chenta_dewi Publish time 19-4-2019 06:19 PM

Ada yg keje bank x? Sy nk tanya pasal Fix Deposit

Sy faham tang fix deposit tu.. simpan jumlah tetap pd tempoh matang lg bagus..

Tp tak berapa faham ..

1-kadaran selalu +-3.00% ke bg tempoh 1,3, & 12 bulan.. sy fhm ikut bank tp lebih kurg mcm tu ke..nape kalau dah lama smpi 12 bulan tak bagi smpi 6%

2-adakah kalau 3 bulan dia bagi +-3% maka 12 bulan 3% x 4 = 12% ?

3-kalau no 2 tu xbetol adakah org yg main game fix deposit ni setiap 3 bulan je dia pindah pindah dpeosit ke bank yg tawar ft rate yg tinggi?

4-kalau kita ada simpanan tetap amoun yg besar bagus kita masuk je mcm simpanan biasa spt asb atau masuk je fix deposit?

xtahumenahu Publish time 20-4-2019 07:17 AM

Nak tanye jugak...fd ni patuh syariah x

chenta_dewi Publish time 20-4-2019 10:54 AM

xtahumenahu replied at 20-4-2019 07:17 AM
Nak tanye jugak...fd ni patuh syariah x

Sendunya benang ni..agaknya org keje bank xlayan forum..logik jgk sbb diorg keje kan buzy kih kih

Themilo Publish time 20-4-2019 12:23 PM

meols selaku ex-staff bank cuba menjawab sikit, mana yang termampu ok

1. Kadar dividen / interest rate FD bergantung pada tenure. Sekarang ni purata kalau simpan setahun, interest rate lebih kurang 3.35% sahaja. kalau 3, 6, 9 bulan, rate berbeza, bergantung pada tempoh simpanan. Uols takleh la compare rates between 3 months vs 12 months, sebab jumlah hari berbeza antara 2 tempoh tu. 6% tu dahulu kala mungkin ada kot? tapi 10 tahun lepas pun rate ada la dalam lingkunga 3.6% sahaja untuk setahun.

2. No. kalau 3 bulan 3%, 12 bulan tak akan jadi 12%. 3% tu akan dibahagikan dengan 90 hari (3 bulan). Meols pun tak berapa nak faham sangat / nak explain kat uols. So, as a conclusion, 12 months punya rate adalah terbaik.

3. Tak juga. Bank kebiasaannya akan bagi special rate untuk client yang simpan FD dengan big amount, supaya client tak pindahkan duit kat bank lain. Do make comparison between banks before investing. Mostly yang simpan FD ni chinese, sebab deyoll takde option lain. ASN cepat habis untuk lot non-bumi.. Melayu banyak simpan kat ASB jaa.

4. Untuk BUMI, ASB is the best. tabung haji pun dah takde bagi dividen, cuma bagi hibah je. hibah ni hadiah. Dividen lak merupakan return on investment.

Sekian.

Themilo Publish time 20-4-2019 12:28 PM

Edited by Themilo at 20-4-2019 04:31 AM

xtahumenahu replied at 19-4-2019 11:17 PM
Nak tanye jugak...fd ni patuh syariah x
ada je FD yang patuh syariah, biasanya kat bank-bank yang ada Islamic Division. Maknanya duit uols akan diinvest ke dalam investment yang patuh syariah sahaja. zaman meols kerja bank dulu, dividen akan dibahagi secara profit sharing between bank & client (i.e 30:70). Tapi dulu, rate FD Islamic biasanya rendah dari FD conventional, tapi tak tau la kalau sekarang rate tu dah naik.

chenta_dewi Publish time 20-4-2019 12:38 PM

Themilo replied at 20-4-2019 12:23 PM
meols selaku ex-staff bank cuba menjawab sikit, mana yang termampu ok

1. Kadar dividen / interest ...

Tq uols..

Sy tak masukkan dlm asb sbb hukumnya masih samar2

sayawifenikmie Publish time 20-4-2019 01:34 PM




-- wowww -- good question --- saya pun nak tahu jugak.

Themilo Publish time 21-4-2019 08:17 AM

chenta_dewi replied at 20-4-2019 04:38 AM
Tq uols..

