akuni Publish time 19-5-2019 12:33 PM

Dalam memikir2 nak memanggil somi ker tak tu tetibac anak bersuara.
" Mak x masuk kereta? Mai la duduk sblh akak nih".
Terkejut beruk sheols. Akak Mana pulak lah nih..kosong jer Kat dalam tuh..anak sheols jer sorg duduk senyum2 nakal. Tetiba Ada tangan memegang bahu sheols.
"Ya,Allah!! Makkk!!!" Jerit sheols.
"Astagfirullahalazimmm..hang dah kenapa maknye??" Rupanya somi dah smpi tanpa dsedari." Jom masuk keta" kata heols sambil mbukakan pintu penumpang. Sheols membatu. Perut sheols semakin rancak berdenyut. Ketawa anak sulung semakin meriah.
"Dah kenapa tercegat kata dah tak tahan sakit perut?".
" Bole x org duduk depan jer?"
" Sempit tu..tapi kalau awak nak bole juga..asal rasa selesa".
"Ayahnye...perasan tak anak Kita tu?" Sheols perlahankan suara.
Sambil memaling ke belakang somi btanya,"Awat?"
"Asyik ketawa2 jer"
":shakehead3: eh..awak nih..kan budak tu lelap tu..ketawa apanye??"
Sheols pandang sekilas. Astagfirullahalazimmm mmg anak tu tgh lelap.
Sheols x berkata apa2 sbb perut sheols semakin memulas. Sepanjang perjalanan sheols merasa perutnya spt dicucuk2 sesuatu.sheols memejamkan mata berharap dapat tidur sebentar dalam perjalanan jauh ini.
Perjalanan terasa panjang Dan melelahkan. Sekali sekala ketawa anak sulung menerjah telinga. Selang seli dgn bunyi ketawa perempuan terkikih-kikih entah siapa. Sheols Tak nak ambik tahu dan tak nak menoleh. Dalam pikirannya hanyalah berharap agar dapat menahan sakit yg seolah2 tidak tertanggung.

akuni Publish time 19-5-2019 01:24 PM

"Masih teruk ker sakit maknya?"somi btanya smbil memegang perut sheols. Cuma anggukan perlahan yg mampu sheols jawab. Bunyi enjin berbaur dengan suara somi semakin terasa jauh. Suara ketawa anak sulung dan suara ketawa perempuan juga semakin menjauh. Angin sejuk terasa menyapa muka Dan badan sheols. Hujan kah?? Sheols terlihat awan putih menyelubungi persekitaran.
Sheols mengesat2 mata. Dah sampai ker?? Pandang kiri-kanan hanyakabus putih sepanjang jalan. Mana somi? Mana anak? Bisik hati sheols. Sheols pandang kaki...eh Kat Mana nih.. sheols melangkah ke depan. Pandang lagi kiri-kanan. Somi Dan anak x nampak terhalang kabus agaknya.
Perutnya semakin sakit. Semakin menyenak.semakin menyucuk. Ya Allah sakitnya. Dah sampai Masa ka??
Tertiba sheols terdengar suara anak sulung ketawa2 seolah2 bermain dengan seseorang. Dalam pada menahan kesakitan Sheols memanggil2 anaknya sambil melangkah perlahan menembus kabus.

akuni Publish time 19-5-2019 01:39 PM

Anas!! Anas...!! Kelibat anaknya x juga terlihat.
Tapi suara ketawa2 tu sangat dekat seolah2 anaknya Ada di sebelah kabus yg menebal.
"Ayahnye!!!awak Kat Mana??" Juga tiada sesiapa meyahut panggilannya.

Sheols gagahkan kaki melangkah terus membawa perut yang sakit dan menyucuk2. Pergerakan sheols terbatas dek kabus memutih. Teragak2 sheols melangkah. Takut terpijak lubang ker parit ker..orang mengandung Tak boleh jatuh pesan mak sheols. Nanti anak sumbing. Ntah betul ntah tidak sheols Tak Tau kebenaran pesanan orang tua2.
Langkah Demi langkah perlahan sheols menuju arah suara ketawa anaknya. Semakin dekat sheols dgn arah suara it semakin senak perut dirasakan. Dalam kebingungan mencari arah itulah sheols teringat petua arwah neneknya. Perlahan sheols mbaca surah an-nas dan menghembus perlahan ke Kiri kanan. Ajaib! Kabus tebal putih itu menepi seolah2 memberi ruang kepadanya untuk maju ke depan. Suasana mulai terang. Sheols lihat d kiri kanan pohon2 kemboja berbunga lebat warna putih dan merahjambu. Indahnya pemandangan bisik hati sheols.

