Sang_Pencinta Publish time 25-4-2019 10:26 AM

Mengujakan! Belum Mula Tayangan Tapi 'Avengers: Endgame' Sudah Pungut RM10 Juta!

Kemunculan filem yang ditunggu-tunggu ramai ‘Avengers: Endgame’ kini menghebohkan peminat filem tempatan apabila ramai yang sudah menempah tiket untuk menontonnya jauh sebelum hari tayangannya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/063953elizwiml9ninania.jpg
Kredit foto: Marvel Studio




Menurut data yang dilaporkan oleh Marvel Malaysia, penjualan tempahan tiket untuk filem itu sudah memecahkan rekod box office sebagai filem dengan pungutan tiket tertinggi melalui tempahan awal.


Setakat ini, filem yang dikatakan kesinambungan daripada Infinity Saga itu sudah memungut RM10 juta!




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/064031d9wyu99zsuvn5ddz.png
Kredit foto: Marvel Studio




Dengan pungutan yang tinggi itu, filem ke 22 milik Marvel Cinematic Universe's (MCU) dijangka bakal mengatasi pungutan keseluruhan Avengers: Infinity War sebanyak RM71.5 juta, pemegang rekod pungutan tertinggi di Malaysia.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/064058gtqt291o0h1h9i60.png
Kredit foto: Marvel Studio




Filem yang mula ditayangkan minggu ini itu juga direkodkan dalam Malaysia’s Book of Records apabila membuat gimik pelancaran dengan lampu warna-warni ikonik mereka menggunakan 300 drone di waktu malam, disaksikan warga Kuala Lumpur pada 24 April lalu. Gimmik itu akan diulang pada 26 April ini.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/064147nvirjsj4s4gk544t.png
Kredit foto: Marvel Studio




Khabarnya, ramai netizen yang meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton filem yang menampilkan barisan pelakon mantap itu di pawagam sehinggakan ada yang sudah mengambil cuti dan merancang berbaris seawal jam 6.30 pagi!


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201904/25/064215j0zzqdq61cz0uzlc.png
Kredit foto: Marvel Studio




Pastinya filem ini lebih mengujakan berbanding edisi sebelumnya. Siapa sudah menontonnya? Amacam, gempak tak? - CARI

akudracula Publish time 25-4-2019 11:19 AM

boleh la...infiniti war sy rasa lg gempak....
drama - komidi - aksi - drama...{:studyhardo Endgame

PeNaMeRaH Publish time 25-4-2019 11:31 AM

Tak brapa best

MadameOnion Publish time 25-4-2019 11:46 AM

going to be an emotional journey for mcu fans..wajib tonton..kalau expect action packed, fight memanjang anda takkan dapat kat endgame

Sang_Pencinta Publish time 25-4-2019 01:27 PM

Tak best ke? Sabtu ni baru dpt tengok. Tak sabar

annehuda Publish time 25-4-2019 01:55 PM

AKU RASA ANNOYING BETUL LA NGAN REPUTS CARI NI

KORANG NI TAK BLEH KE SAMBUNG JE THREAD SEDIA ADA ?????

Victorioussss Publish time 26-4-2019 06:38 PM

Best marvel movie pd iols kelakar..sedih..hope..smua ada

dineo Publish time 28-4-2019 10:45 PM

Sang_Pencinta replied at 25-4-2019 01:27 PM
Tak best ke? Sabtu ni baru dpt tengok. Tak sabar

klu org yg mmg follow all movie , klu boleh biarlah end game ni x habis ... 5 jam
pon iols sanggup tgk
Pages: [1]
View full version: Mengujakan! Belum Mula Tayangan Tapi 'Avengers: Endgame' Sudah Pungut RM10 Juta!


ADVERTISEMENT