Sy tak masukkan dlm asb sbb hukumnya masih samar2

in that case, uols boleh la invest kat bank-bank yang ada islamic division. most of them ada je FD yang Islamic (Al-Mudharabah, Profit sharing). No worries, duit uols takkan dilaburkan dalam saham-saham yang ada unsur gharah (uncertainty).

prettyuglybabe Publish time 21-4-2019 02:08 PM

xtahumenahu replied at 20-4-2019 07:17 AM
Nak tanye jugak...fd ni patuh syariah x

klu u nak patuh syariah, masuk fd bank islam and segala mala islamik bank..
now semua bank pun ada islam punya..
maybank islamic, cimb islamic etc..

prettyuglybabe Publish time 21-4-2019 02:20 PM

sebelum invest ke fd, check rate semua bank offer..
kadang dorang offer rate tinggi tapi tenure minimum mesti 24 bulan..
maksudnya u takkan dapat apa-apa selagi tak sampai tempoh matang..
so kalau duit cukup-cukup makan, baik invest asb..
at least ada emergency u boleh keluar duit bila-bila and masih dapat sikit dividen selama tempoh simpanan..
or u boleh mula dengan tempoh fd yang singkat..
bila mature, roll over..
or u boleh pecah-pecahkan jadi banyak fd dengan tempoh berlainan..
fd ni walaupun interest sama, long term lagi untung dari short term..

chenta_dewi Publish time 21-4-2019 03:07 PM

prettyuglybabe replied at 21-4-2019 02:20 PM
sebelum invest ke fd, check rate semua bank offer..
kadang dorang offer rate tinggi tapi tenure min ...

Tq uols..

Al kissh nya gini..iols geram div th sikit nau.. iols dpt div dekat 5k jah..jd keluarkan semua nak masuk ahb...bukan asb..sekali ahb lom bukak..

prettyuglybabe Publish time 21-4-2019 04:53 PM

chenta_dewi replied at 21-4-2019 03:07 PM
Tq uols..

Al kissh nya gini..iols geram div th sikit nau.. iols dpt div dekat 5k jah..jd keluar ...

pada i th adalah simpanan untuk pi haji bukan untuk nak untung..
kalau nak untung kena invest la..
compare ahb dgn asb pun, asb better..
ahb tak salah 3% je kot dividen dia..
if simpanan th pi haji tak penting untuk u, masuk la asb or fd..
tak salah i hari tu bank islam ada promo fd interest 4++ but kena 24 mths..
tak tau la open lagi ke tak..

noqiz Publish time 24-4-2019 05:28 AM

Fixed deposit ada yang conventional.. ada yang islamic.
Kita kena Simpan FD tu.. Untuk tempoh yang kita nak.. Contoh nya sebulan ke.. 3 bulan ke.. 6 bulan ke.. 12 bulan ke.. Ikut kita lah
Tapi kita tak dapat apa2 profit kalau kita keluarkan sebelum tempoh matang..
Contohnya kalau kita nak Simpan fd 3 bulan..
Akan matang pada 24.7.19 tapi pada 20.7.3019 kita urgent sangat nak pakai duit.. Kena keluarkan jugak.. So rugi lah kita.. Tak dapat apa.
Profit rate sekarang lebih kurang 4%.. Setahun ye.. Kena bahagia dengan 365 darab dengan days..
Selalu ya bank ada offer special rate. Tapi kena Tanya betul2.. Apa syarat nya.
Ada yang kena Simpan FD 10K..ambik product lain baru dapat rate yang tnggi.
Jangan terpengaruh dengan profit rate yang tinggi2 tu.. Msti kena. Bundle dengan product lain.. Tanya betul2 orang bank tu.
Kalau rajin tengok cimb clicks.. Ada je. Promo special rate.. Bleh buat placement sendiri.. Nak withdraw pun senang je.. Transfer semula ke akaun simpanan kita sendiri.

Sekian.. Maklumat Di pagi hari dari orang yang pernah Simpan FD;P

chenta_dewi Publish time 26-4-2019 11:40 PM

noqiz replied at 24-4-2019 05:28 AM
Fixed deposit ada yang conventional.. ada yang islamic.
Kita kena Simpan FD tu.. Untuk tempoh yang...

Dah simpan full kat asb..

Mula2 nak bawak keluar ..,boleh pulak org bank brain wash sekali tambah smpi maksimum

Takpela fd mcm xsesuai pulak dgn org yg pening mcm iols.. tgu ahb bukak jelah

ResellerMaxis Publish time 31-5-2019 12:10 PM

chenta_dewi replied at 21-4-2019 03:07 PM
Tq uols..

Al kissh nya gini..iols geram div th sikit nau.. iols dpt div dekat 5k jah..jd keluar ...