akuni Publish time 19-5-2019 02:18 PM

Edited by akuni at 19-5-2019 02:32 PM

Dalam pada sheols mengagumi keindahan pemandangan depan mata hati sheols terdetik. "Mcm pernah nampak jer pemandangan ni..tapi d mana??"
Tak sempat mencari jawapan sheols terdengar lagi suara ketawa anaknya...ketawa riangria seolah2 bermain dengan rakan2. Di Mana Anas? Bisik hatinya.
"Anas!! Anas!! Mari sini Kat mak,nak".sheols myeru perlahan. Tak terdaya nak menjerit dek penat kerana jauhnya berjalan dan menahan kesakitan.Kabus kembali menutup pandangan sheols.
Sheols gagahkan diri melangkah sambil mulut kumat-kamit membaca surah an-nas. Kabus surut semula. Dibalik sepohon kemboja yang rendang sheols terlihat anaknya sedang berlari2 sambil melompat2 menangkap sesuatu. Sheols tajamkan mata.dalam hati Tak henti2 membaca surah an-nas.
Sheols lihat anaknya sedang berusaha menangkap dedaunan kemboja yang di tiup angin.
"Anas!! Anas!!!" Jerit sheols.Tapi anaknya tetap tidak memandang ke arahnya. Anas leka menangkap dedaun kemboja yang berguguran.
Sheols gagahkan diri mendekat ke arah anaknya. Baru saja sheols melangkah dalam 10 langkah dengan bersusah payah,Tiba2 entah darimana seorang perempuan muncul d sebelah anas dan memegang tangan anak itu.
Sheols terkejut. Perempuan itulah yang pernah muncul dalam mimpinya di awal2 kehamilan.
Dengan senyum jahat perempuan itu menarik tangan anaknya menjauh.
"Heii!!! Lepaskan anakkku!!! Anas!! Mari ikut mak,sayang!!"
"Ini bukan anakmu!"kata perempuan itu dgnsenyum jahat nya.
"Itu anakku!!" Kata sheols sambil memanggil2 anaknya. Tapi anaknitu seolah2 tidak mendengar. Masih leka membelek2 bunga kemboja d tangannya.
Sheols bingung. Kenapa anaknya tidak menyahut panggilan. Pandangan mata anak itu dilihatnya kosong.
"Kembalikan anakku!!" Pintanya.
"Sudah ku katakan ini bukan anakmu..." Kata ppuan itu lagi seraya memalingkan badannya sambil melangkah pergi dengan menarik tangan Anas.
Sheols panik. Bagaimana jika Anas hilang lagi dibalik kabus. Bagaimana sheols nak menjawab pada somi nanti. Sheols melangkah dengan niat nak mengejar perempuan yang mbawa anaknya.
"Tunggu!! Kembalikan anakku!!! Anas!!! Anas!!!"
Perempuan itu berpaling lagi memandangnya.
"Apa benar kamu mahu anak ini?"
"Ya!! Itu anakku! Kembalikan!!"
"Sudah ku katakan ini bukan anakmu..tapi kalau kau mahu..Baiklah...aku berikan tapi aku mau gantinya" kata perempuan itu sambil tersenyum. Senyumannya terlihat melebar ke Kiri kanan. Ujung bibirnya seakan menyentuh telinga.
Sheols terpaku. Kata2 perempuan itu bergema ditelinganya seakan dentingan loceng gereja..berulang-ulang.bingit.menyakitkan gegendang!
."Aku mau ganti!!!!Ganti!!!Ganti!!!gantiiiiiiiiiiii!!!!!hiihiihiii!!!!"
Sheols Tak mampu berkata2. Bibirnya kelu.Hati sheols berkata tapi itu anakku kenapa harus diganti???kenapa??Apa maksudnya??? Dengan bersusah-payah sheols mbuka kata.
"Tapi....."
"Aku mau ganti!!!!! Aku mau gantiiiiii!!!!!hihihiihiihi..."
Gema suara yang seakan denting gereja itu berulang-ulang.


