kikilala_bunny Publish time 13-4-2019 05:23 PM

Tak ke taknak? *update #131*

Edited by kikilala_bunny at 17-6-2019 11:27 AM

Hi semua. Dah banyak hari perkara ni bermain-main di fikiranku tapi tak tahu nak luah pada siapa. Akhirnya ambil keputusan nak luah kat forum lah.

Ceritanya macam ni, saya ada berkenalan dengan seorang lelaki melalui orang tengah. Awal perkenalan, semuanya nampak okey. Selalu mesej, kadang-kadang call dan pernah juga keluar bersama-sama.

Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia makin menyepi. Seminggu tak mesej tu dah jadi perkara biasa. Tapi bila kami ada bermesej, macam takde apa-apa pernah terjadi. Maksudnya isu seminggu menghilang tu tak dipersoalkan langsung lah. Untuk pengetahuan, kami takde bergaduh pun.

Saya dapat merasakan yang mungkin dia dah tawar hati dan tak mahu lagi teruskan perhubungan ini. Saya pun rasanya macam boleh terima kalau betul takde jodoh.

Yang saya tak puas hati sekarang, kenapa dia tak nak berterus-terang dengan saya. Saya tak suka lah tergantung sepi macam ni. Bila nak, muncul. Bila taknak, sunyi menghilang gitu. Saya pun ada hati dan perasaan, mak ayah pun dah tau pasal dia.

Persoalannya sekarang, macam mana saya nak dia berterus-terang dengan saya pasal perhubungan kami ni. Masih nak teruskan ataupun tidak. Nak kena slow talk ke? Ke saya ni yang sensitif sangat sampai fikir yang bukan2?

tiramisuu Publish time 13-4-2019 05:50 PM

Edited by tiramisuu at 13-4-2019 05:52 PM

Kalau awak nk dia berterus terang, awak la start dulu. Kenapa nk tunggu dia start. Tanya je dlm whatsapp tu.
'awak dh tawar hati dgn sy ke'
Dengan lelaki tak perlu ayat kias2, straight to the point je. Supaya jwpn pn xde kias2

MissCarcosa9753 Publish time 13-4-2019 05:55 PM

Kalau saya saya bagi iterinary terus
Bila merisik
Bila bertunang
Bila majlis kahwin
Kemudian saya akan bertanya sudikah awak kahwin dengan saya
Siapkan terus jawapan
A sudi
B tak sudi
C lain lain jawapan

kikilala_bunny Publish time 13-4-2019 05:58 PM

tiramisuu replied at 13-4-2019 05:50 PM
Kalau awak nk dia berterus terang, awak la start dulu. Kenapa nk tunggu dia start. Tanya je dlm what ...

Ok ke kalau nak main terjah tanya macam tu terus?? Tak perlu mukadimah ke apa ke??

Saya memang berniat nak tanya gitu tapi takut dia kecil hati atau terkejut pula.. So saya mesej2 la tanya khabar dulu.. Dia jawab la 1, 2 mesej pastu senyap balik.. Tak sempat saya nak buka topik tau.. Benci..

chenta_dewi Publish time 13-4-2019 05:59 PM

Org laki mmg camni..

Bg diorg tak perlu pon gtau dsb..

Bg org pempuan pulak menaruh harapan..

Dalam awal tu mmg biasa la dia suka chatting2.. lepas tu dia chatting org lain pulak. Dan seterusnya smpi dia jumpa pempuan yg dia minat..

Dia xkan cakap.. kalau kita tanya pon dia kesah apa sbb itu bukan wanita idaman dia..

prettyuglybabe Publish time 13-4-2019 06:02 PM

sepanjang perkenalan tu u all ada commit ke nak hubungan serius as gf bf atau keluar just as a friend?
kalau ada, then tanya je dia direct hala tuju perhubungan korang..
kenapa dia membisu bla bla bla..
kalau dia tak nak komitmen, then bawa la hala tuju sendiri..
tapi kalau korang tak pernah commit as gf bf, pada i dia tak berminat la tu and anggap u bukan sesiapa yang penting..
apa pun, u kena tanya dia sendiri..
apa reason dia membisu etc..

sfrnna Publish time 13-4-2019 06:13 PM

I rasa tt kena tanya dia kenapa tiba dah jarang call etc.. Kalau x sampai bila akan tertanya2 kenapa. Then kalau dia macam nak tak nak je jawab dah boleh agak la yg tt kena move on. Kita x boleh paksa org suka kita. Kalau dia x berminat kenapa kita nak tunggu lagi. Lelaki ni senang je, kalau dia mmg perlukan kita, dia sendiri yg akan cari kita.

kikilala_bunny Publish time 13-4-2019 06:16 PM

chenta_dewi replied at 13-4-2019 05:59 PM
Org laki mmg camni..

