KILL_NANCY Publish time 17-4-2019 12:56 AM

[Takwil Puisi 015] Kosong

https://i.ibb.co/2d2B3dQ/cfeb3b2ad6837f577f397364cadec5c6.png

Tahniah kepada pemenang Tenets of Humanist, @fahdramli, @Kappa8990, @sapeka dan @krimkraker kerana berjaya mentakwil puisi tersebut - hampir tepat.

https://i.ibb.co/mcp6FyG/fc973bd40b27777ee4774443bd7c2a85.png

Jawapan Takwil Puisi Tenets of Humanist

Its all about how powerful goodness is. The principles' powers of the subconscious mind and how you can be used on the way to success. When you feel powerful, you kind of lose touch with other people, greed and immorality are parts of human behavior, don't dispute this. Greed is the impulsive desire to accumulate more and morestuff, when you have more than enough to preserve your own well being.

Power amplifies responsibility to a degree that most are not willing to acknowledge, or capable of acknowledging. Thus, someone in power inevitably does something inequitable, and then due to the inability or reluctance to acknowledge this, finds ways of denying it to themselves, which often involves acts of further injustice.

We live in a time when purity is not something people think of or talk about.People focusing on unimportant things while our attention to the urgent matter is absent. We need to be conscious of how much value there is in keeping our hearts honest to goodness.

We need to comprehend that God is the one who has absolute power. Man must seek to hold in high regard the extent of God’s knowledge, and reflect to comprehend His greatness.

Puisi Minggu Ini

https://i.ibb.co/8jWSpp1/22afc1b1524beeff6a30e6606b55536c.png

Jiwa ini kosong bila kau tiada,
Hati ini kosong bila kau menjauh,
Pandangan mataku kosong jika kau tiada di sisi,
Lesu kakiku melangkah jika kau tiada di depan,
Lemah tangan ku jika kau tidak memimpin.

Pimpinlah tangan ku agar ku tidak jauh darimu,
Temankan ku disisi agar ku gagah melangkah,
Tunjukkan ku jalan agar ku tidak sesat,
Cintai aku agar ku rasa dihargai,
Sentiasalah di samping ku agar jiwa ku dipenuhi lukisan cinta darimu sayang ...

karya oleh https://i.ibb.co/hgF79XF/07f7900cee1aa2026320a488b280546d.png

https://s2.gifyu.com/images/IntroText_20190415_132106.gif

KILL_NANCY Publish time 17-4-2019 12:57 AM

@fahdramli

@Kappa8990

@sapeka

@krimkraker

tahniah!!!

KILL_NANCY Publish time 17-4-2019 12:58 AM

@sitisenyum

fahdramli Publish time 17-4-2019 04:21 AM

KILL_NANCY replied at 17-4-2019 12:57 AM
@fahdramli

@Kappa8990


Yeahhh... Tq mod

krimkraker Publish time 17-4-2019 09:10 AM

Edited by krimkraker at 17-4-2019 09:29 AM

KILL_NANCY replied at 17-4-2019 12:57 AM
@fahdramli

@Kappa8990


Terima kasih @KILL_NANCY dan @seribulan

orgsepang Publish time 17-4-2019 09:14 AM

Harapan tinggi seseorang terhadap orang yang dicintai agar orang tersebut juga mencintainya.
Harapan yang tidak pasti akan tercapai atau tidak tetapi dia terus mengharap.
Harapan yang tidak pernah luntur oleh kekecewaan
Harapan yang tidak pernah letih oleh masa
Harapan yang terus meninggi biarpun dihakis hasutan.

fahdramli Publish time 17-4-2019 10:29 AM

Sat lagi masa free saya terai,,

KILL_NANCY Publish time 17-4-2019 11:05 AM

fahdramli replied at 17-4-2019 04:21 AM
Yeahhh... Tq mod

no problem fahdramli.

KILL_NANCY Publish time 17-4-2019 11:06 AM

krimkraker replied at 17-4-2019 09:10 AM
Terima kasih @KILL_NANCY dan @seribulan

most welcome krimkraker.teruskan mentakwil ya.

sapeka Publish time 17-4-2019 12:30 PM

tq dan tahniah semua

sapeka Publish time 17-4-2019 12:47 PM

Jiwa ini kosong bila kau tiada,
Hati ini kosong bila kau menjauh,
Pandangan mataku kosong jika kau tiada di sisi,
Lesu kakiku melangkah jika kau tiada di depan,
Lemah tangan ku jika kau tidak memimpin.

-hati dan jiwa penulis telah dipenuhi oleh perasaan cinta yang sangat mendalam pada sang kekasih.Penulis merasa seakan tidak boleh berjauhan dan berenggang dengan kekasihnya,seakan semua semangat jiwa penulis hilang apabila sang kekasih tiada disisi.Sekiranya kekasih tidak nampak dipandangan mata penulis,penulis merasakan tiada kekuatan dalam dirinya untuk meneruskan rutin biasa.Penulis bergantung harap kepada pendapat yang diberikan kekasih dalam setiap langakah dan keputusan yang akan penulis lakukan.


Pimpinlah tangan ku agar ku tidak jauh darimu,
Temankan ku disisi agar ku gagah melangkah,
Tunjukkan ku jalan agar ku tidak sesat,
Cintai aku agar ku rasa dihargai,
Sentiasalah di samping ku agar jiwa ku dipenuhi lukisan cinta darimu sayang ...