ShashaVanilla87 Publish time 19-5-2019 09:06 PM

Aisehmen..suspen2...bersambung pulak

akuni Publish time 20-5-2019 01:17 PM

Dalam kebingungan Dan kebingitan suara bagai denting loceng itulah kabus kembali menerjahsheols lihat anaknya berlari2 manja menuju ke arahnya. Perempuan itu pula perlahan hilang disebalik kabus.
Sheols merasa gembira..semakin Anas mendekat semakin ganjil sheols rasa. Kenapa anas?
Kenapa aku gembira tapi rasa Ada yang tak kena??? Tak sempat nak fikir lebih panjang Anas dah sampai dan memeluk erat kakinya. Sheols pelik. Apa kena anakku nih!? Kenapa ganjil perasaan sheols. Kenapa?
Sheols pegang kedua-dua tangan anaknya..tapi pelukan anak itu semakin erat..semakin ketat..
"Anas..lepas tangan sayang..Mari Kita pulang".
Tapi Anas tidak respon.Hanya ketawa terkikih-kikih seronok. Pelukannya semakin ketat. Sheols merasa sesak.pelukan itu menyebabkan sheols sukar bernafas. Tangan Anas bagai gelungan rotan yang sukar dileraikan. Perut sheols semakin2 mencanak sakitnya.
"Allahuakbar!!", jeritnya sambil menarik tangan anaknya sekuat hati.Terlepas.Anas terduduk akibat tenaga tarikan tersebut. Sheols terkejut. Sangkaan bahawa anaknya akan menangis salah sama sekali. Anas masih ketawa seolah tiada apa-apa berlaku.
Panik dan dalam kesakitan sheols berusaha menggapai bahu anaknya. Aneh kenapa Anas hanya ketawa2?? Mata Anas tertutup rapat dalam ketawanya.Sheols merenung Anas,menggoncang bahu sambil memanggil namanya.
"Anas... Anas...kenapa nih??. Anas..berhenti ketawa!! Mak risau tau dak!!'.
Tetiba anas berhenti ketawa. Matanya terbuka.Sheols terkejut dan menarik kembali tangannya yg menyentuh bahu Anas. Betapa tidak, bola mata anaknya itu hitam keseluruhannya.Tiada secalit warna putih mewarnai bebola matanya. Dan pandangan Mata anak itu kosong!! Kosong tanpa cahaya.
Sheols berusaha bergerak undur ke belakang. Ketakutan mencengkam dirinya. Dalam fikiran sheols hanyalah nak pergi dari tempat ganjil yang tidak dsukainya.
Perlahan-lahan sheols berundur dan perlahan-lahan juga Anas dilihatnya maju ke depan. Bukan berjalan tapi merayap dengan sokongan tangan. Mata anak itu sangat kosong,hitam Dan kelam.

akuni Publish time 20-5-2019 01:34 PM

Sheols berundur semakin ke belakang..Anas semakin rapat..ini bukan anak aku! Ini bukan Anas!! Jeritnya dalam hati..dalam ketakutannya itu sheols berpaling dengan niat melarikan diri.
Malangnya entah apa yang menghalang kakinya. Akar kayu kah? Lubang kah? Dahan mati kah?? Sheols terjelepuk jatuh seperti nangka busuk. Dibalik kabus yang menutup pandangannya, sheols terlihat Anas semakin dekat...dengan senyuman menakutkan..dengan lidah terjelir seperti kanak2 lapar aiskrim anak it merapatinya. Semakin dekat dihujung kakinya.
Sheols berusaha bangkit namun tidak berdaya. Perut sheols semakin sakit. Kesakitan yang menyengat,mencucuk segenap isi di dalamnya.
Semakin Anas mendekat semakin kelu lidahnya, semakin sakit perutnya Dan semakin tidak berdaya dirasakannya. Sheols berusaha berdiri.
Aku kena bangkit! Aku kena selamatkan diri.Ya Allah bantu hamba-Mu.
Sheols merasa ada yang hangat mengalir di celah kangkangnya. Alangkah terkejutnya sheols..darah mengalir laju menuruni betisnya dalam usahanya berdiri dan ingin berlari. Sheols panik.Anas sudah berada selangkah darinya. Sekilas pandang sheols dapat melihat kelibat perempuan berambut kusut-masai terbang mengelilinginya sambil ketawa mengilai. Betapa sheols rasa tidak berdaya.
"Allahuakbar!! Allahuakbar!!" jeritnya dalam tangis ketakutan.

