02:35 PM

Edited by Kurex at 26-4-2019 07:56 AM

Daun ketapang kering aku guna utk jadukan ubat semulajadi utk ikan laga dengan guppy. Ikan guppy pun sihat utk beromen dengan ikan betina. Tapi ikan betina ni makan tolo dia sendiri. Si jantan pulak sedaya upaya jaga telur dia. Sampai sanggup bunuh ikan laga betina semata utk tolo tu. Sekarang ni siapa yg trash???

Kurex Publish time 25-4-2019 02:38 PM

Nampak tak sekor anak ikan laga tu? Warna sedikit kemerahan. Ada 5 je dapat survive. Tapi susah gila nak tangkap gambar, sebab dorang suka menyorok dekat bawah ranting dengan alga..

Kurex Publish time 25-4-2019 02:40 PM

Nampak tak anak ikan guppy tu? Ni dalam akuarium sederhana besar tu. Memang selerak dengan pokok. Saje aku biarkan. Dalam akuarium ni, aku campurkan sekali dengam neon petra ke apa ntah nama dia.

noor2 Publish time 25-4-2019 02:51 PM

Wah...

Menarik hobi tt. .....ni pun satu terapi minda dan jiwa ....seronok tengok ikan dan tumbuhan air. ...

Kurex Publish time 25-4-2019 02:57 PM

Kalau pergi joging, mesti sauk anak katak utk 2 ekor ikan puyu.ikan puyu letak dalam bekas tong sampah yg warna hitam tu je..

Andyscenes Publish time 25-4-2019 02:58 PM

Aku pun minat jugak, tapi terkandas sbb anak2 ikan semua mati. 4 bulan still x membesar. Pastu kiok. Byk kali da. Last2 aku bela gitu2 je

Kurex Publish time 25-4-2019 03:02 PM

noor2 replied at 25-4-2019 02:51 PM
Wah...

Menarik hobi tt. .....ni pun satu terapi minda dan jiwa ....seronok tengok ikan dan tumbuh ...

Best.. Yg tak best bila kucing sauk ikan tu mod.. Siap kencing dalam pasu tu. Habis mati. Tapi tak beli ikan baru, letal ke ikan yg dah bunting, walahhhh 2-3 hari dah beranak. Kalau bela kita exited gila nak tengok besar nanti warna ekor dia macam mana.

myakayina Publish time 25-4-2019 03:04 PM

TT,aku dulu dah pernahbuat mcm ni..sampai dah beranak pinak ikan laga dgn guppy aku..ko kena asingkan ibu dia klu dah beranak tu sbb mmg ibu akan mkn telur dan anak dia..ikan jantan tak mkn..

sudahnya aku bagi ke adik aku je bela sbb takde masa sangat nak jaga..daun ketapang mmg sentiasa aku standby, nasib la kat perumahan aku ni ada pokok tu..aku kutip je daun dia..:lol:

paling aku sedih ikan laga aku yg paling aku syg nama Thomas mati..balik keja tengok2 dia dah terapung je..:'(Thomas tu manja..paham klu aku ckp dgn dia..klu aku tengok tv, dia pun sibuk jgk tengok screen tv aku.. paling ajaib ikan puyu aku la, aku beli 4 ekor..tiba2 sekor hilang padahal aku tak bukak pun akuarium dia tu ..puas aku cari satu rumah..celah kabinet aku letak akuarium tu sumer..tapi tak jumpa..misteri sampai skrg..

skrg ni aku stop dulu hobi bela ikan ni..maybe nti nak start balik..

Kurex Publish time 25-4-2019 03:09 PM

Nampak buih tu? Dalam tu ada tolo tau... Ikan laga ni aku beli dekat pasar pudu tapi aku ingat nak pergi sawah lepas tu sauk je..

Kurex Publish time 25-4-2019 03:10 PM

myakayina replied at 25-4-2019 03:04 PM
TT,aku dulu dah pernahbuat mcm ni..sampai dah beranak pinak ikan laga dgn guppy aku..ko kena asi ...

Ada orang ambik ke? Ada ada orang mintak lepas tu ahli keluarga kau bagi je tanpa kau tau?

myakayina Publish time 25-4-2019 03:20 PM

Kurex replied at 25-4-2019 03:10 PM
Ada orang ambik ke? Ada ada orang mintak lepas tu ahli keluarga kau bagi je tanpa kau tau?

aku dah tanya semua org dah dlm rumah..semua ckp takde usik pun ikan2 tu dan tak tau mcm mana boleh hilang sekor tu..last2 yg lagi 3 ekor tu pun x panjang hayatnya..tapi lama jgk la aku bela..

Kurex Publish time 25-4-2019 04:09 PM

Sebenarnya aku percaya cerita kau. sebab aku pun pernah kena. Puas cari tapi tak jumpa. Sampai sudah aku redha je. Masa tu aku sekolah lagi. Aku tuduh kucing aku makan. Hahahaha tapi kucing aku tak pernah masuk.

lilo_stitch Publish time 25-4-2019 05:10 PM

myakayina replied at 25-4-2019 03:04 PM
TT,aku dulu dah pernahbuat mcm ni..sampai dah beranak pinak ikan laga dgn guppy aku..ko kena asi ...

Dia lompat kot. Puyu kat suka melompat.

lilo_stitch Publish time 25-4-2019 05:14 PM

Aku ada gak bela baby guppy ni. Beli guppy betina perut buncit, esok dah branak pinak dkt 30 ekor. Esoknya mak guppy tu mati. Aku siap belah perut dia buat postmortem, ada 5-6 ekor babies dah mati dlm perut mak dia.

Babies guppy aku tu skrg ada dlm 15 ekor yg hidup, dah dkt 2 bulan baru npk warna kat ekor dia. Tp musykil sket lah, ada 3 ekor baby ni aku tgk makin lama makin kecik. Apsal ek. Padahal kerap aku bg makan kat dorang

Kurex Publish time 25-4-2019 05:30 PM

lilo_stitch replied at 25-4-2019 05:14 PM
Aku ada gak bela baby guppy ni. Beli guppy betina perut buncit, esok dah branak pinak dkt 30 ekor. E ...

Makin lama makin kecik?Yang 3 tu yang dah mati dalam perut ke? Pelik jugak. Ok macam ni. Sebenarnya bukan makin kecik, ikan lain yang makin besar. Tu yang nampak ketara dia kecik, walhal tak. Tak semua boleh membesar secara serentak. Macam ikan aku, memang ada yang kecik, ada yang besar walhal dari sulbi yang sama. Tu perkara biasa.

mziskandar Publish time 25-4-2019 06:02 PM

beberapa thn sudah, aku try2 gak membela ikan.. kalau x mati, hilang..puas carik. x jumpa. mungkin kt umh aku ada monster yg x nampak. pokok pun susah nk hidup.. yg hidup halia kat dapur. bila aku attend, dia mati. bijik kacang ijau jadi taugeh pun x mo idup ngan aku.. mungkin akulah monsternya... sekian.

CiliPadiSedap Publish time 25-4-2019 06:27 PM

bestnya bela ikan, kaka bela ikan sekali kucing ngap.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: INI HOBI KU, KORANG MINAT JUGAK KE?


ADVERTISEMENT