Bg diorg tak perlu pon gtau dsb..


Sedihnya bila awak cakap macam tu :'(:'(
Tapi betul lah tu..
Awal2 sebab masih saling tak mengenali memang laju jelah bermesej2..
Cuma tu lah, susah sangat ke nak berterus-terang.. Bukannya saya nak bomohkan dia kalau betul dia dah tawar hati.. Saya cuma nak a proper closure supaya saya boleh tutup buku kami dan move on.. Tak suka lah kena terus tunggu dan menunggu tanpa sebarang kepastian..

yuki812 Publish time 13-4-2019 06:21 PM

berapa lama kenal ni tt.
lebih rasa terkilan tu maybe sbb parents dah tau ke.

kikilala_bunny Publish time 13-4-2019 06:28 PM

prettyuglybabe replied at 13-4-2019 06:02 PM
sepanjang perkenalan tu u all ada commit ke nak hubungan serius as gf bf atau keluar just as a frien ...

Commit as per bf gf tu, takde lah.. Cuma masa awal2 nak kenal tu, memang dah tau yang kami ni dipertemukan untuk berkahwin.. Senang citer, match making lah.. Tapi kami masing2 dah setuju untuk berkawan dulu.. Kalau ok, baru proceed next step..Saya pun taknak lah tiba2 kahwin dengan orang yang saya tak kenal langsung kan..

So, sepanjang kami berkawan ni saya tak pernah refer dia as bf pun.. Cuma takdelah saya menggatal layan lelaki lain ke sebab saya respect hubungan kami ni..

Semoga saya diberi kekuatan dan keberanian untuk tanya dia.. Nak harapkan dia berterus terang, most likely takkan lah yek??? Heyyyy menyampahnya

kikilala_bunny Publish time 13-4-2019 06:35 PM

sfrnna replied at 13-4-2019 06:13 PM
I rasa tt kena tanya dia kenapa tiba dah jarang call etc.. Kalau x sampai bila akan tertanya2 kenapa ...

Nampaknya memang saya yang perlu mulakan langkah untuk bertanya tentang status kami ni..

Semoga saya diberikan kekuatan dan keberanian..
Tiba2 rasa takut sangat nak tanya dia.. Sebab dah boleh jangka jawapan dia kut..

Btw, korang ada tips tak macam mana nak tanya dia nih?? Yang paling tak menyakitkan hati?? Boleh terus terjah tanya ke??

missinpiece Publish time 13-4-2019 06:38 PM

Tt, untuk elak diri terus diselubungi misteri, teruslah tanya direct.
Org lelaki ni kalau betul2 nak dia akan make effort untuk sentiasa ada masa untuk kita.
Atau... dia mungkin masuk dalam kategori :
a. Sibuk nak mati
b. Dah berpunya
c. Sukar nak memilih (banyak sgt pilihan)

kikilala_bunny Publish time 13-4-2019 06:39 PM

MissCarcosa9753 replied at 13-4-2019 05:55 PM
Kalau saya saya bagi iterinary terus
Bila merisik
Bila bertunang


Hahahahahaha..
Hebat sangat tu..Kenapa lah saya tak terpikir nak wat macam tu masa awal2 kenal lagi..
Oklah untuk next relationship (kalau ade lah) saya nak wat questionnaire macam tu siap2 lah..
Hahahahaha thanks awak sebab wat saya gelak

kikilala_bunny Publish time 13-4-2019 06:39 PM

Edited by kikilala_bunny at 13-4-2019 06:57 PM

-double post-

tiramisuu Publish time 13-4-2019 06:45 PM

Edited by tiramisuu at 13-4-2019 06:48 PM

kikilala_bunny replied at 13-4-2019 05:58 PM
Ok ke kalau nak main terjah tanya macam tu terus?? Tak perlu mukadimah ke apa ke??

