lanesra Publish time 10-4-2019 06:42 PM

Tip Pemakaian Tali Keledar Keselamatan Bagi Wanita Hamil

https://scontent.fkul16-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/56798002_10214412771656655_2477901241632423936_n.jpg?_nc_cat=103&_nc_ht=scontent.fkul16-1.fna&oh=e05d634489761da475b9e099f7d09120&oe=5D321767


Siapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan?

Cara pemakaian tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :


# Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.

Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut. Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.


# SENTIASA pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg duduk di belakang. Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus danberada di atas paha tetapi di bawah perut


# Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.


# Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.

Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit


# Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag)


TAK PAYAH beli pelbagai produk atau sponge untuk kaver perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.


Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai gak. Jangan ler terkial kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis atau JPJ.


Malang tak berbau, kalau nak eksiden tu mmg eksiden juga. At least tali pinggang keledar keselamatan tu dapat mengurangkan impak eksiden.


Perut yg besar tu TAK berfungsi sebagai ‘airbag’


Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Pages: [1]
View full version: Tip Pemakaian Tali Keledar Keselamatan Bagi Wanita Hamil