[SBS] Doctor Room - Ji Sung, Lee Se Young, Lee Kyu Hyung
>>> kmania.infoJi Sung menjadi doktor sekali lagi untuk drama SBS Doctor Room di samping Lee Se Young & Lee Kyu Hyung
https://i1.wp.com/kmania.info/wp-content/uploads/2019/04/jisung_leeseyoung_leekyuhyung.jpg?resize=700%2C400&ssl=1
Ketiga-tiga pelakon, Ji Sung, Lee Se Young dan Lee Kyu Hyung telah mengesahkan pembabitan mereka di dalam drama SBS terbaru, ‘Doctor Room’, dirancangkan tayangannya menjelang Julai nanti.
Menurut wakil penyiar SBS pada 16 April 2019, drama ini telah pun mula penggambaran sejak minggu lepas lagi dan menjadi lebih menarik sebaik saja Ji Sung menyertainya semalam. ‘Doctor Room’.adalah drama bertemakan perubatan yang mengisahkan norma kehidupan serta kesakitan yang dialami pesakit dan doktor. Ia juga akan mengupas kisah tentang seorang doktor genius, yang merupakan pakar bius (anestesiologi) dan menjadi professor termuda.
Jisung bakal memegang watak sebagai pakar bius Cha Yo Han, professor termuda yang berlagak tapi seorang yang genius menjadikan drama perubatan kedua yang dilakonkannya dalam tempoh 11 tahun selepas drama MBC ‘New Heart’. ‘New Heart’ disiarkan pada Februari 2018 dan telah mencatatkan rating tontonan secara keseluruhan sebanyak 32.0 %. (Data berdasarkan Nielsen Korea). Pemenang Best Actor di 2nd dan 4th CariKdrama Awards menerusi KBS ‘Secret Love’ dan MBC ‘Kill Me Heal Me’ ini pernah membintangi drama hebat lain seperti ‘Royal Family’, SBS ‘Protect the Boss’, SBS ‘Defendant’ dan yang terbaru tvN ‘Familiar Wife’.
Lee Se Young pula akan membawa watak doktor bius Kang Si Young di bawah jagaan Cha Yo Han. Beliau akan membantu Cha Yo Han mengenalpasti masalah yang dihadapi pengunjung hospital termasuklah yang menghidapi penyakit kronik yang misteri. Drama ini merupakan drama susulan Lee Se Young selepas mempamerkan lakonan yang agak mengujakan menerusi tvN The Crowned Clown bersama Yeo Jin Gu yang disiarkan pada awal tahun ini.
Akhir sekali, Lee Kyu Yung yang meraih pencalonan Best Supporting 7th CARI Kdrama Awards menerusi lakonan di dalam tvN Prison Playbook pada tahun lepas, akan melakonkan watak pendakwaraya Son Seok Ki yang ditempatkan di selatan Seoul. Son Seok Ki seseorang yang menjadikan keadilan sebagai teras impiannya, maka apa-apa saja yang melanggar undang-undang, beliau akan ke hadapan untuk menangkisnya. Ini kali ke-2 Lee Kyu Hyung berlakon sebagai pendakwaraya selepas tvN Stranger / Forest of Secret tak lama dahulu.
SBS ‘Doctor Room’ bakal diarahkan oleh Jo Soo Won yang sebelum ini pernah mengarahkan SBS‘Still 17’ , SBS ‘I Can Hear Your Voice dan SBS ‘Pinocchio’ di mana beliau menerima pencalonan Best Director di dalam 4th CARI Kdrama Awards dan kemenangan di 4th APAN Awards. Beliau akan disatukan dengan penulis skrip Kim Ji Woon yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini menerusi drama SBS Cheongdamdong Alice.
https://kmania.info/2019/04/17/ji-sung-menjadi-doktor-sekali-lagi-untuk-drama-sbs-doctor-room-di-samping-lee-se-young-lee-kyu-hyung/
>>> kmania.info
New Heart bukan tahun 2007-2008ke? ruhanizza replied at 17-4-2019 12:46 PM
New Heart bukan tahun 2007-2008ke?
silap ejaan kot tu ;P
dauswq replied at 17-4-2019 02:55 PM
silap ejaan kot tu
Yg ni :
New Heart’ disiarkan pada Februari 2018
Typo kot, mungkin uols nak tulis Februari 2008
@wima @C1k_J4h
Citer jisung... :lol: Choc-chip replied at 17-4-2019 11:12 PM
@wima @C1k_J4h
Citer jisung...