Saya memang...

Aku biasa je msj org intro+tujuan sekaligus. Aku malas nk tunggu org reply intro. Since laki tu jwb 2 3kali je lg senang. Intro+soklan. Klau dia baca tapi x reply, ko tunggu seharian then msj lebihkurang ckp' saya kira no reply ni jwpn awakla. Kalau mcm tu, Bye'. Tak perlu meleret mengungkit bagai. Supaya ko ada closure. Pastu delete no.

Aku rasa laki tu dh hilang thrill nk continue for whatever reason. Maybe ada main priority yg dia cari pd bakal bini dia xde pada ko.

kikilala_bunny Publish time 13-4-2019 06:48 PM

yuki812 replied at 13-4-2019 06:21 PM
berapa lama kenal ni tt.
lebih rasa terkilan tu maybe sbb parents dah tau ke.

Dah 8 bulan kut.. 6 bulan pertama tu memang wangi jelah.. Masuk je bulan ke-7, dah mula bibit2 menjauh tu.. Kalau ada bergaduh, saya ok dan faham la.. Ni tiba2 je, saya siap fikir yang saya ada wat salah apa2 ke pada dia.. Hmmmm

Yup, rasa agak terkilan sebab mak ayah masing2 da jumpa.. Sekarang mak ayah saya duk tanya nak berkawan sampai bila ni.. Heyyyy kenapa lah dia bawak mak ayah dia datang rumah saya masa awal2 dulu..

Well, saya tak expect pun untuk dia datang jumpa mak ayah saya kalau dia dah tawar hati.. Just berterus terang dengan saya, hal mak ayah tu pandai2 lah saya handle nanti

kikilala_bunny Publish time 13-4-2019 06:55 PM

missinpiece replied at 13-4-2019 06:38 PM
Tt, untuk elak diri terus diselubungi misteri, teruslah tanya direct.
Org lelaki ni kalau betul2 na ...

Most likely jawapan A dan C..
Kalau jawapan dia B, heyyyy geramnya.. Motip nak berkawan dgn kita kalau dah berpunya.. sbb dia ckp dia solo lah yg saya sudi nk berkawanmasa awal2 dulu..

Ok, nampaknya saya yang kena mulakan langkah untuk bertanya..

kikilala_bunny Publish time 13-4-2019 07:03 PM

tiramisuu replied at 13-4-2019 06:45 PM
Aku biasa je msj org intro+tujuan sekaligus. Aku malas nk tunggu org reply intro. Since laki tu...

Ok awak.. Thank you for the suggestion.. I will put that into consideration..

Kita punya lah nak jaga hati orang tapi orang bukannya nak jaga hati kita.. Baik tanya straight forward gitu.. Put a stop where it should be.. Hati pun tak sakit kn.. eh maybe la sakit sikit2 tapi xdelah berterusan kut

MissCarcosa9753 Publish time 13-4-2019 07:10 PM

kikilala_bunny replied at 13-4-2019 06:39 PM
Hahahahahaha..
Hebat sangat tu..Kenapa lah saya tak terpikir nak wat macam tu masa awal2 kenal la ...

Saya rasa cadangan saya itu lagi memudahkan TT mendapat jawapan apa yang lelaki itu mahukan
Rasa ramai dah bagi pandangan semoga TT mendapat seorang yang lebih baik daripada lelaki ini di masa hadapan

sfrnna Publish time 13-4-2019 07:11 PM

Edited by sfrnna at 13-4-2019 07:12 PM

kikilala_bunny replied at 13-4-2019 06:48 PM
Dah 8 bulan kut.. 6 bulan pertama tu memang wangi jelah.. Masuk je bulan ke-7, dah mula bibit2 men ...

Ouh parents dah pernah jumpa ke. Macam yg Tiramisu suggest tu, terus intro n tanya soalan. Sbb mmg nak closure kan. Just contohnya ckp "nak tanya kenapa awak tiba2 distance eh? Sy Ada buat salah ke". Lebih kurang gitu la

Tgk dia kata apa pastu. Suruhla dia explain kenapa. Then kalau mcam mengelak tu paham2 jela. Then buat ucapan terakhir then terus block. Yg pasti jgn buat macam nampak Kita ni terdesak or terhegeh2 sangat.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Tak ke taknak? *update #131*


ADVERTISEMENT