-penulis berharap kepada sang kekasih untuk kekal setia bersamanya,sentiasa memberikan buah fikiran dan bertukar2 pandangan sesama mereka.Penulis juga berharap untuk kekal bersama sang kekasih hingga keakhir hayat.Penulis berharap supaya sentiasa cintanya dibalas sang kekasih,kerana dengan siraman perasaan cinta dan sayang kekasih,penulis akan sentiasa berasa berbahagia menjalani kehidupannya sehari-hari

:loveliness:

sapeka Publish time 17-4-2019 12:48 PM

KILL_NANCY replied at 17-4-2019 12:57 AM
@fahdramli

@Kappa8990


tq kill_nancy

fahdramli Publish time 17-4-2019 01:53 PM

Tamsilan mengikut view saya.
Puisi ini mengisahkan pengharapan penulis terhadap seseorang yang amat penting dalam hidupnya. Penulis berharap , si dia itu terus memimpin tangan nya dan berada setiap masa ketika susah dan senang.Hidup penulis seakan tidak bermakna apabila si dia tidak berada di sisi . Penulis turut berasa lemah dan tidak berdayajika si dia tiada dan mengharapkan si dia terus bersama-samanya menyokong dalam apa jua keadaan. Dalam puisi ini penulis juga mengharapkan yang si dia tidak sesekali meninggalkan dirinya dan berharap si dia turut mencintai penulis dengan cara yang sama sebagaimana penulis pencintai si dia.

sitisenyum Publish time 17-4-2019 09:49 PM

KILL_NANCY replied at 17-4-2019 12:58 AM
@sitisenyum

Terima kasih tag sy.....
Selalu terlepas pandang...
Selamat mencuba kawan2

aleX-S Publish time 17-4-2019 10:20 PM

Nak test tag

@fixit
@AlterEgo
@Catpaw

AlterEgo Publish time 17-4-2019 10:32 PM

aleX-S replied at 17-4-2019 10:20 PM
Nak test tag

@fixit


Tag lekat!

Thank youuu Alexis Al-Kheyr hihihi

Akan dicuba untuk takwil..

AlterEgo Publish time 18-4-2019 02:12 AM

Takwilan:

Penulis menggambarkan harapan kepada seseorang yang istimewa dan signifikan dalam hati dan hidupnya. Penulis berharap yang seseorang itu akan ada di sisinya, selalu menyayanginya dalam - suka atau duka - kerana tanpa dirinya, jiwa penulis terasa kosong.

Catpaw Publish time 18-4-2019 02:34 AM

aleX-S replied at 17-4-2019 10:20 PM
Nak test tag

@fixit


Hi alexs, mekasih tag saya. Bulan ni sibuk tak boleh nak berfikir sgt ;P light2 tanpa fikir jauh boleh la contohnya membeweng :$
eh, nama uols mengingatkan i pada sesuatu

-adnil- Publish time 18-4-2019 09:22 AM

Edited by -adnil- at 18-4-2019 09:39 AM

Jiwa ini kosong bila kau tiada,
Hati ini kosong bila kau menjauh,
Pandangan mataku kosong jika kau tiada di sisi,
Lesu kakiku melangkah jika kau tiada di depan,
Lemah tangan ku jika kau tidak memimpin.
Penulis membayangkan dirinya yang kesunyian dan putus harapan apabila kehilangan orang yang tersayang.   hidup seperti tidak bermakna, tiada lagi org yang diharapkan untuk membimbing dan menjalanihidup bersama


Pimpinlah tangan ku agar ku tidak jauh darimu,
Temankan ku disisi agar ku gagah melangkah,
Tunjukkan ku jalan agar ku tidak sesat,
Cintai aku agar ku rasa dihargai,
Sentiasalah di samping ku agar jiwa ku dipenuhi lukisan cinta darimu sayang ...
mengharapkan orang tersayang kembali, sentiasa menemani disamping memberi kekuatan supaya hidup lebih bermakna.mengharapkan juga diri dicintai dan tidak meninggalkan dirinya

krimkraker Publish time 18-4-2019 10:04 AM

Puisi KOSONG ini mengisahkan harapan seorang pencinta terhadap sang kekasih.

Setiap bait-bait perkataan begitu puitis. Menggambarkan perasaan penulis terhadap si pujaan hati. Seperti insan lain yang bercinta, pasti hati berasa rawan dan rindu apabila berjauhan. Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena, hanya kerana sang kekasih tiada di sisi.

Sang kekasih diibaratkan cahaya pelita yang menerangi hidup penulis. Dialah penyuntik semangat penulis. Dialah juga penawar suka duka yang dialami penulis. Kerana itu, penulis berharap sang kekasih akan kekal setia bersamanya. Terus memimpin tangannya agar penulis tidak keseorangan, tidak ditinggalkan. Segala onak dan duri yang dilalui dapat ditangani bersama.

Penulis turut berharap sang kekasih mempunyai rasa kasih yang sama sepertinya. Ingin dikasihi, disayangi juga dihargai. Tak bermakna sesebuah percintaan jikalau hanya sebelah pihak saja memberi, manakala satu pihak lagi menerima sahaja. Perlu ada toleransi, hormat-menghormati dan juga persefahaman.

Akhir kata, penulis berharap sang kekasih akan terus menyayanginya. Terus mewarnai dunianya dengan kasih sayang yang tak ternilai.

nota kaki : maaf sekiranya pemahaman saya salah. saya budak baru belajar, kalau salah minta tolong ajarkan.
Pages: [1] 2
View full version: [Takwil Puisi 015] Kosong


ADVERTISEMENT