Iols pun nak check in gak..hihi mimiekiut replied at 17-4-2019 11:24 PM
Iols pun nak check in gak..hihi
Jom kita check in sama mimie... Kita meroyan sama2... I nak tengok jisung jadi doctor... Tapi citer ni airing bulan July... :lol: Choc-chip replied at 17-4-2019 11:29 PM
Jom kita check in sama mimie... Kita meroyan sama2... I nak tengok jisung jadi doctor... Tapi cite ...
Ahahaha .Kan lama lg Tu choc chip oiiiii Cite appa pun tinggal 2 epi je lagi Kan..huhu..
Sib baik ada pengganti appa dah..iols layan cite her private life Tu..hero hensemnye pasal..ahahaha Choc-chip replied at 17-4-2019 11:12 PM
@wima @C1k_J4h
Citer jisung...
Tq tag iols...
Harusla lepak tred ni...hihi..
Tp lmbt lg ye rupanya...
Nasibla skrg tgh byk cite best..
Iols br stat nk merempit marathon uols..
Jenuh ni nk catch up...hihi Choc-chip replied at 17-4-2019 11:12 PM
@wima @C1k_J4h
Citer jisung...
aww,,thanks for calling
tp utk drama ni aiols nak fokus pd druggie aka lee kyu hyung
hehehe..
Edited by xyla73 at 18-4-2019 12:15 PM
Lama lagi citer ni..cast ok tapi iols skeptikal sikit dgn citer2 kat public channel ni sbb prestasi diorg semenjak dua menjak ni merudum..ada a few je drama yg ok dari public channel & menepati piawaian iols..maybe 10% je yg ok.. mimiekiut replied at 17-4-2019 11:31 PM
Ahahaha .Kan lama lg Tu choc chip oiiiii
Haah... Lama lagi... :lol: mimiekiut replied at 17-4-2019 11:33 PM
Cite appa pun tinggal 2 epi je lagi Kan..huhu..
Sib baik ada pengganti appa dah..iols layan cite he ...
Alaaa... Lagi 2 episod je kan citer appa... Kena tunggu tahun depan kalau ada drama baru appa... Hahaha... Edited by Choc-chip at 18-4-2019 11:17 PM
wima replied at 18-4-2019 07:12 AM
Tq tag iols...
Harusla lepak tred ni...hihi..
Tp lmbt lg ye rupanya...
You're welcome... Tinggal jejak dulu uols... Hahaha...
Lama tak nampak uols wima...
Itulah... Banyak pulak citer best... Tengok yang mana sempat je... Hahaha C1k_J4h replied at 18-4-2019 08:52 AM
aww,,thanks for calling
tp utk drama ni aiols nak fokus pd druggie aka lee kyu hyung
hehehe..
You're welcome...
Haa... Lee Kyu Hyung best jugak berlakon... Dah 2 citer dia I tengok... Life & prison playbook... 2 citer tu watak berbeza... Citer baru ni tak tau watak apa pulak...
xyla73 replied at 18-4-2019 12:13 PM
Lama lagi citer ni..cast ok tapi iols skeptikal sikit dgn citer2 kat public channel ni sbb prestasi...
Hope citer best uols... Jisung tu... Hehe Choc-chip replied at 18-4-2019 11:18 PM
Hope citer best uols... Jisung tu... Hehe
Tulah hopefully best..this year nmpklah ada sikit improvement drama2 dari public channel ni..favourite actor pun kalau citer x best i x segan silu utk drop.. Choc-chip replied at 18-4-2019 11:13 PM
You're welcome... Tinggal jejak dulu uols... Hahaha...
Lama tak nampak uols wima...
Iols hiatus sekejap before ni...
X leh nk layan drama...
Sbb nk donlot tenet menyakitkan ati...
Ni skrg gigih nk catch up..
Tu pun donlot guna data ciput...
Dhla byk cerita best2...uwaaaa...