Div th tahun ni dekat 5k? Tahun ni dividen dia 1.25% je kan. So ada dalam 500k gak simpanan uol..

Nak suggest asb n asb2. Confirm 2 2 dah full 200k each kan..

Beli property je lah..cari harga 200k area kl yg harga sewa bulanan 1200++..beli 2 biji n sewakan..Leh ar dpt 2k bersih sebulan.

zuri154 Publish time 31-5-2019 11:47 PM

FD & ASB; dua2 mmg ada dividen/profit tapi cara utk dapatkan dividen tu x sama.

FD ni satu bentuk simpanan jangka pendek yg lebih menguntungkan berbanding simpanan di akaun saving.

kenapa dividen saving tu sikit. sebab duit dlm saving tu bole dikeluarkan bila2 masa manakala duit dari FD ni hanya bole keluar bila FD tu matang. tenure FD ada 1 bulan, 3 bln, 6 bln, 9 bln atau 12 bln. jika pilih tenure 3 bln dgn kadar profit 3.00%, maka FD tu hanya bole withdraw after maturity. sejak january 2019; BNM bg arahan mana2 FD yg withdraw sebelum tempoh matang maka langsung xde dividen. sebelum ini jika withdraw sebelum matang, bole dpt profit secara pro rate.

ASB pulak sejenis bentuk pelaburan. ASB adalah capital protected & 1 unit telah di capping dgn nilai RM1. rugi atau untung, ASB tetap bernilai 1 unit RM1. Jadi duit yg kita laburkan di ASB tetap bernilai RM1 seunit wpun ASB mengalami kerugian. dividennya pula dikira ikut berapa lama duit kita berada dlm ASB tu sendiri. jika kita suka keluar masuk maka kurang la dividen yg diperolehi.

FD ni satu kaedah utk dapatkan profit dlm bentuk short term. kalau nk compare dari segi profit, compare dgn profit di saving account.

Jadi keluarkan duit di ASB untuk masuk dlm FD agak rugi rasanya sebab dividen ASB lagi tinggi dari profit FD.

zuri154 Publish time 31-5-2019 11:54 PM

chenta_dewi replied at 26-4-2019 11:40 PM
Dah simpan full kat asb..

Mula2 nak bawak keluar ..,boleh pulak org bank brain wash sekali tamb ...

kalau duit TT dah terlebih tak tahu nk letak mana, ASNB byk lagi produk2 lain yg bole dilaburkan tetapi atau risiko skit. dipanggil variable fund. tak mcm
ASB yg ada capital protected. kalau nk letak dlm ASB variable fund, nk untung kena tggu 3-5 tahun baru pulang modal plus keuntungan.

selain tu jugak TT bole divide skit duit TT dlm private retirement sceheme. tp yg ni x bole bawa keluar, tggu umur 55 tahun baru bole withdraw. return sehingga 10%-12%.kalau keluar sblum 55 ada cas yg dikenakan.

selain itu juga bole letak duit dlm akaun simpanan emas (gold passbook). mcm simpanan saving duit tapi dinilai dlm bentuk value emas. keuntungannya bila ada kenaikkan dari segi value emas. mcm kita pakai barang kemas. cuma yg ni dlm bentuk buku simpanan emas.

chenta_dewi Publish time 1-6-2019 09:30 PM

zuri154 replied at 31-5-2019 11:54 PM
kalau duit TT dah terlebih tak tahu nk letak mana, ASNB byk lagi produk2 lain yg bole dilaburkan t ...

Tq uols ... bijok2

Last masuk asb je .. lebihan sikit masuk th balik haha..

Tgu ahb lambat sgt last baru ni baru dpt call ahb dh bukak.. malas dah tukau2

Orix Publish time 2-6-2019 06:42 PM

ResellerMaxis replied at 31-5-2019 12:10 PM
Div th tahun ni dekat 5k? Tahun ni dividen dia 1.25% je kan. So ada dalam 500k gak simpanan uol..
...

Asb2 ada limit ke? Bukan asb 1 je ke?

ResellerMaxis Publish time 2-6-2019 09:53 PM

Orix replied at 2-6-2019 06:42 PM
Asb2 ada limit ke? Bukan asb 1 je ke?

sama jer 2 2 limit 200k before bonus & divident..
Pages: [1] 2
View full version: Ada yg keje bank x? Sy nk tanya pasal Fix Deposit


ADVERTISEMENT