akuni Publish time 20-5-2019 03:03 PM

Dalam kekalutan itulah sheols dengar suara sominya mendekat ke arahnya.
"Maknye!!maknye!! Awak dah kenapa?? Somi mengoncang-goncang bahu sheols. "Mimpi apa dah siang nih?".
Sheoly buka Mata. Dada sheols berombak.Jantung masih berdegup kencang.
Apakah aku bermimpi bisik hati kecil nya. Tapi senak dan sakit perutnya bukan mimpi. D Alam nyata sakit it semakin menjadi2. Sheols berusaha membetulkan duduknya.
"Dalam mimpi tadi aku berdarah 'bisiknya lagi.
"Apa? Abg x dgr lah apa awak cakap.."
Pertanyaan tidak dijawab. Reflek tangannya meraba bahagian dalam betisnya.
"Astagfirullahaladzim..abang!!! ...orang dah tumpah darah!!!!" Jerit sheols sambil melihat tangannya yang berlumuran darah.
Panik somi.sama seperti panik isteri.
"Ya,Allah .ya Tuhan KU..cemana bole macam ni maknye?? Subhanallah".
"Allah orang dah nak terberanak ni bang!!!"
" Sabar...tahan sikit bole dok?? Skrg masih kwsn hutan nih"
" Sakit sangat dah ni bang..nak tahan gaya mane?" Sheols mng Rasa sakit yahamat.
" Sabar sikit..abg x leh berenti..hutan ni bahaya.. Sabar sikit ye..Kita jumpa rumah org kmpg Kita berenti"
"Anas Mana bang??" dalam sakit anak tetap dihatinya.Apalagi baru bermimpi yang pelik tentang anaknya itu.
"Tuuu hah..tgh tidur nyenyak.Dah..awak bertahan sekejap.jangan mengejan dulu .."
"Sakit sangat nih..Mana nak tahannya??".
"Ingat lagi dak yang nurse ajar awak dulu tu?tarik nafas hembus..tarik nafas hembus".
Sheols hanya berupaya menganggukkan kepala.
" Cuba buat. Jangan fokus nak beranak..jangan panik..doa dan zikir dalam hati..".
Sheols menggangguk lagi.

niejot Publish time 21-5-2019 04:03 PM

Nervous laaaa TT weh

hatikudus Publish time 21-5-2019 04:50 PM

humak aiihh makin tak sabar nak baca sambungan

TabletSusu Publish time 31-5-2019 12:43 PM

TT dah blk kg beraya ka?
x sabar tgu sambungan ni

acik79 Publish time 9-6-2019 06:38 PM

Alamak mana sambungannya tt oi

akuz Publish time 13-6-2019 03:31 PM

mana tuan tanah ni... tak abis beraya lagi ke,,mohon update

KakYien Publish time 13-6-2019 06:42 PM

Mohon cepat update TT;P

farlis Publish time 16-6-2019 11:06 AM

Tuan tanah kedaung tak puas beraya lagi nih..

hatikudus Publish time 18-6-2019 01:14 PM

farlis replied at 16-6-2019 11:06 AM
Tuan tanah kedaung tak puas beraya lagi nih..

Haruslah deknon...raya sebulan kata ko :lol:

BONDAFAD Publish time 19-6-2019 12:42 AM

Dah sambung sila tag me

aza Publish time 22-6-2019 11:32 PM

@akuni dimanakah cerita dikau.. aku masih menunggu.. :'(

Kak-Leen Publish time 3-7-2019 06:55 AM

Perk77 replied at 28-4-2019 09:49 AM
Teringat Aku dulu dlm pantang kat kat kg..musim cik ponti keliling taman perumahan situ..selalu dgr...

Kuku sagat kat dinding tu biasanya bunyi ponti ka? Selalu dinding rumah MIL berbunyi kena sagat dgn kuku. Akak biasa dengar dari awal kahwin dulu bila tidur sana. Bila kejutkan suami, dia kata kucing. Hello! Kucing nak sagat belah atas, mana dia nak berdiri!?!? La ni skrg anak akak pun dah cakap benda sama. Ada benda sagat dinding bilik dari luar.

Kak-Leen Publish time 3-7-2019 07:42 AM

Mana @akuni? Hari ni 29Syawal dah.. Harap esok ada sambungnnya la..
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10
View full version: Cik Ponti minta Anak


ADVERTISEMENT